Highway Pasir Gudang

Hari ini aku lambat sampai ofis…

Sepatutnya mesti sampai sebelum 8.30 pagi, tapi aku sampai 9.15 pagi…

Sebabnya…

Jem giler!

.

.

Sebab yang menyebabkan jem giler! disebabkan benda kat gambar bawah ni…

Beginilah nasib pengguna Highway Pasir Gudang…

Selain sebab accident, road blok, hujan, banjir, jalan berlubang, bla..bla..bla..

Lori rosak pun salah satu sebab penyebab lambat datang kerja, lambat pegi meeting, lambat jumpa girlfren, lambat ambik bini, terlepas bas ekspress, terlepas flight, kena buang kerja, bla..bla..bla..

Nasib baik la tadi lambat boss takda…semalam pun lambat jugak sebab hujan…

Sebenarnya bukan apa, kawe dah tak tahang nih! Semenjak dua menjak selalu bebeno jem. Semalam hujan, hari ini lori rosak, hari tu accident, esok entah apa pulak…

Orang Pasir Gudang, orang Masai dah faham sangatlah. Bertahun-tahun sabar. Kata nak upgrade jadi 3 lorong. Lepas tu senyap. La ni tengah bina 2 highway alternatif ke Pasir Gudang dari JB dan Senai. Tahun depan atau 2010 siap, katanya LAH.

Pada aku sepatutnya highway ni dah siap 5 tahun dulu! Sebabnya, 12 tahun dulu aku dah dengar plan nak buat alternatif highway dari JB ke Pasir Gudang. Sebelum PRU-12 lalu baru Samy Vellu datang pecah tanah. Kenapa selepas 12 tahun?

Alahai….buat ke, tak buat ke…bila PRU tiba, BN jugak menang…😉

11 Comments »

  1. Afyan said

    Sekurang-kurangnya jamm disebabkan oleh situasi kecemasan, tidak seperti jamm teruk di Kuala Lumpur isnin minggu disebabkan oleh polis trafik buat kawalan atas khabar angin demonstrasi di parlimen.

  2. ibukumbang said

    Kalau kat area sini.. KESSAS la banyak lori2.. DAhla bawak kete kecik.. rasa bergegar… driver2 nye ganas2.. ada satu ari tu, pandu kat 2nd lane depan saya lori perlahan, boleh lori kat belakang saya bg lampu tinggi.. budus betul kalau nak laju pg la 3rd lane… huh.. sgt ganas.. salam ziarah..

  3. kumb@ng said

    ibu kumbang…terima kasih sudi datang.macam ada kena-mengena kita ek..hehe..biasala yg kecik2 macam kita selalu tindas dengan yg beso2…😀

    Afyan…ya betul. hari tu sebelum dan sama hari demontrasi kat KL, kat Highway Pasir Gudang pun jem sebab polis buat roadbloc…check samada orang Pasir Gudang nak gi KL ke tak…😉

  4. SHIMI said

    Hiway Pasir Gudang memang cam tuh. janji PRU menyedapkan telinga shj. Salam singgah

  5. ibukumbang said

    Sori kaco.. saya tag awak.. sila buat kalu rajin.. hehehe

  6. mohdhafifi said

    he he..lambat p keja mmg satu mslh, mcm2 hal berbangkit nti..walaupun aku student, aku tau rasanya mcm mana bila lambat mau keja..sama ngan lambat masuk kelas..

  7. zool said

    Sabar lah bro.. APa nak buat nasib…..

  8. salam encik kumbang..

    saya tumpang baca ye…

    janji2 yg dijanjikan tu sepatutnya dh ditunaikan…biasalah kerajaan, sblum dpt smua janji, slpas tu mcm biasalah..

    saya link awak pnya blog ye..

  9. kuina said

    hehehe kangar tak dak jem..
    8.30 mask keja.. kul 8.15 dok umah lg… yuhu….

  10. kujie said

    tahu sangat…
    tahun lepas suami kerja kat Pasir Gudang, Senai-Pasir Gudang-Desaru Expressway
    selalu ulang alik ke sana.

  11. manje said

    salam

    emm ” highway pasir gudang dalam kenangan”… tak pernah berubah pon… kereta makin banyak… eksiden sepanjang jalan… kalo ujan jem dia uih mmg leh wat orang sakit kepala… tapi nak wat macam mana cume highway itu dan jalan masai aje penghubung nak ke pasir gudang… terpaksalah jalan dan guna jugak kan….

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: