Archive for May, 2008

Mahathir keluar, Ezam masuk

~Salam~

Inilah episod seterusnya setelah Mahathir keluar. Episod keluar dan masuk. Realiti politik di Malaysia memang begitu, sentiasa ada yang keluar dan sentiasa ada yang masuk. Juga lompat-lompat masuk keluar. Dalam kes Ezam ni dia keluar, pastu buat Parti baru, kemudian keluar dari Parti baru dan kemudian masuk ke parti yang dia pernah keluar dulu. Walhasil balik asal daaa.. 😉

Ramai yang membuat spekulasi Ezam masuk kerana Mahathir sudah keluar. Atau Ezam masuk kerana tawaran BAEK PUNYA. Itu kena tanya Ezam sendiri. Yang pasti Ezam kata kat TV semalam dia masuk sebab nak buat reformasi dalam parti dia masuk semula. Mungkin dulu dia tak dapat buat reformasi sebab Mahathir ada kat dalam. Dan bila Mahathir bukan PM lagi dan sudah keluar maka dia masuk semula untuk buat dari dalam.

Dulu-dulu Ezam buat reformasi kat jalanraya. Tapi kini tidak perlu lagi. Tak payah berpeluh-peluh, berhujan asid sampai kena tangkap polis. Adat orang berjuang, di kejar-kejar dahulu, di gari-gari dahulu, di ISA-ISA dulu, bersenang-senang kemudian. Berjuang tetap berjuang. Matlamat sama cuma wadah berbeza.

Macam Cristiano Ronaldo, matlamat nak jadi pemain terbaik dunia dan menang banyak piala, tak kisahlah sebagai pemain MU ke atau pemain Real Madrid. Mana offer lebih dia sapu. Bagus tu. Kalau Ronaldo belah dari MU dan join Real, ada chance Liverpool menang EPL nanti…hehe 😀

Seharusnya kita tak perlu gundah, marah dengan keputusan Ezam. Doakan lah yang terbaik buat beliau. Restulah niat dia demi melaksanakan reformasi dari dalam. Anggap saja ini perjuangan murni untuk dia melakukan perubahan demi bangsa, agama dan negara. Harap-harap berjaya lah. 🙂

Sekian.

Comments (7)

Terlepasnya Pedra Branca a.k.a Pulau Batu Putih

~Salam~

Akhirnya mahkamah antarabangsa menetapkan ketuanan Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura. Malaysia cuma dapat Terumbu Karang atau Middle Rocks. Kemenangan bersama kata Rais Yatim. Maksudnya, kita semua pemenang, tiada pengalah.

Sejak bermula perbicaraan tuntutan pulau itu November tahun lalu saya sebagai warga Johor sudah terasa bahangnya. Masakan tidak, setiap lepas solat Jumaat seluruh masjid di negeri Johor diwajibkan mengadakan solat hajat. Begitu seriusnya kerajaan atas ketuanan Pulau Batu Putih yang berkeluasan separuh padang bola. Padahal beribu-ribu ekar tanah di Johor Bahru telah dijual kepada rakyat Singapura. Atas nama masyuk tidak mengapa.

Kenapa tanah yang beribu-ribu ekar tu kerajaan tak kisah tapi pulau yang sekangkang kera itu beria-ia sangat? Apa keistimewaannya? Maruah? Persempadanan antarabangsa? atau ada minyak kat situ? hmmm… 😉

Menurut cerita kawan yang tinggal di Pengerang (ada sedara-mara gak kat sana tapi lama dah tak ziarah 😀 ), berdekatan pulau itu lumayan dengan ikan-ikan. Maka nelayan-nelayan dari daerah Pengerang, Sungai Rengit, Teluk Ramunia suka ke sana. Malangnya, mana-mana nelayan yang cuba menghampiri pulau itu akan dihambat tentera Singapura sampai ada yang kena tembak. Walwahuallam.

Kalau ya. Selain ikan dan rumah api, mungkin ada rahsia lain kat pulau itu. Rahsia yang hanya kerajaan Singapura tahu kenapa tidak dibenarkan sesiapa menghampiri pulau itu. Atas sebab itu kerajaan Malaysia marah kerana kebanyakkan nelayan yang terdiri dari penyokong Azalina Othman telah dihalau bila nak menangkap ikan berdekatan dengan Pulau Batu Putih. Dengan itu, supaya nelayan-nelayan tersebut bebas keluar masuk maka jalan terbaik ialah dengan merebut kembali Pulau Batu Putih. Itu hanya andaian saya saja. Cerita-cerita sebab musabab kerajaan Malaysia cuba nak rebut pulau tu kembali.

Walaubagaimanapun, kerajaan Malaysia sudah berusaha, rakyat Johor juga sudah berdoa namun Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menjatuhkan Singapura merupakan pemilik sah pulau itu. Maka berputih matalah kerajaan Malaysia melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura (Pulau itu kalau dalam bahasa Cristiano Ronaldo dipanggil Pedra Branca manakala Alex Ferguson sebut The White Rock Island).

Itulah. Dulu taknak jaga pulau ni. Bila Singapura dah majukan dengan membina rumah api dan bangunan telekomunikasi di situ barulah kerajaan Malaysia sibuk nak rebut kembali. Singapura memang perlukan pulau itu sebagai pengawalan laluan kapal-kapal dagangan ke pelabuhan termaju mereka, pelabuhan Keppel. Itukan sumber pendapatan utama negara mereka. Dengan apa cara sekalipun mereka akan berusaha supaya tidak terlepas ke tangan Malaysia.

Singapura dah menang. Malaysia pula kalah. Nampaknya mengikut jejak langkah skuad badminton Piala Thomas, skuad Hoki Piala Sultan Azlan Shah dan juga skuad Bola Sepak Piala Antara Benua.

Sekian.

Comments (6)

Mahathir keluar UMNO!

Walau bersyarat, Mahadhir dah umumkan…

Sementara itu, Pak Lah tetap dengan pendirian…

Fuh! Memang hangat ni. Lebih hangat dari Hangat FM. Malah, lebih hangat dari Final UCL 21 May ni…

Episod seterusnya, kita tunggu selepas ini…. 😉

Comments (9)

Setahun berlalu dan Tag

~salam~

Rasanya baru semalam saya mula berblog dan hari ini 9 May 2008 sudah setahun rupanya. Keinginan mempunyai blog ini bermula atas dorongan seorang rakan yang saya kenali di YM KL3. Pada mulanya saya kurang yakin dengan kebolehan sendiri untuk punya blog lantaran saya ni bukanlah seorang yang suka menulis.

Lama-kelamaan setelah menjelajah dari blog ke blog, terdetik di hati apa salahnya saya mencuba. Maka tarikh 9 May 2007 di pilih sebagai salam perkenalan saya seorang blogger. Walaupun blog ini tak se gah blog-blog lain di pasaran tetapi saya berbangga kerana lebih dulu menjadi blogger dari Khir Toyo, Ali Rustam dan juga Tun M.

Sepanjang setahun lalu entri blog ini terdiri dari pelbagai cerita tentang diri sendiri hinggalah ke bab politik. Saya tulis ikut apa saya suka dan ingin tulis. Tak pastilah samada entri-entri di blog ini memberi manfaat atau tidak. Kalau ada baguslah. Insya’ALLAH, pada masa mendatang saya akan cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada untuk sekurang-kurangnya menjadikan blog ini lebih bermakna.

Oh ya. Sempena edisi setahun berlalu ini saya mengambil kesempatan untuk menjawab tag dari dikmal dan nadlique yang telah mengetag saya lebih sebulan lalu. Tag ini berkenaan 8 perkara menarik dan fakta tentang saya. Sengaja saya simpan agar dapat di jawab pada hari ini.

Oklah ini dia…

  • Pertama. Ini pengakuan ekslusif. Untuk pengetahuan kawan-kawan, status saya bukanlah seperti yang disangka oleh teman-teman blogger sebelum ini. Saya sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun 9 bulan. Nama isteri saya Maslina dan anak saya Nurhanisah Insyirah. Kepada yang ingin merasa nasi minyak saya, saya memohon berbanyak maaf melainkan kalau…hoho..cukuplah yang satu ini 😀 . Lagipun masa majlis perkahwinan saya dulu hidangannya bukan nasi minyak tetapi nasi beriani 😀 . Seperkara lagi, kenapa saya tidak bagi tahu awal-awal dulu kerana saya segan merasakan belum masanya untuk mengistiharkan status saya tetapi saya mengaku saya sudah berpunya. Tak caya tanya orang tu 😀 .
  • Kedua. Hari ini 9 May merupakan Hari Lahir saya, Hari Lahir isteri saya dan juga Hari Ulang tahun perkahwinan saya. So, pada hari ini saya akan sambut 3 dalam 1. Sambutannya sederhana saja sekadar kek dan bunga dari saya kepada isteri. Dan, hadiah isteri kepada saya ialah sebuah kereta kontrol..hehe..takdelah.. 😀
  • Ketiga. Saya dan Isteri bekerja di syarikat dan pejabat yang sama. Bezanya saya di bahagian Rangkaian sementara Isteri di bahagian Pemasaran. Seperti tahun-tahun sebelumnya di pejabat hari ini pasti meriah dengan ucap selamat untuk saya dan isteri. 🙂
  • Keempat. Secara fizikal saya kelihatan muda dari usia. Pernah orang berjumpa saya dan bertanya “hari ni tak pegi sekolah ke?” 😀 Saya jawab, “Hari Sabtu sekolah ke?” 😉
  • Kelima. Saya seorang yang aktif bersukan. Hari-hari lepas office hour saya bermain ping-pong sementara futsal seminggu sekali. Walau aktif bersukan berat badan saya tetap maintain. Lepas kahwin ni badan agak berisi. Plan nak turunkan 5-10 kilo. Cuma berjaya 1-2 kilo saja. Itupun pada bulan puasa. 😀 Isteri saya juga aktif bersukan dengan bermain badminton dan sekali-sekala bermain netball. Inilah contoh pasangan sehati sejiwa… 🙂
  • Keenam. Saya adalah peminat fanatik pasukan Liverpool. Saya tidak pernah ketinggalan menonton perlawanan Liverpool walau satu game (melainkan tiada Live). Kalau match tu awal pagi dan esoknya hari bekerja, saya akan ambil time off atau cuti. Harap-harap satu hari nanti berjaya jejakkan kaki di Anfield.
  • Ketujuh. Kawan-kawan kata saya seorang yang tahu apa saja bidang sebab saya boleh layan borak dalam apa-apa tajuk seperti dunia sukan, muzik, kisah artis, politik pejabat, politik semasa, kereta, komputer, teknologi seperti gadjet dan teknologi terkini seperti 3G, WiMax dll. Terbaru, hasil rajin menjelajah blog ke blog saya dapat berkongsi pengetahuan tentang pengurusan kewangan, saham dan juga tip-tip motivasi dengan kawan-kawan. Kawan-kawan sebenarnya pelik kerana saya ada blog. Saya pula pelik apasal dorang taknak berblog… 😀
  • Kelapan. Saya suka apa-apa tentang kapal terbang seperti tengok filem pasal kapal terbang, dokumentari kapal terbang dan main game kapal terbang. Cita-cita dulu memang nak jadi pilot tapi tak kesampaian. Bagus juga tak kesampaian sebab saya ni takut naik kapal terbang.

Begitulah serba sedikit perkara menarik dan fakta tentang saya. Kenapa lapan(8)?. Kerana 8 aja yang diminta. So, 8 je lah saya senaraikan 😀 . Ada banyak lagi tapi cukuplah 8 tu. Kalau lebih 8 nanti takut orang tak larat baca pulak. Ni yang 8 ni pun tak tahu ada orang sudi baca atau tak.

Saya tengah fikir ni samada nak panjangkan tag-mengetag ni. Kalau ya, sape ek saya nak pilih? Kalau saya pilih orang itu nak ke dia jawab tag ni? Hmmm…Tengah fikir lagi ni… 😀

Sekian.

Comments (14)

Menara Telekomunikasi penyebab Kanser?

~salam~

Saya pernah menulis tentang ini dulu. Kalau rajin bacalah.

Pada pendapat saya Doktor yang membawa isu ini ke media melakukan kajian secara rambang tanpa fakta dan bukti saintifik yang kukuh. Selain kesan radiasi dari menara telekomunikasi orang ramai juga sentiasa terdedah dengan radiasi dari pancaran matahari, gelombang elektrik, monitor crt komputer/TV, gelombang elektromagnetik telefon bimbit, radio komersial, TV, Satelit, WiFi dan Wireless Router yang di pasang dirumah. Banyak kan.

Penyebab kanser pula tidak semestinya dari kesan radiasi tetapi dari pelbagai sumber contohnya air yang tidak bersih, makanan, bekas makanan, asap kenderaan, asap kilang, asap rokok dan macam-macam lagi termasuk bahan pencuci seperti pencuci muka, pencuci lantai, syampu, ubat gigi yang menggunakan bahan asid terlarang. Banyak juga kan.

Sebagai penyedia perkhidmatan telefon mudah alih menempatkan menara telekomunikasi di lokasi yang sesuai adalah penting. Penting kerana memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan liputan yang terbaik. Sudah semestinya pemasangan menara di lokasi yang terpilih adalah mengikut garis panduan dan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Meminta atau memohon mengalihkan menara merupakan hak penduduk tetapi janganlah pula membebel selepas ini isyarat telefon lemah hingga sukar berkomunikasi. Pengguna yang memilih, pengguna jugalah yang harus terima akibatnya.

Saya tidak menafikan hak awam untuk berasa bimbang terhadap sesuatu risiko bila mana masalah kanser ini telah terjadi dalam keluarga sendiri. Lebih banyak publisiti tentang isu ini akan mewujudkan lebih kekeliruan dan kerisauan kepada pihak lain.

Pilihannya sekarang hendak atau tidak kemudahan ini diteruskan? Jika tidak robohkan saja dan bina jauh dari penempatan manusia. Habis cerita. Lepas tu jangan komplen ya. 😉

Sekian.

Comments (5)

Mufti Perlis larang Faizal Tahir

Beberapa hari lalu Mufti Perlis telah melarang Faizal Tahir dari membuat persembahan di Perlis.

Sebelum larangan itu Faizal Tahir telah memenangi 3 anugerah di APM.

Beberapa hari sebelum menang anugerah di APM, Faizal Tahir baru dibebaskan kerana digantung 3 bulan akibat insiden buka baju.

Dan di AIM semalam, Faizal Tahir menang besar dengan 4 anugerah. Nampaknya dunia hiburan tempatan mengiktiraf bakat bekas artis nasyid kumpulan MIRWANA walaupun pernah terbabit dengan kelakuan mencemar tatasusila budaya melayu.

Namun, di AIM semalam kedua-dua pengacara Adibah Noor dan Aflin Shauki dalam nada lawak telah mempersenda dan menyindir Mufti dan Menteri Besar Perlis atas larangan tersebut.

Korang rasa patutkah dorang buat macam tu? 😉

Comments (8)

Liverpool 2 Chelsea 3 : Kalah tapi menang di hati

~salam~

Awal pagi semalam berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan Liverpool tewas kepada Chelsea. Dalam masa 4 tahun ini merupakan pertembungan ke-3 separuh akhir UCL antara Liverpool dan Chelsea. Dua game dahulu Liverpool menang dan kali ini terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada Chelsea agar tak kempunan ke Final UCL di Moscow buat kali pertama.

Yang menarik tentang perlawanan Liverpool dan Chelsea masing-masing ada rekod yang hendak dipecahkan. Sejak Rafa Benitez melatih Liverpool 4 tahun lalu, ini merupakan pertembungan yang ke-20 dalam berbagai kejohanan. Perlawanan tersebut ialah 8-EPL, 8-UCL, 1-FA cup, 2-League Cup dan 1- Piala Sumbansih. Antara Rafa dan Jose berlangung 15 game dengan Liverpool menang-4, seri-7, kalah-4. Sementara dengan Avant, menang-0, seri-3, kalah-2(termasuk pagi tadi).

Antara rekod-rekod pula ialah.

  1. Sejak Rafa melatih Liverpool belum berjaya jaringkan gol di Stamford Bridge sehingga akhirnya pagi tadi berjaya jaringkan 2 gol melalui Torres dan Babel.
  2. Dalam 3 perlawanan separuh akhir sebelum ini(2-UCL,1-FA Cup), semua game Liverpool menang kecuali game pagi tadi. 3 game semi sebelum ini Chelsea di latih oleh Jose Mourinho. Nampaknya Avant Gram berjaya kali ini.
  3. Chelsea tidak pernah berjaya layak ke Final UCL dan sudah tentu tidak pernah menjuarai UCL.
  4. Liverpool tidak pernah tewas dengan aggregat di semi UCL.

Berdasarkan rekod-rekod yang hendak dipertahankan atau dipecahkan maka telah menjadikan perlawanan semalam menarik kerana samada Liverpool ataupun Chelsea akan berusaha mencapai matlamat tersebut. Akhirnya , Liverpool berjaya juga jaringkan gol di Stamford Bridge dan begitu juga Chelsea berjaya ke Final.

Secara keseluruhannya prestasi Liverpool pada tahun ini tidaklah begitu mengecewakan. Walau masih gagal merampas gelaran juara liga EPL tetapi diperingkat Eropah Liverpool begitu digeruni oleh pasukan-pasukan besar seperti AC Milan, Inter Milan, Juventus, Bacerlona dan lain-lain kerana pasukan tersebut pernah dikalahkan oleh Liverpool sejak 4 tahun lepas.

Dibandingkan dengan pasukan EPL lain seperti MU, Arsenal dan Chelsea, Liverpool merupakan pasukan English paling berjaya di Eropah dengan 5 kejuaraan UCL. Ditambah dengan kehadiran pemain baru lagi muda seperti Ryan Babel, Fernando Torres dan Lucas Leiva sudah pasti bakal menggegarkan kejuaraan tempatan dan juga Eropah.

//Aku, sebagai peminat setia tetap akan menyokong Liverpool dulu, kini dan selamanya….walau kalah…sokong tetap sokong…. For Chelsea…Good Luck, harap-harap dapat kalahkan MU sebab aku memang tak suka MU..hehe.. Lagipun Final match kat Moscow, negara tempat lahir owner Chelsea, Abramovich. Mesti dapat sokongan padu dari penyokong tempatan. Drogba…kalau dah score tu jangan berlagak sangat. Rafa tu saje je kritik ko untuk saikologi. Apa-apa pun semalam, Liverpool lebih kontrol game, cuma nasib tak menyebelahi. Kalau tak kerana 1st game hari tu Risse score sendiri pada minit 90+4 min 10 saat (dah lebih 10 saat tu) belum tentu Chelsea dapat pegi final. Walau apa pun aku terima kerana ini dah tersurat. Kita jumpa lagi selepas ini…. 😀 

Sekian.

Comments (5)

Older Posts »