Kisah aku, Amno dan SPR

~salam~

Suatu ketika dulu aku tinggal di sebuah kampung. Kampung tu terletak di Johor Bahru. Kalau datang dari Utara menghala ke Johor Bahru, kampung tu terletak di sebelah kiri Jalan Skudai. Manakala kalau datang dari Johor Bahru menghala ke Utara, kampung tu terletak di sebelah kanan. Dengan sebab itu kampung tu dinamakan Kampung Skudai Kanan.

Boleh dikatakan lama jugak aku tinggal di kampung tu. Berbelas tahun. Keluarga aku hanya menyewa. Sekarang ni kampung tu tak wujud lagi. Orang Kampung Skudai Kanan telah di arah jual tanah atas nama pembangunan. Dengan pengambilan tanah orang melayu ini maka berpindahlah sekalian orang kampung ke taman bersebelahan yang disediakan oleh pihak pembeli. Taman itu telah dinamakan sebagai Taman Skudai Kanan kerana penduduknya kebanyakkan dari Kampung Skudai Kanan.

Bezanya, kalau dulu orang kampung boleh bercucuk tanam, bela ayam tetapi tidak dengan tanah tapak rumah 16″ x 60″. Oleh kerana keluarga aku dulu penyewa, rumah yang tersedia hanyalah rumah flat 2 bilik dan aku ambil keputusan berpindah kawasan dan sekarang aku tinggal berdekatan dengan Pasir Gudang di mana aku merupakan calon PUNDAK.

Setelah bertahun-tahun tanah kampung tu di ambil, apa yang aku lihat tanah itu masih kosong tanpa apa-apa di dirikan di atasnya. Sesekali berlangsung acara sukan motor cross di situ.

Oklah, balik semula cerita masa kat kampung. Dulu masa sekolah aku suka bersukan. Semua sukan aku layan. Bolasepak, badminton, ping pong, hoki, karom, dam, chest, sepak takraw dan beberapa lagi sukan orang kampung. Dalam banyak-banyak sukan yang aku ceburi hanya sepak takraw yang agak menyerlahkan bakat aku. Itu pun cuma wakil sekolah, wakil kampung dan sekarang ni wakil kat tempat kerja.

Aku mula main sepak takraw sejak umur 15 tahun. Semasa di kampung awalnya aku main sepak takraw kat atas tanah liat. Kemudian bila dah terror sikit aku main kat Balai Raya dan join main dengan orang dewasa. Court simen kat balai raya tu taklah bagus sangat, asyik pecah sana-sini. Bila pecah, dorang simen. Pecah lagi, simen lagi. Begitulah setiap kali. Kadang-kadang tergendala aku dan kawan-kawan nak main. Masa tu terfikir court tu di bina dengan bahan tak berkualiti atau kurang simen. Orang Amno kontrol, faham-faham ajalah.

Pada suatu hari selepas habis main sepak takraw, aku telah diserahkan satu borang untuk di isi. “borang apa ni abang?” aku tanya. “Alah ko isi je lah..ko nak main takraw kat sini tak?” kata abang yang bagi borang kat aku tu. Aku pun isi dan aku sedar borang itu ialah borang jadi ahli Amno. Tak kisah lah. Layan je. Duit jadi ahli pun dorang bayarkan. Bukan aku yang nak jadi ahli. Pada aku yang penting, boleh terus main sepak takraw kat balai raya. Amno pun Amno lah, layannn..

Tak sampai setahun pilihanraya pun tiba. Aku gelabah kerana tak sempat nak daftar. Masa tu semangat untuk mengundi meluap-luap tapi aku belum daftar dengan SPR. Tiba-tiba sedang aku termenung mengenang nasib tak dapat mengundi datang satu surat dihantar posmen. Surat tu berlambangkan dacing di hadapannya. Surat apakah itu?

Lalu aku pun membukanya. Rupanya dalam surat itu menyatakan aku boleh mengundi dan disertakan sekali maklumat kawasan dan tempat di mana aku mengundi sambil disertakan kata-kata UNDILAH Baris*n N*sional.

Terfikir aku, bila masa pulak aku mendaftar dengan SPR? Mungkin dengan menjadi ahli Amno secara automatik nama aku sudah tersenarai dalam daftar pemilih? Masa tu aku sangka baik aja. Terima kasihlah kerana tolong daftarkan aku. Dapat gak aku mengundi. Aku undi siapa? Itu rahsia.

Sekarang aku dah dewasa. Bila teringat kisah dulu dan bandingkan dengan kejadian sekarang, benarlah sangkaan ku benar belaka. SPR dan Amno memang berkerjasama. Salah satu sebab kerana Bee End berkuasa. Dengan sebab kuasa ini juga pemimpin mereka beria-ia benar wujudkan Puteri dan Putera untuk mengajak golongan muda menyertai Amno dan seterusnya terdaftar dengan SPR.

Mudahkan. Jadi ahli Amno dengan itu nama sudah ada dalam daftar pemilih. Untuk PRU yang akan datang aku masih kekal boleh mengundi walaupun tak pernah mendaftar dengan SPR. Tempat mengundi aku masih di tempat yang dulu walaupun sekarang aku tinggal di kawasan parlimen Pasir Gudang. Begitulah kisah aku, Amno dan SPR.

Sekian.

 

3 Comments »

  1. abahfateh said

    begitulah SPR dan Be End dan juga JPN.

    Arwah bapak saya yang dah kembali ke rahmatullah pada 1991 pun masih menerima slip itu… hmmmm.. saya rasa kami dah daftarkan kematiannya…

    sape2 ada advice? perlukah kulapor pada polis atau PDRM pun jadi alat Be End?

  2. kumb@ng said

    abahfateh..
    semuanya diperalatkan bila di bawah kerajaan Bee End. Sebabnya nak berkuasa sampai mati. Tapi kalau nak cuba report pun bagus juga, tengok apa dorang buat…

  3. pakdi said

    eh, macam mana kau tau abahfateh?

    ada ic baru tu dalam slip tu. hmm…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: