Archive for August, 2008

Permatang Pauh makin hangat dan pengakuan Imam Ramlang Porigi

Dilaporkan di buletin TV3 semalam Anwar telah mengungkap ucapan lucah semasa berceramah…

So apa beza dengan gambar kat bawah ni,

.

Bezanya ucapan Anwar itu dilaporkan manakala TIDAK bagi perlakuan di atas.

Menunjukkan peranan media tak kira kerajaan punya dan swasta BERAT SEBELAH atau DOUBLE STANDARD.

Yang BAIK semua di pihak sebelah sini manakala yang BURUK semua di pihak sebelah sana..

.

.

Semalam juga dilaporkan melalui media alternatif Imam Ramlang Porigi telah hadir ke Permatang Pauh dan membuat pengakuan..

Kita tengok nanti ada tak mana-mana TV melapor tentang pengakuan mengemparkan ini lagi esklusif… 😉

Comments (8)

Saiful Bukhari melafaz sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan

Cantik masjid ni..

Di sinilah..

Lokasi : Ruang Solat

Masa : 6.20 petang

Saiful Bukhari melafas sumpah dirinya telah diliwat Anwar Ibrahim dengan cara…..(tak sanggup den nak tulis…)

Bersaksikan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Bapa Saiful, Pakcik Saiful juga Jurukamera-Jurukamera dan Pemberita…

Seperti biasa Media akan sensasikan sebagai peristiwa bersejarah tahun ini setaraf dengan “Wedding of the Year”.

Tapi…semasa Sidang Media Saiful, kalau tak silap ada statement “Pertama kali di liwat!”

Kalau mengikut pemahaman aku maknanya pada tarikh 26 Jun 2008 adalah pertama kali dia di liwat!

Atau mungkin dia bermaksud “Pertama kali merasai pengalaman di liwat!”.

Ya lah. Pengalaman pertama bak Cinta Pertama. Memang susah nak lupa.

Apa-apa pun biarlah mahkamah yang menentukan. Antara Saiful dan Anwar salah seorang pasti benar. Saiful dah bersumpah manakala Anwar belum. Sumpah Saiful belum menjamin dia benar. Walwahualam…Hanya ALLAH yang mengetahui.

Yang menjadi persoalan…

Esok hari penamaan calon di Permatang Pauh..

Saiful pula memilih bersumpah hari ini..

Adakah ini Suratan atau Kebetulan…..?! 😉

Comments (9)

Forum Majlis Peguam “Memeluk Islam”

Kat berita semalam kecoh pasal ni…

Macam-macam. Ada berita pasal demo, bom petrol, bom api…

Fuh! menakutkan, sampai ke tahap berbom-bom. Macam tak caya pun ada…

Ya lah. Isu sensitif kan…

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut aku pun surf la ke blog-blog yang membincang hal ni…

Salah satu blog yang aku baca ialah blog YB Kulim

Dan aku pun baca post-post terbaru YB Kulim, antaranya post bertajuk “Dato Seri, is your birthday this Sunday?”

Eh! Ya ke? rupanya 10 Ogos merupakan Hari Lahir DSAI dan juga bersamaan dengan Hari Lahir anak aku

.

.

.

Dan…bersempena dengan hari ini 10 Ogos, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-5 buat anak aku, Nurhanisah Insyirah

Semoga besar nanti jadi anak yang solehah…

Tak pun jadilah macam Nurul Izzah… 😀

.

.

p/s : kepada yang masih tertanya-tanya bila pulak aku ber’anak’ boleh baca pengakuan ekslusif aku kat sini.

Comments (7)

Highway Pasir Gudang jem lagi!

Pagi-pagi semasa on the way ke Melaka…

Laaa…..Jem lagi! Pesal pulak ni?

 .

.

1 km kemudian…..

 Oooooo….baru aku teringat hari ni Anwar dihadap ke Mahkamah…

Ingat kat KL je ke ada road blok?

Kat JB pun ada tauuu…. 😉

Comments (6)