Archive for February, 2008

Kisah aku, Amno dan SPR

~salam~

Suatu ketika dulu aku tinggal di sebuah kampung. Kampung tu terletak di Johor Bahru. Kalau datang dari Utara menghala ke Johor Bahru, kampung tu terletak di sebelah kiri Jalan Skudai. Manakala kalau datang dari Johor Bahru menghala ke Utara, kampung tu terletak di sebelah kanan. Dengan sebab itu kampung tu dinamakan Kampung Skudai Kanan.

Boleh dikatakan lama jugak aku tinggal di kampung tu. Berbelas tahun. Keluarga aku hanya menyewa. Sekarang ni kampung tu tak wujud lagi. Orang Kampung Skudai Kanan telah di arah jual tanah atas nama pembangunan. Dengan pengambilan tanah orang melayu ini maka berpindahlah sekalian orang kampung ke taman bersebelahan yang disediakan oleh pihak pembeli. Taman itu telah dinamakan sebagai Taman Skudai Kanan kerana penduduknya kebanyakkan dari Kampung Skudai Kanan.

Bezanya, kalau dulu orang kampung boleh bercucuk tanam, bela ayam tetapi tidak dengan tanah tapak rumah 16″ x 60″. Oleh kerana keluarga aku dulu penyewa, rumah yang tersedia hanyalah rumah flat 2 bilik dan aku ambil keputusan berpindah kawasan dan sekarang aku tinggal berdekatan dengan Pasir Gudang di mana aku merupakan calon PUNDAK.

Setelah bertahun-tahun tanah kampung tu di ambil, apa yang aku lihat tanah itu masih kosong tanpa apa-apa di dirikan di atasnya. Sesekali berlangsung acara sukan motor cross di situ.

Oklah, balik semula cerita masa kat kampung. Dulu masa sekolah aku suka bersukan. Semua sukan aku layan. Bolasepak, badminton, ping pong, hoki, karom, dam, chest, sepak takraw dan beberapa lagi sukan orang kampung. Dalam banyak-banyak sukan yang aku ceburi hanya sepak takraw yang agak menyerlahkan bakat aku. Itu pun cuma wakil sekolah, wakil kampung dan sekarang ni wakil kat tempat kerja.

Aku mula main sepak takraw sejak umur 15 tahun. Semasa di kampung awalnya aku main sepak takraw kat atas tanah liat. Kemudian bila dah terror sikit aku main kat Balai Raya dan join main dengan orang dewasa. Court simen kat balai raya tu taklah bagus sangat, asyik pecah sana-sini. Bila pecah, dorang simen. Pecah lagi, simen lagi. Begitulah setiap kali. Kadang-kadang tergendala aku dan kawan-kawan nak main. Masa tu terfikir court tu di bina dengan bahan tak berkualiti atau kurang simen. Orang Amno kontrol, faham-faham ajalah.

Pada suatu hari selepas habis main sepak takraw, aku telah diserahkan satu borang untuk di isi. “borang apa ni abang?” aku tanya. “Alah ko isi je lah..ko nak main takraw kat sini tak?” kata abang yang bagi borang kat aku tu. Aku pun isi dan aku sedar borang itu ialah borang jadi ahli Amno. Tak kisah lah. Layan je. Duit jadi ahli pun dorang bayarkan. Bukan aku yang nak jadi ahli. Pada aku yang penting, boleh terus main sepak takraw kat balai raya. Amno pun Amno lah, layannn..

Tak sampai setahun pilihanraya pun tiba. Aku gelabah kerana tak sempat nak daftar. Masa tu semangat untuk mengundi meluap-luap tapi aku belum daftar dengan SPR. Tiba-tiba sedang aku termenung mengenang nasib tak dapat mengundi datang satu surat dihantar posmen. Surat tu berlambangkan dacing di hadapannya. Surat apakah itu?

Lalu aku pun membukanya. Rupanya dalam surat itu menyatakan aku boleh mengundi dan disertakan sekali maklumat kawasan dan tempat di mana aku mengundi sambil disertakan kata-kata UNDILAH Baris*n N*sional.

Terfikir aku, bila masa pulak aku mendaftar dengan SPR? Mungkin dengan menjadi ahli Amno secara automatik nama aku sudah tersenarai dalam daftar pemilih? Masa tu aku sangka baik aja. Terima kasihlah kerana tolong daftarkan aku. Dapat gak aku mengundi. Aku undi siapa? Itu rahsia.

Sekarang aku dah dewasa. Bila teringat kisah dulu dan bandingkan dengan kejadian sekarang, benarlah sangkaan ku benar belaka. SPR dan Amno memang berkerjasama. Salah satu sebab kerana Bee End berkuasa. Dengan sebab kuasa ini juga pemimpin mereka beria-ia benar wujudkan Puteri dan Putera untuk mengajak golongan muda menyertai Amno dan seterusnya terdaftar dengan SPR.

Mudahkan. Jadi ahli Amno dengan itu nama sudah ada dalam daftar pemilih. Untuk PRU yang akan datang aku masih kekal boleh mengundi walaupun tak pernah mendaftar dengan SPR. Tempat mengundi aku masih di tempat yang dulu walaupun sekarang aku tinggal di kawasan parlimen Pasir Gudang. Begitulah kisah aku, Amno dan SPR.

Sekian.

 

Advertisements

Comments (3)

Tentang bulan

~salam~

Update ringkas je hari ni. Tentang bulan.

.

.

Dalam setahun ada 12 BULAN..

Nak puasa tengok anak BULAN..

Nak raya pun tengok anak BULAN..

Nak beranak mesti cukup 9 BULAN..

Nak jadi angkasawan kene menuju ke BULAN..

Nak gaji kene tunggu cukup BULAN..

Bila bercinta nak bersaksikan BULAN..

Kenapa masa mengundi tak pilih BULAN..

Sepatutnya kalau tak suka PANGKAH lah BULAN..

.

.

Ada otak lu fikir lah sendiri… 😀

Sekian..

Comments (11)

Penamaan calon 24 Feb, Mengundi 8 March..

~salam~

Tiada peristiwa yang terpenting sekarang ini selain tarikh di atas. Pada hari itu rakyat berkuasa menentukan siapa yang bakal memerintah negara. Calon-calon pula kesana-kemari mencari pengundi. Masa inilah apa yang diminta pasti dikota. So, apa lagi?

Sebelum tu, adakah anda bersedia untuk mengundi?

Mesti ada yang jawab…

  • Itu sudah semestinya kerana itu tanggungjawab saya!
  • Err…rasanya saya dah layak mengundi tapi…tak sempat daftar la pulak..
  • Saya dah daftar tapi kat mana saya nak mengundi ek?
  • Saya tengah bersemangat nak mengundi ni…tapi belum layak la pulak…hehe
  • Gua tak amik port la…undi tak undi wa macam ni jugak!

Wah! macam-macam perangai ada. Dari 22 juta penduduk Malaysia, lebih kurang 10 juta layak mengundi. Salah seorang mungkin anda, maka pilihlah dengan bijaksana ya.

p/s : semakan daftar pemilih

Sekian.

Comments (18)

Parlimen Bubar Hari ini

~salam~

Akhirnya Parlimen dibubar hari ini. Kenapa hari ini? Hanya Pak Lah yang mengetahui. Walhal pada hari sebelumnya Pak Lah menafikan akan membubar Parlimen pada 13 Feb 2008. Mungkin juga Pak Lah memang suka bermain teka-teki.

Yang nyata cakap-cakap ramai orang Pak Lah suka angka 13 sudah terbukti. Mungkin Pak Lah menganggap angka itu bertuah bagi dia dan BN. Kita tengok keputusannya nanti pada…..Ops! tarikh Pilihan Raya Umum belum diumumkan lagi bila….

Sempena pembubaran Parlimen hari ini, saya kembali mengupdate blog setelah tidak berbuat demikian kira-kira sebulan lalu. Kira-kira sebulan lalu hingga lah hari ini jadual saya agak padat. Biasalah awal tahun. Sibuk dengan kerja-kerja dalam pejabat, luar pejabat dan juga luar daerah.

Ditambah lagi dengan kerja-kerja melawan arus untuk PRU-12. Disamping itu terlibat pulak dengan latihan Tenis Meja(Ping Pong) untuk kejohanan tertutup Celcom di KL pada 23 Feb 2008.

Walaupun tak sempat mengupdate saya masih berkesempatan melawat blog-blog kegemaran saya samada disedari tuan punya blog atau tidak. Tak kisahlah, yang penting ‘sesuatu’ yang saya perolehi setelah melawat dan membaca post-post terkini dari blog kegemaran saya. Blog-blog kegemaran saya seperti yang terdapat di sebelah dan technorati.

Oklah, masa dah time. Lepas ni nak ke bilik gerakan lepas tu sambung kerja malam makan gaji(menaik taraf perkhidmatan) hingga dinihari.

So..jumpa lagi esok…err..lusa…atau mungkin tulat…insyaALLAH….kalau ada masa lah….tapi saya rasa macam nak update lebih kerap…tengoklah nanti ya… 🙂

Sekian.

Comments (9)