Archive for January, 2008

Raja SMS

Baru berlalu…

SEHATI BERDANSA

Sedang berlangsung…

ONE IN a MILLIONS (OIM)

Akan datang…

GANG STARZ

RAJA LAWAK

AKADEMI FANTASIA

Apa tujuan semua ni?!

HIBURAN…HIBURAN…HIBURAN

Siapa yang untung?!

SI JUARA

SI PENGANJUR

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Siapa yang rugi?!

YANG SMS laaaa…… 😉

Comments (23)

Video lucah pemimpin MCA

Panas…panas….selepas video VK Linggam rupanya ada lagi video yang lebih panas lakonan pemimpin kanan MCA yang juga seorang menteri. Selepas ni video sape pulak bakal disebar?

Apa? nak tengok video tu? try klik sini.

Komen aku :

Isunya mungkin bermotifkan politik. Walauapapun kita dapat saksikan betapa rendahnya moral pemimpin Bee End. Peliknya ada juga orang alif min nun wau sokong perbuatan dia. Bagi mereka ini mungkin perbuatan ‘tak sengaja’ dan boleh dimaafkan. Lagipun ini aktiviti peribadi. Rakyat jangan masuk campur. Biarlah pemimpin tu kaki perempuan, kaki seks, kaki arak, yang penting kerja bagus. Banyak jasa untuk negara.

Sepatutnya pemimpin bagi contoh yang baik kepada rakyat. Ini tak lebih kurang je macam pramugara yang terlampau tu. Patutlah masalah sosial kat Malaysia ni semakin kronik. Keseriusan untuk membasmi tiada kerana perangai pemimpin macam tu. Diam-diam buat hal kat hotel. Nasib ada orang berinisiatif nak videokan. Yang belum divideokan mungkin ramai lagi. Walwahualam….

Macam-macam hal lah Malaysia ni….Kuasa di Tangan Anda!

Comments (7)

Diari 2007

Cuma nak kongsi je…Ada peristiwa, kejayaan, pencapaian dan juga kenangan…

JANUARY – Ops banjir. Operasi menyelamat pencawang telekomunikasi yang terjejas akibat banjir besar di Johor pada awal tahun. Banjir besar kali ke-2 dalam masa 3 minggu. Kali pertama pada hujung Disember 2006. Sesuatu yang perlu di insafi kenapa musibah ini menimpa rakyat Johor.

Tujuan operasi ini untuk memastikan tiada gangguan pada coverage dan kerana pelanggan kami sanggup berkorban apa saja…hehe..macam YES jek.. 😛

Gambar : aktiviti memasang generator disebabkan bekalan TNB terputus. Hampir-hampir naik bot untuk ke tempat ini. Akhirnya nekad je redah guna 4WD. Basah jugak lah karpet dalam 4WD tu.

FEBUARI – Join Bicara Jutawan Forum(BJ) setelah diperkenalkan oleh seseorang. Selain menimba ilmu, aku berpeluang mengenali beberapa blogger tersohor tanah air seperti Pakdi, Enaku, Azree MH, Alyani, Al-Irfan.

MARCH – Mula usha-usha blog orang, baca-baca, komen-komen. Juga ada permintaan dari seseorang supaya ada blog sendiri. Yang buat lagi semangat nak ada blog sendiri bila menang kuiz kat blog Pakdi.

APRIL – Menyambung aktiviti mengusha blog orang sebab belum ada blog sendiri.

MEI – Dengan rasminya mula berblog pada tarikh 9 Mei iaitu bersamaan dengan hari lahir aku. Sehingga hari ini, inilah blog yang aku ada. Itu pun jarang-jarang update.

JUN – Pasukan aku Juara Liga Futsal Celcom Wilayah Selatan. Nak jadi juara tak susah, senang je…caranya kena menang semua game sampai masuk final. Lepas tu masa final kena jaring gol lebih sikit dari pasukan lawan. Contohnya, kalau lawan score 1, team kita kena score 2. Masa final team aku score 5 dan lawan 1. Mudahkan….memang menang mudah…hehe 😀

Gambar : The Medal..

JULAI – Menyertai pertandingan futsal antara wilayah di KL. 32 pasukan ambil bahagian. Hanya berjaya ke suku akhir. Kira oklah masuk akhir juga tapi cuma tambah suku je.

Gambar : Ini dia pemain-pemain team aku. Nama team 2G2G FC atau sebutan dalam bahasa Jawa tuji-tuji ef si…gambar ini di snap di Ampang Sports Planet.

OGOS – Bulan kemerdekaan ke-50. Ada apa dengan Malaysia selepas 50 tahun? Sudah tentu kes jenayah semakin naik, naik dan naik kerana moral rakyat semakin turun, turun dan turun….Hujan pun sungguh lebat turun… 😉

SEPTEMBER – Beli rumah ke-2….Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi.

OKTOBER – Hari Raya….Kali pertama beraya sebagai blogger… 😀

NOVEMBER – Pindah ofis baru. Ofis baru ni lebih besar, selesa, suasana macam kampus dan paling penting parking free. Ofis baru ni letaknya di Kempas. Apa? Kemmm….PAS? Ya!

DISEMBER – Kali ke-3 ke Langkawi dan pertama kali tengok LIMA. 2 kali pergi sebelum ni juga pada bulan Disember. Kenapa Disember ya? Kerana aku tak pegi bulan Jan,Feb….Nov 😀

Azam 2008 -> Inginkan pendapatan tahun 2008 melebihi tahun 2007…. insyaALLAH 😛

Comments (6)