Lawatan sambil belajar MP ke luar negara guna duit sendiri?

Berita ni keluar kat TV3 semalam. Dipaparkan MP-MP sedang check in di KLIA dan bersiap sedia hendak berlepas ke Taiwan. Khabarnya nak belajar tentang pertanian. Baguslah. Mungkin nak belajar teknologi baru.

Peliknya kenapa tak hantar Menteri Pertanian dan yang sewaktu dengannya?oooooo….ini untuk ahli kelab penyokong BN…ooooo…ūüėČ

Secara tiba-tiba kan kerajaanLAH buat keputusan. Mungkin dengan sebab¬†ada teknologi baru,¬†kerajaan pun secara ‘tiba-tiba’ meluluskan MP-MP ni melawat ke negara yang tiada hubungan diplomatik¬†dengan Malaysia¬†untuk belajar pertanian di sana. Tetapi, kenapa pilih Taiwan? bukan China, Jepun….

Dari pengamatan aku, nampak macam tergesa-gesa kerajaan¬†buat keputusan¬†atau mungkin nak me’lari’kan sesuatu. Takpalah¬†kita bersangka baik¬†di bulan Ramadhan yang mulia ni. Anggap saja kerajaan¬†punya sebab¬† munasarawak¬†hantar rombongan cik kiah MP ke Taiwan. Bagi orang Islam, inilah peluang nak berTerawih kat Taiwan.

Persoalan lain,¬†ikhlas ke, rela ke¬†MP-MP yang pergi tu guna duit sendiri?¬†Ke luar negara pulak tu.¬†Kos ke sana pulak bukan ciput. Koman-koman pun ribu-riban. Dalam bab ni, banyak ek duit MP….ūüėČ

Cerita pasal kos ni, baru-baru ni aku ke Sabah. Kunjungan aku Sabah lebih kurang macam MP juga lah. Ditugaskan untuk belajar. Bezanya semua perbelanjaan aku di tanggung beres oleh syarikat.

Pergi Sabah kena naik kapal terbang. Harga tiket class ekonomi pergi balik JB-KK, RM1800++. Mahal sebab naik MAS dan kena transit kat KL dulu. 5 jam wei untuk perjalanan dari JB-KL-KK.

Kalau naik Air Asia ada direct flight, harga bawah RM1000 dan 2 jam aja perjalanan. Tetapi oleh kerana polisi syarikat memang untuk menambah pendapatan MAS, aku ikut aja.

Hotel pula untuk 5 hari 4 malam, lebih kurang RM900++. Campur meal allowance, tambang teksi, gedebak gedebuk belanja untuk aku sorang lebih kurang RM3500++.

Itu contoh perbelanjaan orang biasa-biasa macam aku. Kalau MP, naik kapal terbang mesti first atau bisnes class yang harga 2-3 kali ganda dari class ekonomi. Duduk hotel sudah tentu yang 5 bintang ke atas. Tempat nak melawat dan belajar tu takkan free mesti kena bayar melainkan dah kontra.

Cuba bayangkan kos perbelanjaan seorang MP untuk lawatan sambil belajar tersebut? Silap-silap jejak puluh ribu seorang. 50 orang? Ho..ho…Kalau¬†bagi sedekah kat orang miskin¬†lagi la¬†bagus.ūüėČ

Harapan aku sebagai rakyat sekembalinya MP-MP nanti dapat menyumbang sesuatu kepada industri pertanian negara. Bantulah petani kita dengan menaik taraf hidup mereka yang semakin tertekan akibat dari Minyak Naik, Barang Naik.

Tak pun apa yang MP belajar tu boleh apply pada diri sendiri, manalah tau ada perubahan kuasa nanti. Boleh jadi petani moden. Jauh tu menuntut ilmu pertanian, sampai ke Taiwan! Guna duit sendiri lagi!

7 Comments »

  1. malaysia kan kaya… cukai berlambak… setakat 50 orang tu no halūüėõ

  2. Perkh.. susah2.. kalo gune duit sendiri pn, takde maunye..
    Apakata, guna duit kerajaan, then bayar balik dengan projek yang berjaya. Jangan balik terus senyap, sudey… hehehe..

  3. @LiYaNNuaR said

    hmmm… baru kejap tadi ada keluar berita… isu yg sama gaks… huhuhu

  4. Dik Mal said

    Err…abg azhar tak mai lagi blog Mal ek….waaaaaa..eh…baju raya kale pe tahun ni :p keh3..saje je kaco

  5. abahfateh said

    diorang dah kaye2. entah dari mana dapat duitnya.

  6. pakdi said

    persediaan. nanti takde kerja nak wat lepas PR jadi kerajaan. hahaha

  7. kumb@ng said

    dengan kabo dah gi hong kong lak……lagi la mahal expenses kat sane….ūüėČ

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: