Islam untuk semua

~salam~

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab ini (Al-Quran) kepadamu dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukumi manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” (Surah An-Nisa’)

Ayat tersebut adalah umum untuk seluruh manusia. Maksudnya Syariat Islam bukan hanya wajib dilaksanakan untuk penganutnya tetapi untuk semua umat manusia di seluruh dunia tidak kira mereka penganut Islam atau pun tidak. Dengan itu anggapan perlaksanaan syariat Islam hanya untuk orang Islam adalah tidak tepat sama-sekali.

Di Negara ini, pemerintah tidak mahu melaksanakan syariat Islam sepenuhnya dengan alasan masyarakat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Walhal dalam Islam, warga bukan Islam bebas memilih agama yang diingini dan mengamalkan kepercayaan masing-masing kerana Allah SWT tidak memaksa setiap orang memeluk Islam. Orang bukan Islam juga bebas mengamalkan kepercayaan tentang agama mereka seperti ibadah ritual, makanan, minuman, pakaian, perkahwinan dan lain-lain.

Cuma perkara tentang perundangan, muamalat, politik, ekonomi dan sosial orang bukan Islam harus tunduk kepada syariat Islam. Tujuannya supaya kebaikan syariat Islam akan dapat dirasakan oleh seluruh masyarakat dalam negara seperti Malaysia.

Persoalannya sekarang, bagaimana hendak memahamkan masyarakat tentang kebaikan syariat Islam? Islam sering dikaitkan dengan anggapan yang negatif seperti zalim, menindas kaum wanita, mundur, tidak menerima kemodenan dan juga keganasan.

Di negara ini orang bukan Islam tidak pernah dididik secara formal tentang kebaikan syariat Islam. Tiada kesungguhan dari pihak pemerintah ke arah memberi pendidikan kepada orang bukan Islam tentang kebaikan syariat Islam. Yang sering di momokkan ialah hukuman dalam perundangan Islam ialah zalim seperti memotong tangan dan sebagainya. Padahal tujuan hukuman ini adalah untuk menyedarkan orang lain supaya tidak melakukan perkara seperti mencuri dan sekaligus menjaga harta-benda anggota masyarakat tidak kira orang Islam atau bukan Islam.

Selain itu perlaksaan ekonomi Islam melalui larangan riba’ dan perjudian pastinya akan membuat ekonomi masyarakat tumbuh secara nyata, stabil, kuat dan tidak mudah rapuh akibat inflasi. Komoditi milik umum seperti minyak, hutan, gas dan sumber mineral lain seharusnya dikendalikan secara amanah oleh negara dan hasilnya diberikan kepada rakyat semula secara langsung atau tidak langsung dan akan membuat seluruh masyarakat mendapat manfaat dari kekayaan sumber alam yang dimiliki.

Pertumbuhan ekonomi secara nyata dan stabil juga akan menghasilkan rakyat hidup sejahtera dan mengurangkan jurang ketidakseimbangan sosial-ekonomi di dalam masyarakat bukan seperti yang terjadi dalam sistem kapitalis. Kebaikan dari sistem ekonomi Islam ini pastinya dapat dirasakan oleh semua anggota dalam masyarakat baik orang Islam dan juga bukan Islam.

Sekarang ini hanya orang Islam saja yang terdedah dengan pendidikan Islam di mana tanggungjawab itu diserahkan kepada para ustaz dan ustazah dari peringkat sekolah hinggalah ke universiti. Walaubagaimanapun, realitinya Islam yang diajarkan tidak sepenuhnya dilaksanakan di negara ini. Hanya terhad pada rukun Islam yang lima(5).

Manakala di kalangan rakyat yang bukan Islam tiada usaha untuk memberikan pendidikan tentang syariat Islam yang sebenar. Masyarakat bukan Islam di Malaysia selama ini hanya mengetahui Islam adalah agama untuk orang Melayu sedangkan Islam sebenarnya untuk semua kaum dan bersifat universal serta adil.

Sudah tiba masanya kebaikan syariat Islam ini didedahkan kepada setiap orang dalam masyarakat dalam negara ini.

Samada mereka boleh menerima atau tidak terpulang kepada mereka yang menentukan. Selagi tiada usaha ke arah memberi pendidikan Islam kepada rakyat di negara ini maka sampai bila-bila hasilnya tidak dapat di nilai samada berjaya atau tidak. Apa yang berlaku sekarang adalah hasil dari sistem yang diamalkan sejak 50 tahun dahulu. Perubahan mesti dilakukan demi kesejahteraan hidup di dunia ini dan hanya syariat Islam sahaja yang boleh menyelesaikan semua permasalahan hidup manusia.

Hakikat yang tidak diketahui ialah syariat Islam sebenarnya menjaga keamanan, ekonomi, sosial dan juga harta benda. Dengan itu pendidikan tentang Islam kepada semua adalah perlu kerana Islam sebenarnya adalah untuk semua.

Sekian.

———————————————————————————————————————————-

Blog ini sedang menyertai cabaran http://www.smlearning.net/ SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.

4 Comments »

  1. abahfateh said

    ubahlah diri kita dan jadikan diri ini sebagai contoh yang lain, contoh muslim yang baik. Insya-Allah ripple effectnya akan sampai kepada orang di sekelilingnya dan memberi ripple effect yang lain.

    kadang2 kita sibuk sangat nak ubah benda lain sehingga lupa nak ubah diri sendiri.

  2. kumb@ng said

    ya betol tu abahfateh, diri kita dahulu sebelum orang lain…sekarang ini ramai orang Islam yang Islam hanya pada nama saja, perbuatan dan kelakuan sama je spt bukan Islam…jadinya orang bukan Islam tengok dan keliru….😉

  3. syamsul said

    salam perkenalan.satu tulisan yg menarik. saya tertarik dgn komen pendek Ust Tn Guru Nik Aziz dlm berita TV3 (yg dah lain macam sikit cara liputannya semenjak lopeh PRU12) berhubung kabinet baru kerajaan. Katanya. golongan sekular akan lenyap.. dallamm juga maknanya tu.tk,syamsul.

  4. kumb@ng said

    syamsul..
    terima kasih sudi berkunjung dan salam perkenalan…🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: