Terlepasnya Pedra Branca a.k.a Pulau Batu Putih

~Salam~

Akhirnya mahkamah antarabangsa menetapkan ketuanan Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura. Malaysia cuma dapat Terumbu Karang atau Middle Rocks. Kemenangan bersama kata Rais Yatim. Maksudnya, kita semua pemenang, tiada pengalah.

Sejak bermula perbicaraan tuntutan pulau itu November tahun lalu saya sebagai warga Johor sudah terasa bahangnya. Masakan tidak, setiap lepas solat Jumaat seluruh masjid di negeri Johor diwajibkan mengadakan solat hajat. Begitu seriusnya kerajaan atas ketuanan Pulau Batu Putih yang berkeluasan separuh padang bola. Padahal beribu-ribu ekar tanah di Johor Bahru telah dijual kepada rakyat Singapura. Atas nama masyuk tidak mengapa.

Kenapa tanah yang beribu-ribu ekar tu kerajaan tak kisah tapi pulau yang sekangkang kera itu beria-ia sangat? Apa keistimewaannya? Maruah? Persempadanan antarabangsa? atau ada minyak kat situ? hmmm…😉

Menurut cerita kawan yang tinggal di Pengerang (ada sedara-mara gak kat sana tapi lama dah tak ziarah😀 ), berdekatan pulau itu lumayan dengan ikan-ikan. Maka nelayan-nelayan dari daerah Pengerang, Sungai Rengit, Teluk Ramunia suka ke sana. Malangnya, mana-mana nelayan yang cuba menghampiri pulau itu akan dihambat tentera Singapura sampai ada yang kena tembak. Walwahuallam.

Kalau ya. Selain ikan dan rumah api, mungkin ada rahsia lain kat pulau itu. Rahsia yang hanya kerajaan Singapura tahu kenapa tidak dibenarkan sesiapa menghampiri pulau itu. Atas sebab itu kerajaan Malaysia marah kerana kebanyakkan nelayan yang terdiri dari penyokong Azalina Othman telah dihalau bila nak menangkap ikan berdekatan dengan Pulau Batu Putih. Dengan itu, supaya nelayan-nelayan tersebut bebas keluar masuk maka jalan terbaik ialah dengan merebut kembali Pulau Batu Putih. Itu hanya andaian saya saja. Cerita-cerita sebab musabab kerajaan Malaysia cuba nak rebut pulau tu kembali.

Walaubagaimanapun, kerajaan Malaysia sudah berusaha, rakyat Johor juga sudah berdoa namun Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menjatuhkan Singapura merupakan pemilik sah pulau itu. Maka berputih matalah kerajaan Malaysia melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura (Pulau itu kalau dalam bahasa Cristiano Ronaldo dipanggil Pedra Branca manakala Alex Ferguson sebut The White Rock Island).

Itulah. Dulu taknak jaga pulau ni. Bila Singapura dah majukan dengan membina rumah api dan bangunan telekomunikasi di situ barulah kerajaan Malaysia sibuk nak rebut kembali. Singapura memang perlukan pulau itu sebagai pengawalan laluan kapal-kapal dagangan ke pelabuhan termaju mereka, pelabuhan Keppel. Itukan sumber pendapatan utama negara mereka. Dengan apa cara sekalipun mereka akan berusaha supaya tidak terlepas ke tangan Malaysia.

Singapura dah menang. Malaysia pula kalah. Nampaknya mengikut jejak langkah skuad badminton Piala Thomas, skuad Hoki Piala Sultan Azlan Shah dan juga skuad Bola Sepak Piala Antara Benua.

Sekian.

6 Comments »

  1. irdzra said

    losing it to s’pore is just so stupid..in fact..we shud have never needed to go to ICJ in the first place..its ours and will always be ours..heh..

    anyways..skarang saya juga akan tinggal di JB..wahh..mmg tak sangka..ramai betul rakyat ss’pore yang membeli tanah di sini..lama2 johor nie akan jadi milik s’pore..apa yang kerajaan buat untuk control this ? macam takde ape2 je..its stupid..😛

  2. zool said

    Terlepas lagi harta rakyat kita nioe

  3. kuina said

    lps nie ap lg yg kita akn telepas…

    stategk w/pun x ada apa,bleh teropong merentasi sempdn

  4. pakdi said

    byk benda jatuh ke tgn singapura walaupun pulau tu kecil…

  5. abahfateh said

    D.U.I.T

    Doa dah
    Usaha dah
    Ikhtiar dah
    Tawakkal dah

    cuma mungkin tak cukup usaha dan ikhtiar.

    teringat sembahyang jumaat di bt pahat masa balik kg isteri, termangu2 mulanya bila imam umum sembahyang hajat.

  6. salim said

    doa saja,apa guna nya,kalau tidak usah.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: