Archive for June, 2008

Anwar meliwat lagi?

Kali pertama di tuduh 10 tahun dulu dan kemudian di penjara 6 tahun. 10 tahun selepas itu dituduh sekali lagi. Dengan pembantu peribadi juga?

Al-kisah liwat ni lebih kurang macam dulu. Dulu anwar kat ‘dalam’ sebagai TPM dan akan jadi PM. Sekarang ini anwar kat ‘luar’ dan juga bakal PM.

Mungkin dengan sebab cita-cita besar Anwar maka strategi seperti ini terpaksa digunakan. Kenapa liwat? Wah! kita bakal dipertontonkan adegan tilam keluar masuk mahkamah nanti.

Selain itu, mungkin juga ini satu percubaan pihak-pihak tertentu untuk mengalihkan isu sebenar?

Antaranya, isu minyak naik, barang naik. Isu akuan bersumpah terhadap isteri TPM. Isu lompat parti. Isu itu, isu ini yang boleh menggugat kerajaanLAH dari berkuasa sampai bila-bila.

Hmmm….entahlah. Sepatutnya hari ini aku nak tulis pasal ‘Final EURO 2008, Sepanyol atau German?’. Tiba-tiba dengar berita Ahad lagi hangat dan sensasi. Panas memang panas. Episod seterusnya pasti menarik. Tungguuu… 😉

Oklah, untuk Final pagi esok Sepanyol atau German?

Aku? Sudah tentu pilih Sepanyol. Kerana apa?

1. Ada pemain Liverpool

2. Sepanyol pakai jersi merah.

3. Kerana aku tak pilih German.

4. German juara 3 kali, Sepanyol baru sekali.

5. Aku suka tengok Sepanyol main. German nasib je menang ngan Turki hari tu.

6. Akhir sekali, Sepanyol layak juara kerana tak pernah kalah dari game pertama hingga ke Semi Final.

Apa-apa pun keputusannya kita tetap macam ni juga. Akan cuma suka sebentar bila pasukan disuka juara, selepas tu hidup akan kembali sedia kala. Esok pergi kerja tuang minyak 2.70 seliter. Tuang RM50, tak sampai seminggu tuang lagi. Nak sama macam dulu kena extra RM20 lagi. Ni semua bahana minyak naik LAH!

Selepas ini kita bakal disajikan dengan kisah sensasi terbaru Anwar yang pastinya menghangatkan persada politik negara. EURO tamat, kisah liwat Anwar pula menanti.

Comments (12)

Toyota Camry jimat minyak

Entry ni tiada kena-mengena dengan 100 hari 100 kereta Toyota Camry yang hangat tu.

Kalau ada pun perkataan Camry tu.

Nak beli kereta ni mungkin tak mampu.

Kalau nak free pun kena cuba nasib dulu.

Tapi itu dulu sebab dah di arah berhenti buat sementara waktu.

Tapi kalau yang ini nak pakai boleh cuba try test tengok kat bawah tu…

Memang jimat minyak wa cakap lu… 😉 😀

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Comments (6)

Suku Akhir EURO 2008

Portugal dah tumbang. Begitu juga Crotia. Pagi tadi giliran Belanda pula di kejut Russia. Nampaknya ramalan ku tidak benar belaka.

Kesemua pasukan yang tumbang adalah juara kumpulan masing-masing. Di peringkat kumpulan nampak gah terutama Belanda hinggakan 2nd team pun Romania tak boleh menang. Itulah bola memuncak terlalu awal pun tak bagus. Biar menang sikit-sikit asalkan maintain.

Apa-apa pun aku suka pasukan-pasukan tu tumbang kerana tiada lagi pemain MU untuk saingan seterusnya. 😀

Pagi esok Sepanyol akan lawan Italy. Italy merupakan naib juara kumpulan C manakala Sepanyol juara kumpulan D. Jika 3 perlawanan suku akhir terdahulu menunjukkan juara kumpulan tewas mungkin Italy yang bakal mara ke separuh akhir.

Walaubagaimanapun aku mengharapkan sebaliknya. Kerana apa? Kerana ada 4 pemain Liverpool dalam pasukan Sepanyol walaupun Sepanyol bukanlah pasukan kesukaan aku… 😀

Comments (9)

Ubah Cara Hidup! Ubah Gaya Hidup!

Ni surat yang nak di hantar kat PM kita. Bukan saya tulis. Ada lah sorang kawan tu fanatik giler kat PM kita. Dia mintak tolong panjang-panjangkan. Jadi saya post kat sini..

Kepada Pak Lah… PM kesayangan ku

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..
Selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering saja..

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..
Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN..
Saya akan merubah bilik-bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik..
Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
Rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. Ade untung 21 sen..
Saya tak pakai pon kete… Sebab bile minyak naik.. Saya kene jual datsun kotak mancis saya.. Dapat gak duit..
Anak-anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah sejauh 5 km..
Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…

Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. Saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot..Saya akan menggantikan beras ngan ubi… Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)..
Saya akan buat minyak masak sendiri. Itu antara care saya merubah hidup..
Ade banyak lagi care
Semuanya kerna UMNO dan BN..

Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
Bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna orang sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia..
Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
Insya’allah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!

Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..
Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%..
Saya tetap akan menyokong Pak Lah..

Kerana Pak Lah saya sanggup buat apa saje..ubah itu,ubah ini..

Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO! hidup BN!..

Sekian terima kasih..

p/s : sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik Badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi..oh lupe pulak, juga pada Ezam. Semoga murah rezeki.. 😉

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Yang Benar,
Peminat a.k.a Penyokong mu

Comments (8)

5 Jun 2008 ialah Hari Alam Sekitar Sedunia bersamaan dengan Hari…

~Salam~

Semalam aku ke Melaka untuk urusan kerja di Merlimau. Perjalanan lebih kurang 200km dari JB ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai. Untuk ke Merlimau, aku pilih exit Pagoh sebab rasa cam dekat sikit berbanding keluar ikut Tangkak atau Jasin. Lagi pun kalau keluar ikut Pagoh aku akan melalui kawasan perkampungan yang membuatkan bila driving sorang-sorang jadi tak mengantuk.

Kalau ikut Tangkak pun ok juga cuma kena tambah tol lebih kurang 3 ringgit lebih lepas tu ikut jalan sort cut kawasan sawah padi kat kampung apa nama entah. Kampung tu sempadan Tangkak dengan Merlimau, kira Johor dengan Melaka lah. Kemudian tembus jalan Batu Gajah – Merlimau. Kalau ikut Jasin plak kena tambah tol lagi seringgit lebih dari Tangkak. Tapi semenjak jalan dari tol Jasin ke Merlimau macam sual, aku dah jarang ikut situ. Tapi kalau nak cepat kadang-kadang lalu gak.

Ok. Balik semula cerita aku ada urusan kerja kat Merlimau.

Aku bertolak dari JB lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai di Taman Peridustrian Merlimau(TPM) lebih kurang pukul 12 tengahari. Buat kerja apa yang patut lebih kurang pukul 6 aku pun balik. Bukan balik je JB tapi balik ke rumah kawan kat TMJ iaitu Taman Merlimau Jaya. Memang setiap kali outstation ke Melaka aku akan tumpang rumah kawan. Masa perjalanan balik tu tiba-tiba ada road bloc pulak kat simpang menuju Jalan Merlimau-Jasin. Aku tak buat salah, apa nak takut. Sejak dua menjak ni aku tengok polis rajin buat roadbloc kat situ. Mungkin sejak adanya Pusat Latihan Polis kat dalam kawasan TPM dan sejak tu kerap kali polis buat roadbloc kat situ.

Ok. Balik cerita road bloc tadi.

Bila aku lalu kat depan bro polis dia lambai-lambai suruh jalan. Dalam hati kata “kalau soh jalan baik tak payah buat road bloc! Habiskan boreh jek”. Aku dengan bangganya pun jalan. Ala, tak buat salah apa nak takut. Maka bergerak la aku menuju ke rumah kawan di TMJ. Sebelum tu singgah kat pekan Merlimau beli apa yang patut.

Malam sebelum keluar makan tengok berita dulu. Ada berita tentang kemalangan bas kat Karak hinggalah berita tentang ura-ura minyak bakal naik. Sambil-sambil layan berita tu, tiba-tiba aku macam terdengar pembaca berita ada sebut pasal lesen ..aha…betullah lesen.

Waduh! baru aku teringat lesen aku dah mati 30 May lalu. Last week ada teringat nak renew. Tapi tangguh punya tangguh rupanya aku sudah driving dari JB ke Merlimau dengan lesen dah mati daaa atau dalam bahasa JPJ sudah tamat tempoh. Pergh! kalau la masa road bloc tadi polis mintak lesen, tak ke haru. Memang nasib aku baik. Tu la siang tadi punya belagak kat polis tak check. Skang kecut. 😀

Pagi tadi sebelum sarapan tanpa berlengah aku terus ke Pejabat Pos Pekan Merlimau untuk renew lesen di situ. Huh! 3 tahun. Baru tenang jiwa lepas lesen hidup kembali.

Renew lesen dah, sarapan pun dah, kemudian sambung keje semalam kat TPM. Habis lebih kurang pukul 3 pm dan terus berangkat balik ke JB. Dalam perjalanan pulang beberapa kali terima sms mengatakan minyak akan naik. Ada yang kata seringgit dan bla..bla..bla. Lebih kurang pukul 3.30 pm, aku singgah kat Shell Bukit Pasir untuk tuang minyak Proton Iswara Biru Company punyer. Nampak lengang je stesyen minyak tu. Betul ke minyak naik esok?

Kemudian aku teruskan perjalanan dan tiba di pejabat Jalan Kempas lebih kurang jam 6 petang. Lewat sikit sebab kat highway hujan lebat. Dalam perjalanan dengo gak radio kalau-kalau ada berita minyak naik. Tak dok la pulak. Sms dah bertalu-talu masuk ni macam mengiyakan minyak akan naik. Selepas layan main ping pong sepapan dua, lebih kurang pukul 7 aku pun balik melalui Lebuhraya Pasir Gudang menuju ke rumah aku. Masuk je Lebuhraya aku terpandang stesyen minyak Petronas, makkk oiiiii! banyaknyer kereta beratur nak isi minyak. Level minyak kereta aku menunjukkan tinggal separuh. Kalau aku beratur gak mahu Maghrib kat Petronas ni. Takpelah aku teruskan perjalanan balik.

Dalam perjalanan aku tengok kat kiri-kanan lebuhraya semua stesyen minyak penuh dengan kereta beratur. Aku masih tak percaya lagi. Ya ke minyak naik?

Tiba kat rumah, lepas solat terus mengadap TV, tengok berita. Sah! memang sah! esok 5 Jun 2008 minyak petrol naik 78 sen!

Sekian.

Comments (8)

100 Hari 100 Kereta Toyota Camry

Untuk pelanggan Celcom sahaja! Anda berpeluang memiliki kereta percuma tapi kena jawab beberapa soalan dulu lah.

Caranya:

  • Taip CARS dan hantar ke 22222

Kepada pengguna telefon bimbit yang bukan pengguna Celcom jangan bimbang anda boleh menyertai promosi ini, dengan cara dapatkan permulaan kit Xpac atau daftar Celcom Executive Plan sekarang!

Apa tunggu lagi! Sekarang bertindak! Toyota Camry beb! 🙂

Nota : Sila rujuk laman web ini untuk selanjutnya : www.100days100cars.com

Comments (26)