5 Jun 2008 ialah Hari Alam Sekitar Sedunia bersamaan dengan Hari…

~Salam~

Semalam aku ke Melaka untuk urusan kerja di Merlimau. Perjalanan lebih kurang 200km dari JB ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai. Untuk ke Merlimau, aku pilih exit Pagoh sebab rasa cam dekat sikit berbanding keluar ikut Tangkak atau Jasin. Lagi pun kalau keluar ikut Pagoh aku akan melalui kawasan perkampungan yang membuatkan bila driving sorang-sorang jadi tak mengantuk.

Kalau ikut Tangkak pun ok juga cuma kena tambah tol lebih kurang 3 ringgit lebih lepas tu ikut jalan sort cut kawasan sawah padi kat kampung apa nama entah. Kampung tu sempadan Tangkak dengan Merlimau, kira Johor dengan Melaka lah. Kemudian tembus jalan Batu Gajah – Merlimau. Kalau ikut Jasin plak kena tambah tol lagi seringgit lebih dari Tangkak. Tapi semenjak jalan dari tol Jasin ke Merlimau macam sual, aku dah jarang ikut situ. Tapi kalau nak cepat kadang-kadang lalu gak.

Ok. Balik semula cerita aku ada urusan kerja kat Merlimau.

Aku bertolak dari JB lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai di Taman Peridustrian Merlimau(TPM) lebih kurang pukul 12 tengahari. Buat kerja apa yang patut lebih kurang pukul 6 aku pun balik. Bukan balik je JB tapi balik ke rumah kawan kat TMJ iaitu Taman Merlimau Jaya. Memang setiap kali outstation ke Melaka aku akan tumpang rumah kawan. Masa perjalanan balik tu tiba-tiba ada road bloc pulak kat simpang menuju Jalan Merlimau-Jasin. Aku tak buat salah, apa nak takut. Sejak dua menjak ni aku tengok polis rajin buat roadbloc kat situ. Mungkin sejak adanya Pusat Latihan Polis kat dalam kawasan TPM dan sejak tu kerap kali polis buat roadbloc kat situ.

Ok. Balik cerita road bloc tadi.

Bila aku lalu kat depan bro polis dia lambai-lambai suruh jalan. Dalam hati kata “kalau soh jalan baik tak payah buat road bloc! Habiskan boreh jek”. Aku dengan bangganya pun jalan. Ala, tak buat salah apa nak takut. Maka bergerak la aku menuju ke rumah kawan di TMJ. Sebelum tu singgah kat pekan Merlimau beli apa yang patut.

Malam sebelum keluar makan tengok berita dulu. Ada berita tentang kemalangan bas kat Karak hinggalah berita tentang ura-ura minyak bakal naik. Sambil-sambil layan berita tu, tiba-tiba aku macam terdengar pembaca berita ada sebut pasal lesen ..aha…betullah lesen.

Waduh! baru aku teringat lesen aku dah mati 30 May lalu. Last week ada teringat nak renew. Tapi tangguh punya tangguh rupanya aku sudah driving dari JB ke Merlimau dengan lesen dah mati daaa atau dalam bahasa JPJ sudah tamat tempoh. Pergh! kalau la masa road bloc tadi polis mintak lesen, tak ke haru. Memang nasib aku baik. Tu la siang tadi punya belagak kat polis tak check. Skang kecut.😀

Pagi tadi sebelum sarapan tanpa berlengah aku terus ke Pejabat Pos Pekan Merlimau untuk renew lesen di situ. Huh! 3 tahun. Baru tenang jiwa lepas lesen hidup kembali.

Renew lesen dah, sarapan pun dah, kemudian sambung keje semalam kat TPM. Habis lebih kurang pukul 3 pm dan terus berangkat balik ke JB. Dalam perjalanan pulang beberapa kali terima sms mengatakan minyak akan naik. Ada yang kata seringgit dan bla..bla..bla. Lebih kurang pukul 3.30 pm, aku singgah kat Shell Bukit Pasir untuk tuang minyak Proton Iswara Biru Company punyer. Nampak lengang je stesyen minyak tu. Betul ke minyak naik esok?

Kemudian aku teruskan perjalanan dan tiba di pejabat Jalan Kempas lebih kurang jam 6 petang. Lewat sikit sebab kat highway hujan lebat. Dalam perjalanan dengo gak radio kalau-kalau ada berita minyak naik. Tak dok la pulak. Sms dah bertalu-talu masuk ni macam mengiyakan minyak akan naik. Selepas layan main ping pong sepapan dua, lebih kurang pukul 7 aku pun balik melalui Lebuhraya Pasir Gudang menuju ke rumah aku. Masuk je Lebuhraya aku terpandang stesyen minyak Petronas, makkk oiiiii! banyaknyer kereta beratur nak isi minyak. Level minyak kereta aku menunjukkan tinggal separuh. Kalau aku beratur gak mahu Maghrib kat Petronas ni. Takpelah aku teruskan perjalanan balik.

Dalam perjalanan aku tengok kat kiri-kanan lebuhraya semua stesyen minyak penuh dengan kereta beratur. Aku masih tak percaya lagi. Ya ke minyak naik?

Tiba kat rumah, lepas solat terus mengadap TV, tengok berita. Sah! memang sah! esok 5 Jun 2008 minyak petrol naik 78 sen!

Sekian.

8 Comments »

  1. Woi

    Datang Merlimau tak bagitau aku.

    ko kecik hati pasal peraduan celcom tu ke?

  2. pakdi said

    aku pun mula-mula tak percaya… sbb gaya cakap macam ogos. cis!

    siapa undi BN dulu memang nak kena ni…

  3. abahfateh said

    sorang doktor (Doktor S) cakap kat aku semalam. “Bulan 9 ni, kita tukarlah”.

    harga minyak naik – orang naik minyak.

  4. ku ina said

    hadiah BN kpd pengundinya…….

    apa mcm… lepas nie ramai yg naik minyak la…

  5. kumb@ng said

    sebol..mane de kecik2 ati..aku open minded punya, takde simpan2. kat sini sape2 bebas bagi pendpt dan kenalah rasional walau pahit. bagus juga at least dpt dengo pendapat org…eh! bukan taknak bagi tau ko…ada gak singgah2 kat petronas tuu tapi tak nampok mu punnn…😀

    pakdi..samela..sbb tu rmai sms buat dek jek…tapi rupanya betol…hampeh tol!

    abahfateh..kalau ya..baguslah..harap2 ada perubahan..

    ku ina..sungguh ber’nilai’ hadiah BN kali ni..😉

  6. meo said

    jom jimat cermat!! frust giler minyak naik…. next makanan pule.

  7. meo said

    pergi sekolah pergi berkelah
    pak lah boleh blah!!!!

  8. zool said

    Ala singgah merlimau lagi..
    tak beritau…

    aku kat Jasin je bukan jauh sgt pung

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: