Archive for September, 2008

Salam Aidil Fitri

Salam,

Kepada yang nak balik kampung(macam aku) berhati-hati di jalan raya, bukan apa Polis, JPJ, JAS ada merata-rata menunggu mangsa.

Ingat pesan ini, biar lambat asalkan tak kena saman dan paling penting selamat sampai ke kampung halaman.

Kepada yang tak balik kampung sebab memang dah dok kampung, takde kampung atau cuti kena gantung, jimat sikit kos, untung..

Ala, kat mana-mana raya tetap raya cuma suasana mungkin beza…

Bagi kanak-kanak, budak-budak raya ni memang untuk mereka…

Bagi kita yang bukan budak lagi yang best sebab dapat cuti lama…

Akhir kata, buat semua yang sudi menjengok blog ini walau tak pernah bersua, jika terkasar bahasa, tersilap kata ampun maaf ku pinta.

Syawal ini masanya untuk kita membersihkan dosa sesama rakan-rakan, saudara-mara juga ibu bapa..

Semoga ditemukan lagi pada Ramadhan dan Syawal akan datang.

Wassalam.

Advertisements

Comments (11)

Sembang Ramadhan

Lokasi : Ibu Pejabat Wilayah Selatan.

Masa : Pagi, lebih kurang pukul 9.30 pagi.

Apa cer… ?

.

.

Sedang gua aku tengah baik punya layan sembang politik dengan sorang rakan (rakan 1), tiba-tiba gua aku telah disapa oleh seorang lagi rakan (rakan 2) yang duduk disebelah rakan 1.

Rakan 2 : “Zhar! pagi-pagi perut dah lapo ni!”

Aku : “Puasa memang le lapar….dugaan….hmmm…ko tak sahur ke?!”

Rakan 2 : “Sahur…..tapiiii…rasa lapo pulak hari ni, macamane nak hilangkan ek?!”

Aku : “Hmmm….haaaa! senang je tu…”

Rakan 2 : “Macamane?!”

Aku : “Ok. camni, ko keluar dari ofis ni, pas tu ko lari keliling ofis 2-3 lap. lebih pun takpe. Lari lagi laju lagi bagus, cepat sket kesannya. Cuaca pun tengah panas ni, sangat membantu…..Cubalah!!”

Rakan 2 : Ooooooo…..”

Aku : “Selepas ko rase dah tak larat nak lari, naik semula ofis. Gua Aku yakin lepas tu ko akan rasa penat, haus, mengantuk, nak tidur dan macam-macam rasa lagi…….lapar ko mesti hilang punya!!”

Rakan 2 : “Errrr…..tak ya gak…..boleh pakai teori ko ni…”

Aku : 😀

.

.

Kepada yang membaca, kalau nak cuba, silakan….. 😉 😀

Comments (6)

Siti Nurhaliza di madu Datuk K?

Di tengah kehangatan kisah politik negara dengan kebarangkalian perubahan kuasa pemerintahan bakal berlaku terselit juga cerita itu ini yang orang ramai juga ingin tahu akan kebenarannya…

Tadi semasa sembang-sembang waktu rehat, Isteri kawan sekerja aku telefon dia untuk bertanyakan web kisah artis.

Dia pun pelik. Kenapa pulak tiba-tiba isterinya seorang guru sekolah menengah ingin tahu perihal artis sampai nak cari kat internet. Kawan aku tu tahu aku ni kaki blog dan dia tanya samada aku tau web tu? 

Web kisah artis?hmmm…..entah…kalau cerita politik, Liverpool, kewangan, motivasi, itu aku tahu.

Aku tanya dia apa kes? Ooooo….Rupanya nak tau betul ke SIti Nurhaliza kena madu?

Memang aku pun ada dengar kisah ni sejak beberapa minggu lepas cuma tak amik port sangat. Setakat tau gitu-gitu aja. Sepertimana kes liwat Anwar, benar atau tak hanya yang empunya badan saja yang tahu.

Untuk isteri kawan aku dan yang sewaktu dengannya aku ada menyahoo cerita ni. Kalau nak tahu bolehla baca kat sini.

Comments (6)

Lawatan sambil belajar MP ke luar negara guna duit sendiri?

Berita ni keluar kat TV3 semalam. Dipaparkan MP-MP sedang check in di KLIA dan bersiap sedia hendak berlepas ke Taiwan. Khabarnya nak belajar tentang pertanian. Baguslah. Mungkin nak belajar teknologi baru.

Peliknya kenapa tak hantar Menteri Pertanian dan yang sewaktu dengannya?oooooo….ini untuk ahli kelab penyokong BN…ooooo… 😉

Secara tiba-tiba kan kerajaanLAH buat keputusan. Mungkin dengan sebab ada teknologi baru, kerajaan pun secara ‘tiba-tiba’ meluluskan MP-MP ni melawat ke negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia untuk belajar pertanian di sana. Tetapi, kenapa pilih Taiwan? bukan China, Jepun….

Dari pengamatan aku, nampak macam tergesa-gesa kerajaan buat keputusan atau mungkin nak me’lari’kan sesuatu. Takpalah kita bersangka baik di bulan Ramadhan yang mulia ni. Anggap saja kerajaan punya sebab  munasarawak hantar rombongan cik kiah MP ke Taiwan. Bagi orang Islam, inilah peluang nak berTerawih kat Taiwan.

Persoalan lain, ikhlas ke, rela ke MP-MP yang pergi tu guna duit sendiri? Ke luar negara pulak tu. Kos ke sana pulak bukan ciput. Koman-koman pun ribu-riban. Dalam bab ni, banyak ek duit MP…. 😉

Cerita pasal kos ni, baru-baru ni aku ke Sabah. Kunjungan aku Sabah lebih kurang macam MP juga lah. Ditugaskan untuk belajar. Bezanya semua perbelanjaan aku di tanggung beres oleh syarikat.

Pergi Sabah kena naik kapal terbang. Harga tiket class ekonomi pergi balik JB-KK, RM1800++. Mahal sebab naik MAS dan kena transit kat KL dulu. 5 jam wei untuk perjalanan dari JB-KL-KK.

Kalau naik Air Asia ada direct flight, harga bawah RM1000 dan 2 jam aja perjalanan. Tetapi oleh kerana polisi syarikat memang untuk menambah pendapatan MAS, aku ikut aja.

Hotel pula untuk 5 hari 4 malam, lebih kurang RM900++. Campur meal allowance, tambang teksi, gedebak gedebuk belanja untuk aku sorang lebih kurang RM3500++.

Itu contoh perbelanjaan orang biasa-biasa macam aku. Kalau MP, naik kapal terbang mesti first atau bisnes class yang harga 2-3 kali ganda dari class ekonomi. Duduk hotel sudah tentu yang 5 bintang ke atas. Tempat nak melawat dan belajar tu takkan free mesti kena bayar melainkan dah kontra.

Cuba bayangkan kos perbelanjaan seorang MP untuk lawatan sambil belajar tersebut? Silap-silap jejak puluh ribu seorang. 50 orang? Ho..ho…Kalau bagi sedekah kat orang miskin lagi la bagus. 😉

Harapan aku sebagai rakyat sekembalinya MP-MP nanti dapat menyumbang sesuatu kepada industri pertanian negara. Bantulah petani kita dengan menaik taraf hidup mereka yang semakin tertekan akibat dari Minyak Naik, Barang Naik.

Tak pun apa yang MP belajar tu boleh apply pada diri sendiri, manalah tau ada perubahan kuasa nanti. Boleh jadi petani moden. Jauh tu menuntut ilmu pertanian, sampai ke Taiwan! Guna duit sendiri lagi!

Comments (7)