Archive for April, 2008

Ba Alif Ba Ya

~salam~

Mungkin isu ini agak lapuk tetapi saya terpanggil untuk menulisnya sebagai pendapat peribadi…

Sejak beberapa hari lalu saya tiada di ‘sini’ kerana berada di ‘sana’, pulang saja disajikan dengan kisah hangat pasal ba alif ba ya(sebut…Ba Bi) di Selangor. Semua maklum Selangor sekarang ni kerajaannya bukan ba ya alif ya nun (sebut…Bi iN), maka macam-macam cara orang-orang yang tak puas hati akan lakukan untuk burukkan kerajaan yang baru memerintah sebulan lebih ni.

Isunya bukan besar sangat iaitu pasal nak modenkan penternakan ba alif ba ya. Bukan kah bagus, tutup banyak kandang kemudian bina hanya satu(1) kandang saja. Taklah mengusutkan penguatkuasa nak memantau kandang-kandang yang bersepah sana-sini. Sudahlah bersepah, mencemar alam pula. Bukan saja di Selangor, di Melaka, di Negeri Sembilan juga terdapat kandang-kandang bersepah yang mencemar alam sekitar.

Pada saya sepatutnya peluang harus diberikan kepada kerajaan Selangor membuktikan apa yang dirancang ini untuk keselesaan rakyat pada masa hadapan. Kisah ba alif ba ya dan pencemaran memang sensitif terutama pada orang Melayu dan Islam tetapi demi menghormati kaum yang menjadikannya sebagai makanan maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri memenuhi permintaan ini dengan melaksanakan secara sistematik demi mengelak pencemaran.

Realistiknya apa yang kerajaan Selangor lakukan, bukan semata ingin mengambil hati tetapi lebih kepada tuntutan sosial dan keadilan sebagai pemerintah kepada orang bukan Islam dan juga orang Islam.

Sekian.

Comments (8)