Ini entri mengampu, bukan memecah belah masyarakat!

Pada hari Selasa yang lalu(15 Julai) rakyat Malaysia telah menyaksikan debat antara penasihat PKR iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek(DASC). Debat tersebut disiarkan secara langsung di TV swasta iaitu TV9 dan Astro Awani. Walaupun DASC merupakan Menteri Penerangan namun RTM tidak menyiarkan secara langsung debat itu. Tidak pasti mengapa, mungkin RTM merasakan orang-orang kampung tidak paham apa itu debat maka tidak perlu disiar secara langsung melalui RTM1 mahu pun RTM2.

Tidak mengapalah. Yang penting debat tersebut telah berlangsung dengan suasana aman damai dan harmoni. Hujah dan mesej yang disampaikan dari kedua-dua pendebat dapat difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Terutama hujah dari Menteri Penerangan. Ini kerana sudah menjadi tugas Menteri Penerangan untuk menerangkan hal-hal yang masih belum terang di mata rakyat. Khususnya isu minyak naik yang telah menyebabkan ramai rakyat gelisah dengan kenaikan kos sara hidup. Sekalung tahniah kepada DASC kerana menyahut cabaran untuk berdebat dengan DSAI. Bukan calang-calang orang yang berani debat dengan DSAI, bak kata lagu Aizat AF5 Hanya Engkau Yang Mampu berdebat dengan DSAI.

Mengimbas kembali debat yang menemukan dua tokoh terkenal tanahair ini, memang tidak dapat dinafikan DSAI merupakan pemidato yang hebat. Hujah-hujah DSAI agak menyakinkan dengan cuba mengambil hati rakyat untuk menurunkan harga minyak sekiranya PR memerintah. Namun DASC berjaya menangkis hujah-hujah tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui sorakan yang luar biasa gamat dalam dewan apabila DASC menjelaskan kenapa kerajaan menstruktur subsidi minyak disebabkan harga global minyak naik. Sambil-sambil itu sempat juga DASC menyerang peribadi DSAI.

DASC juga menyelitkan hujah pada tahun 1974 DSAI pernah berdemontrasi bersama mahasiswa menentang Tun Razak iaitu tahun yang sama Petronas ditubuhkan. Walaupun penulis merasakan tiada kena-mengena tapi boleh dianggap hujah yang bernas juga. Sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang DSAI pernah buat masa dulu-dulu.

DASC juga berulang kali mengungkit kisah dulu-dulu DSAI seperti kekaguman DSAI terhadap Tun M dan mempersoalkan tindakan DSAI semasa menjadi TPM dulu merancang meminjam dengan IMF semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997-98.

Sekali lagi penulis merasakan DASC sudah lari tajuk tetapi penulis terpaksa bersetuju juga dengan apa yang DASC hujahkan itu mungkin ada kaitan dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Kelihatan pada masa itu penonton bersorak sakan menyokong hujah DASC. DASC pula tersenyum bangga kerana berjaya menangkis hujah DSAI.

Oklah, tiba-tiba penulis rasa tidak sanggup menulis panjang-panjang bukan apa kerana penulis merasakan seperti tidak ikhlas. Nak muntah pun ada, entahlah tak tau kenapa…๐Ÿ˜‰

5 Comments »

  1. abahfateh said

    hahaha…

    ini kalau editor utusan atau bharian atau buletin utama baca nie gerenti dia offer saudara kerja dengan mereka…

    abahfateh

  2. hahha….ok anda layak menjadi penulis kolum rencana berita harian..klu sdr rasa itu masih belum cukup, sdr akan ditawarkan jawatan sbg kolumnis utama utusan..okeh? deal!..hahahha

  3. Irdzra said

    hehe..betul2..ade bakat..

    ps: aku terlepas debat tuh..๐Ÿ˜›

  4. kuina said

    x faham la.. knpa perlu diungkt kisah lalu trmsuk hal peribadi.

  5. pakdi said

    anda layak menjadi ketua pengarang Utusan Malaysia!

    you’re hired!

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: