Archive for July, 2008

Highway Pasir Gudang

Hari ini aku lambat sampai ofis…

Sepatutnya mesti sampai sebelum 8.30 pagi, tapi aku sampai 9.15 pagi…

Sebabnya…

Jem giler!

.

.

Sebab yang menyebabkan jem giler! disebabkan benda kat gambar bawah ni…

Beginilah nasib pengguna Highway Pasir Gudang…

Selain sebab accident, road blok, hujan, banjir, jalan berlubang, bla..bla..bla..

Lori rosak pun salah satu sebab penyebab lambat datang kerja, lambat pegi meeting, lambat jumpa girlfren, lambat ambik bini, terlepas bas ekspress, terlepas flight, kena buang kerja, bla..bla..bla..

Nasib baik la tadi lambat boss takda…semalam pun lambat jugak sebab hujan…

Sebenarnya bukan apa, kawe dah tak tahang nih! Semenjak dua menjak selalu bebeno jem. Semalam hujan, hari ini lori rosak, hari tu accident, esok entah apa pulak…

Orang Pasir Gudang, orang Masai dah faham sangatlah. Bertahun-tahun sabar. Kata nak upgrade jadi 3 lorong. Lepas tu senyap. La ni tengah bina 2 highway alternatif ke Pasir Gudang dari JB dan Senai. Tahun depan atau 2010 siap, katanya LAH.

Pada aku sepatutnya highway ni dah siap 5 tahun dulu! Sebabnya, 12 tahun dulu aku dah dengar plan nak buat alternatif highway dari JB ke Pasir Gudang. Sebelum PRU-12 lalu baru Samy Vellu datang pecah tanah. Kenapa selepas 12 tahun?

Alahai….buat ke, tak buat ke…bila PRU tiba, BN jugak menang… 😉

Comments (11)

Ini entri mengampu, bukan memecah belah masyarakat!

Pada hari Selasa yang lalu(15 Julai) rakyat Malaysia telah menyaksikan debat antara penasihat PKR iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek(DASC). Debat tersebut disiarkan secara langsung di TV swasta iaitu TV9 dan Astro Awani. Walaupun DASC merupakan Menteri Penerangan namun RTM tidak menyiarkan secara langsung debat itu. Tidak pasti mengapa, mungkin RTM merasakan orang-orang kampung tidak paham apa itu debat maka tidak perlu disiar secara langsung melalui RTM1 mahu pun RTM2.

Tidak mengapalah. Yang penting debat tersebut telah berlangsung dengan suasana aman damai dan harmoni. Hujah dan mesej yang disampaikan dari kedua-dua pendebat dapat difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Terutama hujah dari Menteri Penerangan. Ini kerana sudah menjadi tugas Menteri Penerangan untuk menerangkan hal-hal yang masih belum terang di mata rakyat. Khususnya isu minyak naik yang telah menyebabkan ramai rakyat gelisah dengan kenaikan kos sara hidup. Sekalung tahniah kepada DASC kerana menyahut cabaran untuk berdebat dengan DSAI. Bukan calang-calang orang yang berani debat dengan DSAI, bak kata lagu Aizat AF5 Hanya Engkau Yang Mampu berdebat dengan DSAI.

Mengimbas kembali debat yang menemukan dua tokoh terkenal tanahair ini, memang tidak dapat dinafikan DSAI merupakan pemidato yang hebat. Hujah-hujah DSAI agak menyakinkan dengan cuba mengambil hati rakyat untuk menurunkan harga minyak sekiranya PR memerintah. Namun DASC berjaya menangkis hujah-hujah tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui sorakan yang luar biasa gamat dalam dewan apabila DASC menjelaskan kenapa kerajaan menstruktur subsidi minyak disebabkan harga global minyak naik. Sambil-sambil itu sempat juga DASC menyerang peribadi DSAI.

DASC juga menyelitkan hujah pada tahun 1974 DSAI pernah berdemontrasi bersama mahasiswa menentang Tun Razak iaitu tahun yang sama Petronas ditubuhkan. Walaupun penulis merasakan tiada kena-mengena tapi boleh dianggap hujah yang bernas juga. Sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang DSAI pernah buat masa dulu-dulu.

DASC juga berulang kali mengungkit kisah dulu-dulu DSAI seperti kekaguman DSAI terhadap Tun M dan mempersoalkan tindakan DSAI semasa menjadi TPM dulu merancang meminjam dengan IMF semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997-98.

Sekali lagi penulis merasakan DASC sudah lari tajuk tetapi penulis terpaksa bersetuju juga dengan apa yang DASC hujahkan itu mungkin ada kaitan dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Kelihatan pada masa itu penonton bersorak sakan menyokong hujah DASC. DASC pula tersenyum bangga kerana berjaya menangkis hujah DSAI.

Oklah, tiba-tiba penulis rasa tidak sanggup menulis panjang-panjang bukan apa kerana penulis merasakan seperti tidak ikhlas. Nak muntah pun ada, entahlah tak tau kenapa… 😉

Comments (5)

Blog punca melayu pecah belah, negara tidak stabil?

Hari tu PM kata..

Hari ni Sultan pula..

Hmmm… 😦

Comments (11)

MB Kedah sewa jet ekslusif?

Tadi tengok berita kat TV ada cerita pasal MB Kedah naik jet ekslusif. Siap ada video lagi menunjukkan MB Kedah dan beberapa orang sedang berpayung berjalan menaiki jet untuk ke negara jiran. Aksi itu di rakam secara sukarela oleh seseorang di Lapangan Terbang di Kedah dan kemudian menghantarnya ke TV untuk tatapan umum.

Dilaporkan jet itu telah di sewa. Oleh kerana jet itu kelihatan ekslusif maka TV swasta tersebut mempersoalkan mengapa perlu MB Kedah menyewa jet untuk kegunaan peribadi?

Baguslah TV tu melaporkan. Ini menunjukkan TV tersebut perihatin dengan apa ketua kerajaan negeri buat dalam keadaan rakyat di suruh berjimat cermat. Seharusnya apa yang hendak dilaporkan itu bukan terhad kepada kerajaan negeri yang bukan BN sahaja, juga kepada kerajaan-kerajaan negeri lain termasuk kerajaan persekutuan.

Apa-apa pun cerita sebenar pasal jet itu, walwahualam. Tunggu penjelasan MB Kedah nanti.

Comments (5)