Catatan 8 March 2008

~Salam~

12.00 am – Menyambung kerja-kerja semalam(7 March) memasang bendera di sekitar pondok panas dan laluan ke tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kota Putri untuk UPU Megahputri bagi DUN N43 dan Parlimen P159.

2.00 am – Tidur.

6.00 am – Bangun, solat.

7.20 am – Berada di pondok panas.

7.30 am – ‘on’ Laptop untuk tugasan sebagai penyemak daftar pemilih. Sambutan menggalakkan terutama dari kaum India dan Cina. Pondok panas PAS sentiasa dipenuhi samada petugas, perayu dan juga pengundi yang ingin menyemak tempat mengundi mereka.

11.00 pm – Giliran aku mengundi. Aku mengundi di kawasan lain iaitu DUN Tangjung Puteri dan Parlimen Johor Bahru. Dekat 2 jam untuk pergi-undi-balik. Next PRU nak tukar ke kawasan sini pula. Di sana calon DUN dari PRM dan Parlimen PKR.

1.19 pm – Masuk waktu Zohor bagi kawasan Johor Bahru.

1.40 pm – Giliran aku bertugas sebagai Polling Agent (PACA) di saluran 1. Di saluran 1 pengundi paling tua, 86 tahun dan termuda, 54 tahun. UPU Megahputri mempunyai 6 saluran. Sambil melakukan tugas PACA sempat berbual-bual dengan kakak Amno di sebelah aku.

4 .45 pm – Tamat tugas PA dan serah tugas kepada sahabat yang seterusnya sebagai CA(Counting Agent).

5.00 pm – Tamat masa mengundi. Pengiraan undi bermula.

5.15 pm – Solat Asar.

6.15 pm – Keputusan awal di terima untuk UPU Megahputri. Saluran 1, PAS – 96 / BN – 175 / Rosak – 15. BN menang 79 undi. Pengurangan majoriti yang menggalakkan kerana saluran ini dari kalangan orang-orang veteran yang kebanyakkannya masih ‘pure’ BN.

6.30 pm – Keputusan ke-2. Saluran 6, PAS – 232 / BN – 250 / Rosak – 11. BN menang 18 undi. Saluran 5, PAS – 236 / BN – 258 / Rosak – 9. Beza BN menang 22 undi. Juga pengurangan majoriti yang ketara.

6.40 pm – Keputusan seterusnya. Saluran 3, PAS – 274 / BN – 261 / Rosak – 11. PAS menang 13 undi. Saluran 2, PAS – 261 / BN – 275 / Rosak – 17. BN menang 14 undi

7.00 pm – Keputusan terakhir. Saluran 4, PAS – 265 / BN – 241 / Rosak – 0. PAS menang 24 undi. Keseluruhannya undi PAS – 1364, BN – 1460 dan rosak – 63. Majoriti BN menang di UPU Megahputri ialah 96. Berbanding tahun 2004 majoriti ialah 1200 menunjukkan pengurangan ketara majoriti dan peningkatan undi PAS sebanyak 300 %.

7.20 pm – Solat maghrib.

8.00 pm – Bergerak bersama sahabat ke dewan penjumlahan undi untuk semua UPU DUN dan Parlimen di Taman Johor Jaya.

8.30 pm – Menerima berita Kelantan kekal di tadbir PAS sementara di beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Kedah, Barisan Rakyat sedang mendahului. Laungan Takbir bergema.

10.00 pm – Keputusan tidak rasmi di terima bagi kerusi DUN N43, BN menang dengan majoriti 2018 undi. Tahun 2004 BN menang dengan majoriti lebih kurang 10 ribu undi. Pengurangan majoriti yang ketara bagi PAS. Walaupun kalah tetap puas hati. Penat lelah selama 2 minggu hasilnya begitu memberansangkan.

Pendapat aku pengundi melayu masih setia dengan BN walau calonnya ialah seorang paderi berbangsa India. Tak faham tol dengan orang melayu ni. Bagi Parlimen juga dimenangi oleh BN dengan majoriti 17 ribu undi. Lawan BN(Amno) ialah PKR.

11.00 pm – Pulang ke rumah.

11.15 pm – Mengikuti keputusan terkini PRU-12 sehingga jam 3 pagi. Keputusan demi keputusan yang memeranjatkan berlaku. Sharizat, Samy Vellu, Soo Koon, ZAM dan beberapa lagi menteri tewas. Macam tak percaya. Rakyat telah menggunakan kuasa mereka.

Keseluruhannya, walaupun Johor merupakan kubu kuat BN tetapi tidak mustahil pada satu hari nanti ada parti lain boleh mengambil alih. Siapa sangka PAS berjaya menang 2 DUN di utara Johor dan keseluruhan Barisan Rakyat memang 6 DUN dan 1 Parlimen. Tahun 2004, Pembangkang melalui PAS hanya menang 1 kerusi tanpa bertanding.

8 March 2008 telah mengubah segalanya dari ingin merampas Kelantan kemudian akhirnya 4 negeri lain jatuh ke Barisan Rakyat disamping menafikan 2/3 kerusi Parlimen. Sesuatu yang harus BN fikirkan apakah mereka sudah memberikan yang terbaik untuk rakyat. Ini merupakan protes dari rakyat untuk pemerintah dan jika keadaan masih tidak berubah untuk 4 atau 5 tahun akan datang pasti perubahan lebih besar bakal melanda.

Sekian..Wassalam.

14 Comments »

  1. zool said

    Hm.. tapi PKR masih belum mencapai kejayaan di Johor,..
    Usaha lagi wei…

  2. kumb@ng said

    zool.. kat Johor masih ramai karat BN…insya’ALLAH PRU akan datang….kena keje kuat lagi…🙂

  3. ku ina said

    dun worry… semuanya akan berubah… rasanya org2 Bee Enn kat selatan duduk pun tak senang skarang…

  4. pakdi said

    walaupun baru dapat 2 anak di Johor, tetapi majoriti sgt berkurangan.

    tahniah utk petugas PAS di Johor, cabaran kumbang dan rakan-rakan adalah jauh lebih sukar rasanya..

    tempat aku pun, cina india sudah swing. tetapi itulah…. adoi… tak tau la nape. alhamdulillah Parlimen dan Dun aku menang jugak. walapun ada dicampak undi pos.

  5. kujie said

    Insya Allah…kita turun pelan2…mula2 utara turun sikit dah sampai KL, PRU 13 kita sambung ke Johor ye…

    tempat kakjie, ketiga2 DUN dpt kat BN tapi parlimen PKR. Kami tumbangkan Dato’ G Palanivel yg telah menang ke atas Ustaz Ismail Kamus ( thn 2004)

    Walau majoriti hanya 198, rasa berbalas rasa geram atas kekalahan Ustaz Ismail Kamus 4 tahun dulu.

  6. nadlique said

    Korang rasa manifesto Negara Kebajikan tu realistik tak?

  7. kumb@ng said

    ku ina, pakdi, kujie.. Kalau diikutkan segan nak ngaku anak Johor tapi memandangkan majoriti di byk kerusi smakin kurang itu petanda baik buat kami untuk keje lebih keras lagi…tiada yang mustahil dalam dunia ni, dulu asal tanding PAS hilang wang pertaruhan dan sekarang dah tawan 2 kerusi…lain2 tempat nanti bakal menyusul…insyaALLAH…

    nadlique.. realistik kalau BA yang perintah negara..

  8. nadlique said

    Maksud aku, realistik dari segi bolehkah ianya diimplementasikan tanpa merosakkan ekonomi negara.

  9. kumb@ng said

    nadlique..Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi saya boleh kata….insyaALLAH..dengan syarat BA memerintah negara dan hasil petronas tidak diseleweng spt sekarang. Juga kurangkan rasuah. Tetapi dengan hanya memerintah di 5 buah negeri belum cukup untuk melaksanakan manifesto itu kerana kuasa penuh masih pada kerajaan pusat. Harga minyak naik atau turun kerajaan pusat yg tentukan.

    Sebut pasal ekonomi,ia bergantung kepada urusniaga yang dijalankan. Ada pihak yang jual dan ada pihak yang beli. Bila minyak turun, cukai turun, beban tanggungan rakyat akan kurang dan rakyat mampu berbelanja dengan lebih rancak menunjukkan ekonomi rakyat stabil dan meningkat. Menurun harga minyak dll memang akan mengurangkan kewangan dalam negara dan dalam masa yg sama rakyat yang menikmati.Kerajaan yg baik, kerajaan yang perihatin masalah rakyat.

    Pembangunan koridor sana-sini juga penting untuk merancakkan ekonomi. Tetapi apa yang ditakuti projek di dalam koridor itu di kawal oleh seseorang dan akhirnya harga projek menjadi 2 kali ganda sebab percent. Sekarang ini kerajaan BN ambil mudah soal rasuah dan akibatnya siapa yang tanggung? rakyat juga dibebankan dgn kos sara hidup yg meningkat. Yang kaya semakin kaya. Yang miskin terus miskin. Golongan sederhana tersepit.

    Maksud saya manifesto negara kebajikan akan terlaksana bila pengurus negara akan berbelanja dengan lebih cermat untuk kepengtingan rakyat dan saya tak nampak ekonomi negara akan rosak.

  10. pakdi said

    nadlique, isu tu saya pernah cuba tulis dalam blog. tapi ia disalah tafsir. hm…

    kadang2 malas tulis isu politik di blog sebab susah nak dapat audience yang boleh fikir rasional. saya kena hentam dengan sbhgn orang PAS bila tulis isu tu. ntahlah. borak2 dgn geng yang dah kenal je dalam isu ini.

    nak tulis skrg pun tidak sesuai lagi. barangkali kena tunggu 1-2 tahun selepas 5 negeri diperintah BA sudah merancang dan laksanakan apa yang boleh. 5 tahun itu terlaku sekejap utk pemerintahan sesebuah negeri / negara.

  11. Bang Ajie said

    Salam to Webmaster & Pejuang Islam sekalian,

    Syukor alhamdulillah, kita telah dapat menggunakan amanah yang Allah dengan sebaiknya.

    Pada congakan saya BN di DUN Permas nie masih lagi terselamat kerana undi daripada golongan tua dan migrant dari Sabah & Sarawak i.e. yang duduk di setinggan, rumah2 murah Tmn Rinting, Permas Jaya dan Flat2 pemindahan i.e. dari flat2 yang diruntohkan spt Bkt Cagar dan sebagainya.

    Diharap pejuang2 Islam utk negara kebajikan akan terus berkerja keras dari sekarang untuk mengemaskan tindakan untuk PRU13 yg akan datang. Sebagai contoh, sahabat kita dari Kelab Penyokong PAS yg dahulunya Ketua Pemuda MIC Kota Putri malam tadi telah meminta kami mengerakkan terus jentera BA dan meminta kita memberikan mereka borang pendaftaran Pemilih supaya mereka dapat mendaftarkan ahli-ahli baru layak dari kalangan masyarakat India untuk terus mendaftar sebagai pengundi untuk PRU13 akan datang.

    Apa2 pun jangan bersedih, kerana InsyaAllah Allah bila kita berusha saja untuk Islam, maka telah memberikan kita ganjaran regardless what is the result.

    Salam.

  12. Bang Ajie said

    Saudara Kumbang,

    Dalam masa terdekat, InsyaAllah kita akan organise satu perjumpaan di antara Petugas2 Barisan Alternatif kawasan Kota Putri, Megahria dan Taman Rinting i.e. PAS, ADIL, dan Kelab Penyokong PAS.

    Will keep you informed on this.

    Salam

    Bang Ajie
    bangajie64@yahoo.com

  13. kumb@ng said

    Bang Ajie.. sama-sama lah gerakkan jemaah kita dgn lebih jitu…BN sudah mula gerun dan kita pula jangan alpa….mudah-mudahan dengan persiapan awal ini bakal membuat perubahan lagi besar nanti…insyaALLAH.. 🙂

  14. abahfateh said

    en. kumb@ng,

    kemenangan barisan rakyat di johor satu kejutan. tahniah.
    pengurangan majoriti juga satu kejayaan, syabas.

    saya sedar sukar menembusi kubu bn di johor. Bila mula-mula kahwin dan masuk rumah ‘nenek mertua’, memang terkejut tengok gambar Ghani Osman ngan ahli dun baik punya tergantung di ruang tamu.. kalau setakat gambar agong dan pm tak kisah lagi…

    teruskan kerja-kerja di sana, kami di Borneo nie lagi susah nak tembus… mcm2 cerita..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: