Ketuanan Melayu vs Islam

By kumb@ng on Mar 23, 2008 | Reply

By amieiezam on Mar 21, 2008 | Reply

kumbang….untuk gadaikan kepentingan anak bangsa…cucu.. cicit aku pasti bukan itu yang kita hendak. Mungkin saudara sudah berjaya tapi ramai lagi masih baru bertatih!!! Yang dituntut ialah hak sebagai peribumi… tanah ini hak kita…kita kongsikan bersama, atas dasar semangat setiakawan…ini saudara mesti ingat..
dimana-manapun didunia konsep kepentingan kelompok terbesar masih menjadi amalan..tak perlu jauh, rujuk lah di negara jiran kita Singapura mahupun Indonesia.

bawa2 lah berfikir dan lihatlah sejenak statistik jabatan pendaftaran negara… “mereka” tidak punya masalah menukarkan kerakyatan mereka kerana “mereka” sendiri tau ini bukan tanah tumpah darah bangsa mereka… tapi ini tanah kita…tanah yang diwariskan kepada kita oleh pejuang2 kita yang mendahului kita.

nampaknya kumbang lebih jahil tentang DEB…takkan lah dengan adanya DEB hanya melayu yang akan kehadapan.. apakah persamaan ini boleh dikaitkan dengan Nicol Ann David? kemeruduman pasukan “harimauuuuwww” malaya? DEB ialah mekanisma yang diguna pakai kerajaan perikatan bagi menyusun kembali komposisi rakyat tanah melayu supaya kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan..saya yakin saudara takkan mampu membayar ribuan RM untuk bayaran TAX tanpa adanya DEB.

Lebih tidak adil apabila saudara menjulang guan eng sebagai wira apabila masih mengungkit apa yang berlaku dulu. Andaikata orang yang merogol itu tiada kena mengena dengan pimpinan UMNO saya yakin tiada usaha yang beliau lakukan, dalilnya…kenapa hanya itu dan hanya itulah kes yang dibawa oleh insan yang saudara gelar “pejuang”…

kuasa kini hanya tinggal k.u.a.s.a
—————————————————
Oleh kerana saudara block ruang komen untuk entry ni,izinkan saya menjawab disini.

amieiezam..adakah kerana saya mengkritik perjuangan KETUANAN MELAYU, maka saya dicop ingin menggadai kepentingan bangsa. Berkali-kali sudah saya katakan agenda ketuanan melayu tidak akan membawa melayu kemana-mana. Melainkan menjurangkan antara yang kaya dengan miskin. Lagipun agenda KETUANAN MELAYU ini lebih bersifat perkauman.UMNO,MCA dan MIC ada agenda untuk kaum masing-masing. UMNO dengan melayunya,MCA dengan cina dan MIC dengan india. Atas semangat SETIAKAWAN sejak merdeka maka negara ini dibina sehingga hasilnya boleh dilihat hari ini. Setiap kaum ada peranan masing-masing dan punya hak di tanah ini. Walaubagaimanapun, tidak semestinya apa yang dihasilkan hari ini adalah yang terbaik. Kelebihan dan kekurangan tetap ada. Cuma yang tak baiknya rasa curiga antara kaum masih wujud sedangkan perasaan ini sepatutnya sudah diNYAH dalam diri masing-masing atas semangat PERPADUAN dan SETIAKAWAN.

Sebagai contoh, di singapura,PAP tidak pernah perjuang ketuanan cina melainkan menggalakkan semua kaum bersaing.Nah!hasilnya singapura muncul negara kelas ke-2 didunia,sementara malaysia masih dikelas ke-3.Itu hakikat, singapura dulu sebahagian dari tanah melayu dan sekarang sudah maju kehadapan. Disana, orang melayu yang dikata ditindas,golongan minoriti,masih mampu beli tanah di Johor,beli rumah harga teres rm200-300k,beli rumah banglo 1 juta.INI CONTOH! Diulangi sekali lagi, INI CONTOH! Jangan pula saudara tuduh saya cuba belot dan memuja pemimpin mereka.Pada saya yang baik jadikan TAULADAN,yang tidak baik jadikan SEMPADAN. Lagi satu, saudara mungkin lupa,tak ingat atau tak tahu di Johor lama dah tanah milik melayu digadaikan kepada singapura.Siapa yang gadai?

Saudara amieiezam..saya sebenarnya KASIHAN,
Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai penghuni PENJARA.
Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai penghuni PUSAT SERENTI.
Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai jadi MAT REMPIT.
Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai jadi BOHSIA,BOHJAN.
Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai jadi ITU,jadi INI yang ada kaitan dengan gejala NEGATIF.

Boleh, bukan tak boleh asyik dengan KETUANAN MELAYU,mestilah seimbang dengan tuntutan AKHIRAT. Pada saya perjuangan kaum hanya terhad pada kaum sahaja.Mustahil agenda perjuangan kaum masing-masing boleh menyatupadukan kaum di tanah ini. Bagi saya, hanya SATU wadah sahaja yang boleh menyatukan kaum dibumi ini iaitu ISLAM. Sebab itu saya meletakkan perjuangan ISLAM no.1 dan BANGSA no.2. Saya tidak rasa pimpinan sekarang perjuangkan AGAMA ISLAM seiring dengan BANGSA.

Saudara amiezam..saudara anggap saya sudah berjaya tetapi masih JAHIL DEB.Oh! saya terlupa rupanya ramai masih bertatih. Ramai ke? Bukankah DEB sudah ada sejak 1969 atas sebab menaik taraf kaum MELAYU seiring dengan kaum lain. DEB telah sebabkan ramai masih bertatih atau pimpinan sekarang terlalu asyik dengan KETUANAN MELAYU hingga lupa ramai rakyat yang masih bertatih! Hakikat yang terserlah sekarang ketidakeimbangan DEB menyebabkan ramai rakyat terutama melayu MEREMPAT di negara sendiri. Masih ramai yang tinggal di setinggan,rumah murah dan umno gunakan golongan ini untuk meraih sokongan dengan menabur janji palsu. Janji yang tinggal janji dan akhirnya rumah mereka diroboh tanpa belas kasihan.

Saya rasa,daripada melalak sana-sini perjuang KETUANAN MELAYU lebih baik sampaikan kebaikan ISLAM tentang keadilan SYARIAT ISLAM kepada kaum BUKAN ISLAM. Bukan memaksa mereka memeluk ISLAM cuma nak bagi tahu ISLAM sebenarnya menjaga keamanan,adil dan menjaga harta benda tidak kira mereka orang ISLAM atau bukan. MUNGKIN, siapa tahu dengan izin ALLAH melalui program pemahaman ISLAM kepada BUKAN ISLAM boleh meramaikan UMAT ISLAM di tanah ini. Saya redha mempunyai pemimpin seorang CINA atau INDIA dengan syarat dia seorang ISLAM.

Saudara amieiezam..SUKAN dan DEB memang tak boleh disamakan tetapi boleh diambil contoh atas semangat PERPADUAN.Tokoh sukan hari ini kebanyakan lahir secara individu bukannya berkumpulan. Sebab itu saya ambil contoh sukan BOLASEPAK.Sukan ini menuntut PERPADUAN disamping PERSEFAHAMAN untuk mencapai matlamat iaitu menjaringkan GOL. Tanpa jaringan GOL yang kerap maka jadilah PASUKAN HARIMAU MALAYA merudum dan merudum. Tidak dinafikan, ada atlit negara ini yang berjaya tetapi secara INDIVIDU bukan BERPASUKAN.

Tentang GUAN ENG pula, salah juga ke saya beritahu kebaikan dia? menceritakan kebaikan orang kan lebih baik dari memburukkan. Atau saudara suruh saya berhasad dengki macam apa yang terjadi di Terengganu sekarang, orang melayu menderhaka pada SULTAN? Bagaimana pula dengan SOI LEK? Rasanya tak sopan nak cerita apa yang dia telah buat sampai terpaksa undur diri dari politik. Ingin digelar pejuang tak perlu tengok pada warna kulit. Saya ambil contoh GUAN ENG kerana masakini dia antara tokoh paling popular dan kisah masa lampaunya ada kaitan dengan tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia.

Saudara amieiezam…sayang sekali saudara sungguh petah berkata-kata tetapi tidak punya blog untuk luahkan bicara..

6 Comments »

  1. kalau nak cakap dengan org macam tu, kena ikut rentak “ketuanan bangsa” style dia,
    kalau balas hujah ketuanan Islam, dia buat-buat tak faham.

    Meh sini aku berhujah tentang ketuanan melayu, ikut cara “amieiezam”.

    Jika Benar UMNO memperjuangkan “Melayu” atau “Tanah Melayu”, kenapa Pemimpin UMNO yang memceraikan singapura.

    Jika benar UMNO memperjuangkan Tanah Rizab Melayu, mengapa ditukar status sesuka hati?

    Jika benar UMNO memperjuangkan Hak Melayu, Kenapa Pemimpin UMNO menjual kerakyatan murahan kepada “Kaum Pendatang”, merujuk kepada pendatang yang baru tiba tak sampai 15 tahun. (Tan Cheng Lock tak dikira pendatang)

    Jika menang UMNO memperjuangkan Hak Melayu, Kenapa Ekuiti bumiputra boleh berkurang, tetapi ekuiti Asing pula yang naik.
    (Asing merujuk kepada negara asing, bukannya kaum bukan melayu)?
    Ini sudah lebih, Kalau ya pun nak berkuasa, mengapa mesti jual kepentingan negara kepada Singapura?

  2. kumb@ng said

    apa lagi sebol mari kita gegar itu blog…😀

  3. abahfateh said

    Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu?

    Cerita MB Terengganu dengan MB Perlis apa kes? Satu-satunya lambang kedaulatan orang melayu pun dah dipermainkan sekarang. Lagi nak cerita pasal ketuanan Melayu.

    Huhuhu…

  4. kujie said

    sebab tu Palestin masih gagal sebab mereka hanya berjuang atas suatu bangsa bukan agama….

    Saya orang melayu yang tak mahu layu.

  5. Dr Azwan said

    Jikalau nak memperjuangkan pasal ketuanan melayu pun, pastikan pejuangannya tu betul dan berada di paksi yang betul dan dilihat betul. Jikalau mengkayakan golongan sekerat dengan menggunakan alat DEB dengan segala rasuah dan nepotisme, bukankah ini merosakkan nama baik ketuanan melayu? Saya tak mahu kisah Tajudin Ramli yang menghancurkan dan hampir membangkrapkan MAS menjadi contoh kisah kejayaan DEB… Atau kisah Kamaluddin Abdullah, pemegang saham SCOMI terbesar mendapat projek LRT yang bernilai berjuta2 menjadi tajuk bualan kaum lain… segan lah saya.. sebenarnya tak tahu nak letak kat mana maruah melayu.. kerana ketuanan melayu yang kuat maka saya bangkit bersuara…

  6. Dr Azwan said

    Assalamualaikum Kumb@ng…

    Mari kita sama-sama tunaikan kewajipan memboikot barangan produk Belanda di atas nama Jihad Ekonomi. Senarai barangan produk ada di dalam blog saya. Wassalam

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: