Liverpool 2 Chelsea 3 : Kalah tapi menang di hati

~salam~

Awal pagi semalam berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan Liverpool tewas kepada Chelsea. Dalam masa 4 tahun ini merupakan pertembungan ke-3 separuh akhir UCL antara Liverpool dan Chelsea. Dua game dahulu Liverpool menang dan kali ini terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada Chelsea agar tak kempunan ke Final UCL di Moscow buat kali pertama.

Yang menarik tentang perlawanan Liverpool dan Chelsea masing-masing ada rekod yang hendak dipecahkan. Sejak Rafa Benitez melatih Liverpool 4 tahun lalu, ini merupakan pertembungan yang ke-20 dalam berbagai kejohanan. Perlawanan tersebut ialah 8-EPL, 8-UCL, 1-FA cup, 2-League Cup dan 1- Piala Sumbansih. Antara Rafa dan Jose berlangung 15 game dengan Liverpool menang-4, seri-7, kalah-4. Sementara dengan Avant, menang-0, seri-3, kalah-2(termasuk pagi tadi).

Antara rekod-rekod pula ialah.

  1. Sejak Rafa melatih Liverpool belum berjaya jaringkan gol di Stamford Bridge sehingga akhirnya pagi tadi berjaya jaringkan 2 gol melalui Torres dan Babel.
  2. Dalam 3 perlawanan separuh akhir sebelum ini(2-UCL,1-FA Cup), semua game Liverpool menang kecuali game pagi tadi. 3 game semi sebelum ini Chelsea di latih oleh Jose Mourinho. Nampaknya Avant Gram berjaya kali ini.
  3. Chelsea tidak pernah berjaya layak ke Final UCL dan sudah tentu tidak pernah menjuarai UCL.
  4. Liverpool tidak pernah tewas dengan aggregat di semi UCL.

Berdasarkan rekod-rekod yang hendak dipertahankan atau dipecahkan maka telah menjadikan perlawanan semalam menarik kerana samada Liverpool ataupun Chelsea akan berusaha mencapai matlamat tersebut. Akhirnya , Liverpool berjaya juga jaringkan gol di Stamford Bridge dan begitu juga Chelsea berjaya ke Final.

Secara keseluruhannya prestasi Liverpool pada tahun ini tidaklah begitu mengecewakan. Walau masih gagal merampas gelaran juara liga EPL tetapi diperingkat Eropah Liverpool begitu digeruni oleh pasukan-pasukan besar seperti AC Milan, Inter Milan, Juventus, Bacerlona dan lain-lain kerana pasukan tersebut pernah dikalahkan oleh Liverpool sejak 4 tahun lepas.

Dibandingkan dengan pasukan EPL lain seperti MU, Arsenal dan Chelsea, Liverpool merupakan pasukan English paling berjaya di Eropah dengan 5 kejuaraan UCL. Ditambah dengan kehadiran pemain baru lagi muda seperti Ryan Babel, Fernando Torres dan Lucas Leiva sudah pasti bakal menggegarkan kejuaraan tempatan dan juga Eropah.

//Aku, sebagai peminat setia tetap akan menyokong Liverpool dulu, kini dan selamanya….walau kalah…sokong tetap sokong…. For Chelsea…Good Luck, harap-harap dapat kalahkan MU sebab aku memang tak suka MU..hehe.. Lagipun Final match kat Moscow, negara tempat lahir owner Chelsea, Abramovich. Mesti dapat sokongan padu dari penyokong tempatan. Drogba…kalau dah score tu jangan berlagak sangat. Rafa tu saje je kritik ko untuk saikologi. Apa-apa pun semalam, Liverpool lebih kontrol game, cuma nasib tak menyebelahi. Kalau tak kerana 1st game hari tu Risse score sendiri pada minit 90+4 min 10 saat (dah lebih 10 saat tu) belum tentu Chelsea dapat pegi final. Walau apa pun aku terima kerana ini dah tersurat. Kita jumpa lagi selepas ini…. :D 

Sekian.

5 Comments »

  1. abahfateh said

    Assalamualaikum,

    Penyokong liverpool rupanya… hahaha

    http://abahfateh.blospot.com
    tak sokong MU
    tak sokong saper-saper
    cuma sokong sapa lawan MU

  2. pakdi said

    betul. Man U tak bes.

    YNWA!

  3. zool said

    OO liverpool ek.. tapi Rafa ni pelik..
    APsal Babel dimasukkan last…
    apahal pun selamat berjuang untuk Liverpool..

  4. kujie said

    Yes….kita sama!

    U’ll never walk alone…:D

  5. berkecuali said

    Saya sam…….

    Just kenapa anda semua bantu Celcom menipu duit rakyat dan orang ramai. Yap mungkin menarik bunyinya 100 kerete dalam 100 hari. Tapi terfikirkah anda 1 jawapan RM5 ringgit. Bermakna jikalau 1juta peserta menyertai promosi ini Celcom buat duit dalam sehari RM5 juta ringgit. Saya telah pun sama-sama menyertai promosi ini. Pada mula saya sangka hanya RM5 ringgit yang dikenakan……. semakin lama saya semakin dipancing dengan ayat menarik….. dan semakin dipancing dengan soalan mudah yang mana budak terencat akal pun boleh jawab konon. Lantas anda dijanjikan dengan seribu macam bonus. Tapi setelah saya habis RM70 dalam masa tak sampai 30minit segala-galanya terhenti tanpa soalan-soalan dari Celcom lagi. Dan selepas itu semuanya senyap begitu sahaja……..

    Come on rakyat Malaysia…. saya antara mangsa hari pertama Celcom. Mungkin ramai sependapat dan dah terkena macam saya. Bukan kerna menang atau kalah. Soalnya kalau nak mesra rakyat atau nak buat kerja amal atau sosial untuk pengguna bukan dengan ambil jalan mudah pancing orang ramai macam nie. Memang ada yang menang tapi pulangannya buat Celcom bukan sikit. Kalau setiap orang belanja RM50 bayangkan sekiranya 1juta yang menyertai peraduan ini. 50 juta sehari Celcom masuk buat duit, dalam seratus hari kiralah sendiri….. Bukan Camrey je, Poche pun Celcom boleh bagi. Saya antara yang bodoh, dah terkena dan tolong sebarkan E-Mail ini supaya jangan ada ramai lagi pelanggan bodoh macam saya.

    Buat pihak media cetak dan media elektronik tolong jangan perdaya rakyat semata-mata kerna mengejar untung……

    Kesian semua pengguna Celcom yang dah dipermainkan.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: