Setahun berlalu dan Tag

~salam~

Rasanya baru semalam saya mula berblog dan hari ini 9 May 2008 sudah setahun rupanya. Keinginan mempunyai blog ini bermula atas dorongan seorang rakan yang saya kenali di YM KL3. Pada mulanya saya kurang yakin dengan kebolehan sendiri untuk punya blog lantaran saya ni bukanlah seorang yang suka menulis.

Lama-kelamaan setelah menjelajah dari blog ke blog, terdetik di hati apa salahnya saya mencuba. Maka tarikh 9 May 2007 di pilih sebagai salam perkenalan saya seorang blogger. Walaupun blog ini tak se gah blog-blog lain di pasaran tetapi saya berbangga kerana lebih dulu menjadi blogger dari Khir Toyo, Ali Rustam dan juga Tun M.

Sepanjang setahun lalu entri blog ini terdiri dari pelbagai cerita tentang diri sendiri hinggalah ke bab politik. Saya tulis ikut apa saya suka dan ingin tulis. Tak pastilah samada entri-entri di blog ini memberi manfaat atau tidak. Kalau ada baguslah. Insya’ALLAH, pada masa mendatang saya akan cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada untuk sekurang-kurangnya menjadikan blog ini lebih bermakna.

Oh ya. Sempena edisi setahun berlalu ini saya mengambil kesempatan untuk menjawab tag dari dikmal dan nadlique yang telah mengetag saya lebih sebulan lalu. Tag ini berkenaan 8 perkara menarik dan fakta tentang saya. Sengaja saya simpan agar dapat di jawab pada hari ini.

Oklah ini dia…

  • Pertama. Ini pengakuan ekslusif. Untuk pengetahuan kawan-kawan, status saya bukanlah seperti yang disangka oleh teman-teman blogger sebelum ini. Saya sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun 9 bulan. Nama isteri saya Maslina dan anak saya Nurhanisah Insyirah. Kepada yang ingin merasa nasi minyak saya, saya memohon berbanyak maaf melainkan kalau…hoho..cukuplah yang satu iniπŸ˜€ . Lagipun masa majlis perkahwinan saya dulu hidangannya bukan nasi minyak tetapi nasi berianiπŸ˜€ . Seperkara lagi, kenapa saya tidak bagi tahu awal-awal dulu kerana saya segan merasakan belum masanya untuk mengistiharkan status saya tetapi saya mengaku saya sudah berpunya. Tak caya tanya orang tuπŸ˜€ .
  • Kedua. Hari ini 9 May merupakan Hari Lahir saya, Hari Lahir isteri saya dan juga Hari Ulang tahun perkahwinan saya. So, pada hari ini saya akan sambut 3 dalam 1. Sambutannya sederhana saja sekadar kek dan bunga dari saya kepada isteri. Dan, hadiah isteri kepada saya ialah sebuah kereta kontrol..hehe..takdelah..πŸ˜€
  • Ketiga. Saya dan Isteri bekerja di syarikat dan pejabat yang sama. Bezanya saya di bahagian Rangkaian sementara Isteri di bahagian Pemasaran. Seperti tahun-tahun sebelumnya di pejabat hari ini pasti meriah dengan ucap selamat untuk saya dan isteri.πŸ™‚
  • Keempat. Secara fizikal saya kelihatan muda dari usia. Pernah orang berjumpa saya dan bertanya “hari ni tak pegi sekolah ke?”πŸ˜€ Saya jawab, “Hari Sabtu sekolah ke?”πŸ˜‰
  • Kelima. Saya seorang yang aktif bersukan. Hari-hari lepas office hour saya bermain ping-pong sementara futsal seminggu sekali. Walau aktif bersukan berat badan saya tetap maintain. Lepas kahwin ni badan agak berisi. Plan nak turunkan 5-10 kilo. Cuma berjaya 1-2 kilo saja. Itupun pada bulan puasa.πŸ˜€ Isteri saya juga aktif bersukan dengan bermain badminton dan sekali-sekala bermain netball. Inilah contoh pasangan sehati sejiwa…πŸ™‚
  • Keenam. Saya adalah peminat fanatik pasukan Liverpool. Saya tidak pernah ketinggalan menonton perlawanan Liverpool walau satu game (melainkan tiada Live). Kalau match tu awal pagi dan esoknya hari bekerja, saya akan ambil time off atau cuti. Harap-harap satu hari nanti berjaya jejakkan kaki di Anfield.
  • Ketujuh. Kawan-kawan kata saya seorang yang tahu apa saja bidang sebab saya boleh layan borak dalam apa-apa tajuk seperti dunia sukan, muzik, kisah artis, politik pejabat, politik semasa, kereta, komputer, teknologi seperti gadjet dan teknologi terkini seperti 3G, WiMax dll. Terbaru, hasil rajin menjelajah blog ke blog saya dapat berkongsi pengetahuan tentang pengurusan kewangan, saham dan juga tip-tip motivasi dengan kawan-kawan. Kawan-kawan sebenarnya pelik kerana saya ada blog. Saya pula pelik apasal dorang taknak berblog…πŸ˜€
  • Kelapan. Saya suka apa-apa tentang kapal terbang seperti tengok filem pasal kapal terbang, dokumentari kapal terbang dan main game kapal terbang. Cita-cita dulu memang nak jadi pilot tapi tak kesampaian. Bagus juga tak kesampaian sebab saya ni takut naik kapal terbang.

Begitulah serba sedikit perkara menarik dan fakta tentang saya. Kenapa lapan(8)?. Kerana 8 aja yang diminta. So, 8 je lah saya senaraikanπŸ˜€ . Ada banyak lagi tapi cukuplah 8 tu. Kalau lebih 8 nanti takut orang tak larat baca pulak. Ni yang 8 ni pun tak tahu ada orang sudi baca atau tak.

Saya tengah fikir ni samada nak panjangkan tag-mengetag ni. Kalau ya, sape ek saya nak pilih? Kalau saya pilih orang itu nak ke dia jawab tag ni? Hmmm…Tengah fikir lagi ni…πŸ˜€

Sekian.

14 Comments »

  1. Nadlique said

    Jenuh aku menunggu bila nak menjawab tag. Haha.

    Hebat betul nombor dua. 3 dalam 1. Hehe.

    Yg kelapan, nampak gayanya, sama lah kita. Aku seorang yg fanatik terhadap apa-apa saja aviation. Cita-cita nak jadi pilot. InsyaAllah, kalau hajat kesampaian, lepas grad ni, nak gi belajar bawak kapal terbang pulak.

  2. kumb@ng said

    Nadlique.. dah jodoh…πŸ™‚ ..wah…kalau dah jadi pilot nanti jangan lupa kawan-kawan..heheπŸ˜€

  3. zool said

    Harapan agar aku tak di’tag’..
    Pengakuan aku plak…
    Aku still ‘single’.. ha h aha…
    Selamat ulangtahun.. Samada ulangtahun hari lahir, perkahwinan dan apa2 sajalah….

  4. kujie said

    1. owhhh..dah kawen

    2. selamat ulangtahun

    3.selamat ulangtahun perkahwinan

    4.selamat ulangtahun isteri

    5. selamat ulangtahun blog

    6. tak cuci kasut sekolah ke?

    7. u’ill never walk alone

    8. lega, sy tak ditag

  5. kuina said

    tak trcapai nk jd pilot tak pa, beli la kpl terbang “control” w/pun kecik tp kapal terbang gak! hehehe..

  6. Dr Azwan said

    Salam.

    Nama anak kita nak dekat sama. Anak no 2, Nur Annisa’ Insyirah… wah dekat lah.

  7. kumb@ng said

    zool…aku tengok ko pon byk kali kena tag dah…πŸ˜€

    kujie…huh! lega…tak tag awak…πŸ˜€

    kuina…nak tunggu org belikan…πŸ˜€

    Dr Azwan…doc…ya lah…hampir sama…sbb2 pilih nama tu supaya….jadi yang takwa, bergembira dan lapang hati…insyaALLAH…πŸ™‚

  8. mrozaidi said

    Dah Sampai Setahun Dah Ke.. Aku Pun Lambat Lagi Nak Ulang Tahun…

  9. fared said

    nnt dtg la umah aku bwk org umah. bday mak aku pon 9 mei gak. ahaksπŸ˜‰

  10. kumb@ng said

    mrozaidi…masanya akan smpai juga…πŸ˜€

    fared…dah bole bukak club “Birthday 9 May…”πŸ˜€

  11. abahfateh said

    saya baru menghitung bila hari ke-100 blog saya, ramai dah bertahun2…

    apapun, keep up your good work!

  12. […] masih tertanya-tanya bila pulak aku ber’anak’ boleh baca pengakuan ekslusif aku kat sini. Possibly related posts: (automatically generated)Batalkan forum Memeluk […]

  13. abdfatah said

    umur spm lagi ke? hambik spm sekali lagi aaaaa… hohohoho… masih muda lagi tuu… awet muda..

  14. nizam said

    Kalau cakap dah kahwin. jadi tak popular ke… hehehe?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: