Sambutan Tahun Baru 2008

Malam ini.

Jom ramai-ramai berhimpun secara aman sempena menyambut Tahun Baru 2008.

Dimana?

Ada 8 lokasi. Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral. Fuh! banyak tu tempat boleh pegi.

Ada apa kat sana?

Macam-macam ada. Kalau kat KLCC, Dataran Merdeka, sudah tentu ada penyanyi, pemuzik, penari, pelawak. Kat TV kan dah bagi tau siapa artis-artis yang bakal datang. Selain artis, pemimpin negara pun ada untuk acara bersama rakyat.

Jangan risau, atas nama pesta sambutan tahun baru perhimpunan aman lagi HALAL ini mendapat kebenaran dan kerjasama dari pihak berkuasa. Menurut BERNAMA kesesakan dijangka akan melanda ibu negara dan langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Selanjutnya baca disini.

Biasalah, double standard. Perhimpunan yang ini BOLEH. Perhimpunan yang itu TAK BOLEH.

Seperkara lagi, mereka-mereka ini peduli apa kesan dari penganjuran pesta-pesta sebegini. Yang penting kedatangan Tahun Baru Masihi ini mesti dimeriahkan dengan kehadiran ramai orang sambil diselang-seli acara hiburan dan bunga api.

Lantaklah! kepada orang ramai nak buat apa saja selepas acara berakhir. Ruang telah diberikan. Pandai-pandailah bawak diri ya.

Inikan negara demokrasi. Malaysia boleh!!😉

p/s : post terakhir 2007. Jumpa lagi tahun depan!😀

7 Comments »

  1. zool said

    Hm.. ada kebenarannya…
    tak tau kenapa setiap kali Tahun Baru perlu ada sambutan bunga api , konsert..
    ntahlah..

  2. pakdi said

    seks bebas yang berlaku selepas pesta sebegitu ok.

    ada anak gadis yang dicabul kehormatan selepas pesta sebegitu pun ok.

    ramai yang mabuk-mabuk masa pesta pun ok.

    bila pusat-pusat, peha-peha, lurah-lurah ditayangkan secara percuma untuk membentuk modal insan pun ok.

    peduli apa kes hiv nak meningkat pun. walaupun berbuih mulut pegawai kesihatan KKM sebut, hubungan seks luar nikah walaupun 1 kali berisiko besar untuk anda menghidap hiv. eh.. ok gak. diorang mmg dibayar gaji utk berceramah pasal kesihatan. nanti makan gaji buta pulak.

    ok apa pesta tahun baru…

    tak hadhari la entri ni😛

  3. Jipang Dengkil said

    Masa ni le semua yg buat perhimpunan aman tapi tak boleh tu buat..Biar semua sekali keluar…sebab yang ini polis bagi kebenaran…jom semua lakukan perhimpunan aman malam ini….jom…

  4. kumb@ng said

    zool -> kenapa ya?hmmm…err….kerana dulu…kini dan selamanya sambut…😉

    pakdi -> tak hadhari? ya ke?😛

    Jipang -> aman ada makne tuuu…😉

  5. kuasadua said

    Entahlah, apa nak jadi dgn negara kita..Setiap kali sambut thn baru disambut dengan byk perkara2 kemaksiatan..Itulah kesannya bila tak mengamalkan syariat Islam, yg dilebihkan cuma syiar sahaja. Islam dah memang berdiri dgn namanya tapi ditambah pulak jd Islam ‘Hadhari’.Islam yang kononnya sederhana sgt, dah jd yang melalut sana sini..

  6. kumb@ng said

    ya..saya setuju dengan kuasadua…islam diamalkan pada HAD dan HARI tertentu saje…😉

  7. 'TaJdiD' said

    Nama ISLAM HAD HARI hny utk pancingan undi pada PILIHAN RAYA.
    Ingat agama ni macam botoi buruk ke? boleh buat suka2 hati? Guna ISLAM utk kepentingan peribadi n kroni?
    Kalau org kata aku ni emo, fine. Tp yg xde perasaan langsung tu, aku x tau lh nk kata apa, smpi agama sndiri pun di lambung, di letakkan pd juzuk2 tertentu je.
    Check la balik, kalu PERHIMPUNAN AMAN yg dlakukn utk kemaslahatn UMMAH x diberi permit, dan dicop pulak sbg PHIMPUNAN HARAM,
    hbis tu, phimpunn sambutn TAHUN BARU yg pnuh botol arak, pgaulan bebas, berlakunya pulak seks bebas, tu nama nye PERHIMPUNN HALAL? dan walaupun ‘phimpunn halal’ korang tu penuh dengan pkara HARAM yg jelas dimurkai dan di laknat ALLAH??

    korang fikir2 kan lh.. Aku pun bukan baik sgt, tp klu nak bezakan yang halal haram, baik buruk, BUDAK KECIK pun terrer. Kalu dah x malu ngn manusia pun (sbb korang kan bjawatn tinggi); at least malu lah kat ALLAH…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: