Jom ayak emas

Salam..

Pantai Mersing ada emas? hoho…rezeki..rezeki….

Kepada sesiapa yang tiada aktiviti sempena cuti sekolah jemputlah datang ke Mersing. Samada nak tengok-tengok, melancong sambil mendulang, mandi-manda sambil mendulang. Terpulang. Bukan selalu ada acara macam ni sejak kali terakhir Mersing digemparkan dengan feri ke Pulau Tioman terbakar, September lalu.

Jangan risau acara mendulang emas ini tidak perlu permit dan tidak sama-sekali dianggap perhimpunan tidak halal. Setakat ini ianya hanya dihadiri oleh penduduk kampung setempat dan yang sewaktu dengannya. Tak taulah pulak nanti bila berita ini telah tersebar ke seluruh negara melalui akhbar atau blog ini.πŸ˜‰

Mungkin juga ini peluang. Siapa tahu, sambil tengok-tengok dan melancong dapat idea nak berniaga kat situ. Seperti jual alat mendulang, jual cangkol, jual penyodok, jual makanan kepada pendulang atau buka warung untuk pendulang dan keluarga makan selepas mendulang. hmmm…ok gak idea tu…hmmm…πŸ˜‰

Jangan…jangan tak tunduk…semakin tunduk semakin berisi…

Acara mencangkol sambil mandi-manda…

Banyak dapat emas bang…? eh! Pakcik…?πŸ˜€

Teringat soalan kuiz blog Pakdi suatu masa dulu….dan aku salah seorang pemenangnya…heheπŸ˜€

Sekian.

9 Comments »

  1. Alyani said

    mmm….cerita pakdi dlm posting terdahulu tu kebetulan memang terjadi…apa tunggu lagi..kumbang pi la jalankan idea-idea tu..tentunya boleh jadi OKB dengan cepat…

    p/s: kalau tak sempat..boleh suruh anak buah yg cuti sekolah tu buat part time..dpt gak duit poket…:O)

  2. pakdi said

    alkisahnya, di Lubuk Mandi suatu masa dahulu, ada seorang pakcik yang berulang alik ke tempat tersebut setiap hari. pada waktu itu, lubuk mandi belum terkenal dengan emasnya.

    maka orang orang kampung pun bertanya:
    pakcik nak ke mana?

    Pakcik itu pun menjawab:
    berkebun sayur…

    Sayugia hal itu berlangsunglah selama 10 tahun. dan sepanjang saat itulah tiada siapa pun pernah nampak pakcik itu pulang dgn hasil sayuran kebunnya. sehinggalah orang ramai tahu pakcik tersebut rupanya melombong emasπŸ˜›

    ***

    ingat saya bagi teka teki saja-saja ke?πŸ˜› saya ada sedara di mersing loo.. hahaha..

  3. kumb@ng said

    Alyani -> hmmm….bagi idea memang senang tapi……nak laksanakan idea tu yang…errr….aaaa…ermm…ehem….hehe…πŸ˜€

    Pakdi -> al-kisahnya sedara pakdi dah mendulang kat pantai mersing 10 tahun dulu….πŸ˜€

  4. pakdi said

    hehe… takdelah. dia pun tak larat nak buat kerja2 berat pun. orang pencen. tapi bila dengar cerita dia pasal orang yang mendulang ni, mmg patut la askar dan polis kawal kawasan tuuu

  5. […] >> Ingat lagi kuiz apa perniagaan yang terbaik di lombong emas?Β  […]

  6. Alyani said

    oo patut la kerajaan negeri beria-ia nak bangunkan Mersing tu…
    nak ada litar A1 la…
    nak buat penempatan burung layang-layang la…
    rupanya ada lubuk emas..

  7. kumb@ng said

    ooooo……makin meriah Mersing…πŸ˜‰

  8. Dr Azwan said

    Saya nak jual lotion untuk sun-tanned… mesti laku…

  9. ismadi said

    salam suma..

    ada x sesapa yang boleh dapatkan alat mendulang yang asli ( dulang kayu ) yang khas untuk mendulang emas.. kalu ada tlg anta info ke dcorp2@yahoo.com. tq

    salam..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: