Alhamdulillah…Tol tak naik tahun depan..

Salam..

Gembira rasanya bila menonton perkhabaran melalui saluran berita hari ini tol di beberapa lebuhraya utama tak naik tahun depan. Keputusan yang pastinya menggembirakan rakyat Malaysia termasuk aku.

Aku dapat merasakan ‘keikhlasan’ riak wajah Menteri Kerja Raya semasa mengumumkan keputusan kabinet, malahan dengan relanya membayar pampasan RM242 juta kepada syarikat konsesi. Siapa ek empunya syarikat konsesi tersebut? huhu..manyak untung wo..πŸ˜‰

Aku ‘yakin’ kerajaan ‘ikhlas’ kali ini. Ini kerana kerajaan taknak(ya ke?) membebankan rakyat selepas satu demi satu harga barangan keperluan naik. Kemuncak segala kenaikan ialah apabila tol dan minyak naik.

Sebagai langkah awal, kerajaan ‘sedar’ akan kesannya dan dengan sebab itu cepat-cepat bertindak meleraikan kegusaran hati rakyat dengan cara tidak menaikkan tol dalam jangka masa terdekat (PRU punya hal, Samy Vellu dapat nama).

Rasa-rasa kabinet pun tengah dok bincang bagaimana nak lengahkan supaya minyak juga tak naik tahun depan. Doa-doa lah ya.

Ironinya penangguhan kenaikan tol ini hanyalah strategi kerajaan meraih kembali semula sokongan rakyat yang sejak akhir-akhir ini seakan berbelah bagi kesan dari berbagai-bagai isu termasuk harga barangan naik. Kita sebagai rakyat seharusnya bijak memikir kenapa kerajaan bertindak begitu.

Ada udang disebalik batukah? atau kerajaan sekarang memang perihatin masalah rakyat? hmmm….fikir-fikirkan lah…

Sekian..

10 Comments »

  1. Jie said

    Rasa cuma risau, cakapΒ² itu hanya valid sebelum PU saja…

  2. kumb@ng said

    Jie..

    rasa-rasa macam tu lah…πŸ˜‰

  3. WaWa said

    ikhlas ke?
    aku benci btol part ayat “…kerajaan TERPAKSA membayar…”.
    hoho.πŸ˜‰

  4. kumb@ng said

    WaWa..

    jangan tak tau…ada MAKNA disebalik TERPAKSA…kemana tumpahnya duit tu kalo tak ke belanja PRU..hoho..manyak untong wo…sape dpt kontrak pasang poster…πŸ˜‰

  5. arsaili said

    salam kenal…waaa sonoknya ye tol tak naik…

  6. kumb@ng said

    arsaili..salam kenal…πŸ™‚

  7. ktom said

    hehehe…nasib baik ler kat Kota Bharu ni tak de tol…..

  8. kumb@ng said

    hehe…seronoknya jadi orang kelantan…πŸ˜€

  9. aku said

    ini adalah strategy mesti-buat sebelum PRUπŸ™‚

  10. kumb@ng said

    macam-macam STRATEGI kalo nak menang…πŸ˜‰

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: