MB Kedah sewa jet ekslusif?

Tadi tengok berita kat TV ada cerita pasal MB Kedah naik jet ekslusif. Siap ada video lagi menunjukkan MB Kedah dan beberapa orang sedang berpayung berjalan menaiki jet untuk ke negara jiran. Aksi itu di rakam secara sukarela oleh seseorang di Lapangan Terbang di Kedah dan kemudian menghantarnya ke TV untuk tatapan umum.

Dilaporkan jet itu telah di sewa. Oleh kerana jet itu kelihatan ekslusif maka TV swasta tersebut mempersoalkan mengapa perlu MB Kedah menyewa jet untuk kegunaan peribadi?

Baguslah TV tu melaporkan. Ini menunjukkan TV tersebut perihatin dengan apa ketua kerajaan negeri buat dalam keadaan rakyat di suruh berjimat cermat. Seharusnya apa yang hendak dilaporkan itu bukan terhad kepada kerajaan negeri yang bukan BN sahaja, juga kepada kerajaan-kerajaan negeri lain termasuk kerajaan persekutuan.

Apa-apa pun cerita sebenar pasal jet itu, walwahualam. Tunggu penjelasan MB Kedah nanti.

5 Comments »

  1. TAPIR said

    ALOR SETAR, 10 Julai: Rombongan Istana Darul Aman Kedah terpaksa menyewa jet eksekutif untuk menghadap Sultan Brunei semalam kerana masa telah suntuk dan itulah sahaja masa yang diberikan oleh Istana Brunei untuk menghadap baginda.

    Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid berkata, rombongan itu menyewa jet itu bukan untuk bermewah-mewah tetapi itu sahaja cara yang ada untuk memenuhi masa yang ditetapkan bagi membolehkan rombongan istana Kedah menghadap Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

    Rombongan Istana Kedah itu diketuai Ketua Istiadat istana Kedah. Ia turut disertai Tengku Bendahara iaitu adinda Sultan dan MB Kedah, Azizan Abdul Razak serta isteri masing-masing.

    Mereka ke Brunei untuk menjemput baginda Sultan Brunei secara rasmi ke majlis perayaan Jubli Emas Sultan Kedah yang akan diadakan di Alor Setar tidak lama lagi.

    Mereka menaiki sebuah jet yang disewa khas untuk membawa mereka pergi dan balik dari Alor Setar ke Brunei semalam dan pulang malam ini.

    “Perkara ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Exco,” kata Helmi kepada Siasah.

    Buletin Utama TV3 sekejap tadi (jam 8.15 malam) menyiarkan rakaman penggunaan jet itu semasa mereka bertolak ke Brunei dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap TV3 sebagai membazir.

  2. kamrient said

    yg najib duk sewa jet peribadi kat obersea tak heboh pulak….haha..
    macam2 daaa

    Regards,
    MUZRI
    Kamrie Enterprise
    http://bussiness-opportunity-store-online.blogspot.com/

  3. ije said

    cukup2 laa fitnah yg ada2 skang nih..
    jgn kta yg terjebak…

  4. abahfateh said

    sedih tengok TV3 tak usaha nak betulkan citer. Hinakah orang yang meminta maaf? Bukankah dengan kemaafan yang dipohon akan memuliakan seseorang itu…

    Najib, Pak Lah naik jet kerajaan untuk kempen masa PRU tak der orang nak pertikai? terang2 dalam STAR keluar gambar najib dengan anaknya tertidur…

    umar abdul aziz bincang hal keluarga dengan anak dipadamkan pelita milik kerajaan, pakai pelita milik keluarga… sekarang?

    peringatan untuk kita semua..

  5. kumb@ng said

    Zaman dah berubah…Dunia dah maju…

    Nafsu pemimpin ikut keperluan zaman…😉

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: