Archive for December, 2007

Sambutan Tahun Baru 2008

Malam ini.

Jom ramai-ramai berhimpun secara aman sempena menyambut Tahun Baru 2008.

Dimana?

Ada 8 lokasi. Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral. Fuh! banyak tu tempat boleh pegi.

Ada apa kat sana?

Macam-macam ada. Kalau kat KLCC, Dataran Merdeka, sudah tentu ada penyanyi, pemuzik, penari, pelawak. Kat TV kan dah bagi tau siapa artis-artis yang bakal datang. Selain artis, pemimpin negara pun ada untuk acara bersama rakyat.

Jangan risau, atas nama pesta sambutan tahun baru perhimpunan aman lagi HALAL ini mendapat kebenaran dan kerjasama dari pihak berkuasa. Menurut BERNAMA kesesakan dijangka akan melanda ibu negara dan langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Selanjutnya baca disini.

Biasalah, double standard. Perhimpunan yang ini BOLEH. Perhimpunan yang itu TAK BOLEH.

Seperkara lagi, mereka-mereka ini peduli apa kesan dari penganjuran pesta-pesta sebegini. Yang penting kedatangan Tahun Baru Masihi ini mesti dimeriahkan dengan kehadiran ramai orang sambil diselang-seli acara hiburan dan bunga api.

Lantaklah! kepada orang ramai nak buat apa saja selepas acara berakhir. Ruang telah diberikan. Pandai-pandailah bawak diri ya.

Inikan negara demokrasi. Malaysia boleh!! 😉

p/s : post terakhir 2007. Jumpa lagi tahun depan! 😀

Advertisements

Comments (7)

…….

~Salam~

Menuju ke penghujung 2007 hari-hari aku mengembara. Mengembara menuju destinasi sambil bercuti-cuti Malaysia dan ada juga kerana kerja. Dan hari ni aku baru pulang dari mengembara. Tak jauh. Cuma ke Melaka aja. Sebelum tu ke PD. Sebelum ke PD balik kampung kat Batu Pahat.

Namun dalam kesibukan mengembara sempat juga aku menjengah blog rakan mana yang sempat. Mungkin ada yang tahu dan juga tak tau…haha..tak mengapa..

Yang penting walau di mana aku berada…blog tetap di hati..eleh.. 😛

p/s: ngantuk seh drive keta sorang-sorang kat highway…;)

Sekian.

Comments (3)

Penting!!

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Berita penting!

Harap sebarkan!

Jangan panik!

Kepada semua orang Melayu dan Islam, siap sedia!

Asah parang, kapak dan pisau dari sekarang!

Pertumpahan darah akan berlaku pada 20hb Dec 2007 (esok)!

.

.

.

Kita mesti korbankan lembu, kerbau, kambing atau unta!!

.

.

.

“SELAMAT HARI RAYA QURBAN”

🙂

Comments (10)

4 madu berkongsi satu katil (xxxx)

Kalau tak sanggup jangan tengok!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

nak tengok jugak?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ish…ish…ish…..empunya sapo lah ni……

.

.

.

.

😀 😛 😀

Comments (13)

Berapa sebenarnya harga Sukhoi Su-30MKM?

~salam~

Semasa di Langkawi sempat juga aku berbual-bual dengan kawan kepada kawan aku yang merupakan seorang pekerja di syarikat pembekal komponen jet pejuang Sukhoi. Syarikat tempat dia bekerja tu di anugerahkan kontrak hampir 1 billion sebagai pembekal komponen pengesan perang untuk jet Sukhoi.

Selain syarikat tempat dia bekerja ada beberapa syarikat lagi (3-4 syarikat) juga telah di anugerah sebagai pembekal komponen jet Sukhoi. Syarikat siapa dan empunya siapa tu aku tak tau. Memang untung wo sape dapat kontrak tu. Masakan tidak setiap syarikat paling kurang dapat kontrak 1 billion.

Model jet pejuang Sukhoi..

* Katalah 5 syarikat dapat kontrak dengan anggaran 1 billion.

* 1 billion x 5 syarikat = 5 billion

* Harga kerajaan beli 18 jet Sukhoi = 3.42 billion

* Harga 18 jet Sukhoi + komponen = 8.42 billion.

Anggaran di atas tidak termasuk komisyen untuk syarikat yang jalankan urusniaga beli jet Sukhoi.

Kini baru aku tau kerajaan beli jet Sukhoi sebenarnya ‘kosong’. RM3.42 billion yang dibayar kepada Russia + kontra menghantar angkasawan ke ISS rupanya tidak termasuk komponen-komponen seperti peralatan perang, alat pengesan dan beberapa komponen lagi yang aku tak berapa ingat semasa kawan tu sebut.

Katanya lagi aircon dalam kokpit jet pun ada syarikat lain dapat kontrak sebagai pembekal.

Hmmm….berapa sebenarnya harga jet Sukhoi ek? 😉

Sempat gak aku snap gambar Dr Sheikh Muzaffar..hehe.. ada mengena tu ngan beli Sukhoi… 😉

Sekian..

Comments (10)

Balik dah..

~salam~

Ouh! Akhirnya aku kembali semula di depan PC ini setelah beberapa hari bercuti-cuti Malaysia. Seronok? Biasalah ada yang seronok, ada juga tak seronok. Pergi cuti seronok, balik cuti pun seronok.

Jika markah penuh 10, hanya 1/10 je tak seronok dan selebihnya 9/10 seronok belaka.

Oklah, cuma nak bagi tau aku dah balik dah….hehe 😀

Sekian.

Comments (6)

Cuti-cuti Malaysia

Salam..

Bulan 12 ialah bulan bercuti. Ini kerana bulan 12 merupakan cuti sekolah. Bukan saja sekolah, universiti juga cuti pada bulan 12. Bila tiba musim cuti, ramai yang ambil peluang pergi bercuti samada bersama keluarga atau dengan kawan-kawan.

Musim bercuti juga ramai yang sudah sampai seru ambil peluang mendirikan masjid. Antaranya rakan kita iaitu En. Aku. Itu pun aku tau semasa ziarah ke blog dia semalam. Apa-apa pun tahniah buat En. Aku. Selamat Pengantin Baru, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Sempena musim cuti ni aku pun nak bercuti, tapi bukan untuk mendirikan masjid kerana masjid di taman tempat aku tinggal sudah lama di dirikan. Aku ingin bercuti kerana cuti tahunan aku banyak. Bila cuti tahunan banyak maka perlu dihabiskan sebelum hujung tahun.

Makanya mulai 3/12 hingga 8/12 aku akan bercuti-cuti Malaysia. Lokasinya dalam negara je. Harap-harap sambil seronok-seronok dapatlah menenangkan fikiran dan lupakan seketika pasal kerja.

Oklah…itu aje aku nak tulis hari ni.. 😀

Sekian.

Comments (9)