Mufti Perlis larang Faizal Tahir

Beberapa hari lalu Mufti Perlis telah melarang Faizal Tahir dari membuat persembahan di Perlis.

Sebelum larangan itu Faizal Tahir telah memenangi 3 anugerah di APM.

Beberapa hari sebelum menang anugerah di APM, Faizal Tahir baru dibebaskan kerana digantung 3 bulan akibat insiden buka baju.

Dan di AIM semalam, Faizal Tahir menang besar dengan 4 anugerah. Nampaknya dunia hiburan tempatan mengiktiraf bakat bekas artis nasyid kumpulan MIRWANA walaupun pernah terbabit dengan kelakuan mencemar tatasusila budaya melayu.

Namun, di AIM semalam kedua-dua pengacara Adibah Noor dan Aflin Shauki dalam nada lawak telah mempersenda dan menyindir Mufti dan Menteri Besar Perlis atas larangan tersebut.

Korang rasa patutkah dorang buat macam tu?๐Ÿ˜‰

8 Comments »

  1. abahfateh said

    Salams,

    Kononnya inilah kebebasan bersuara. Bebas bebaslah, nanti dituduh kita kolot. Dalam bebas, perlu ada lapiknya.

    Saya tak tengok AIM, tengok majalah 3 lagi best.. lagipun sibuk melayan anak2 bermain. Apapun jika benar sindiran itu dibuat keatas Menteri Besar Perlis dan Muftinya atas dasar moral dan akhlak Islam, saya hilang respek pada Adibah Noor dan Afdlin Shauki…

  2. Dik Mal said

    Apa Adibah Noor dan Afdlin kate Abg Azhar? Mal tak tengok la AIM…buat ape ntah malam tu……depan laptop la tu..haha… ape katenye?

  3. kumb@ng said

    antara dialognya…”selepas ni takde sape tak kenal Faizal Tahir…”

  4. pakdi said

    ooo …

    takpe. amy search sokong tok guru๐Ÿ™‚

  5. kumb@ng said

    tabik ngan amy search…rock-rock jugak…dengar kabar plan nak buat rumah anak yatim dan sekolah tahfiz…..๐Ÿ™‚

  6. aku suka faizal superman & sokong Mufti …hehe.

  7. zool said

    Huhuhu.. Aku suka tgk gambar AMy ngan Tok Guru..

    Inilah zaman di mana artis lebih dihormati berbanding ulama…
    Wallahualam

  8. kumb@ng said

    fauzi…ada sebab mufti melarang dan takda sebab faizal tak bole terima larangan mufti…

    zool…zaman yg sudah hampir akhir zaman…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: