Archive for October, 2008

Razak Baginda bebas tuduhan, dua lagi bela diri

Berita terkini yang aku dengar kat radio tadi..

Nampaknya Razak Baginda dah lepas, bebas bersantai semula dengan keluarga..

Yang dua lagi tu tak tahu lah nasib mereka..

Kalaulah dua lagi tu didapati bersalah dan di hukum, apa MOTIF sebenar dia dua orang tu nak bunuh Altantunya…?

Comments (2)

Pelakon Utama Gerak Khas di tangkap khalwat!

Aku dengar berita ni kat radio petang tadi…

Agak-agak siapalah tu… macam-macam hal la dorang ni…

=>test post guna PDA… 😀

Comments (5)

BPL : Chelsea 0 Liverpool 1

Akhirnya kalah juga Chelsea di tempat sendiri selepas 4 tahun. Yang penting kalah di kaki pemain Liverpool.

Pasukan mana yang kalahkan Chelsea di tempat sendiri selepas 4 tahun?! Liiiiverrrrpool!!!

Pasukan mana?!! Liiiverrrrpoollll!!!

Pasukan mana?!! Liiiverrrrpoollll!!!

Pasukan mana?!! Liiiverrrrpoollll!!!

hihi..gembira sungguh hari ni..

Selepas MU, Chelsea jadi mangsa. Arsenal sabarnya…ikut giliran… 😀

Comments (1)

Pesta Bola Merdeka edisi 41 – Siapa Juara?

Tahun lepas aku berada di Stadium Shah Alam meraikan Malaysia menjadi Juara.

Tahun ini aku berada di depan TV menyaksikan Vietnam pula Juara.

.

.

Pada pandangan aku, reputasi gah 18 gol tanpa bolos sebelum melangkah ke perlawanan akhir belum cukup menjadikan Malaysia Juara edisi kali ini. Pasukan-pasukan seperti Nepal, Myanmar di mana warganya ramai bekerja di Malaysia berjaya meratah, membelasah. Tetapi dengan Vietnam gagal sama sekali. Rasanya pemain Malaysia perlu banyak belajar lagi. Malaysia juga belum cukup bersedia menghadapi pasukan seperti Thailand, Oman, Qatar dan seterusnya Jepun, Korea dan Australia. FAM kena kerja keras lagi.

Aku rasa pemain-pemain seperti Hairuddin Omar, Irwan fadzli tak payahlah ada dalam pasukan lagi. Lebih baik ketengahkan pemain-pemain muda berbakat seperti Khyril Myuhaimin, Fadzli Baharom, Ashaari, Amirul Hadi lagi baik. Ada ramai lagi cuma ingat nama ni.

Lagi satu masa game tadi, kenapalah Shatia tak masukkan Khyril awal-awal. Ashaari ok cuma kurang lincah, mungkin juga kurang pengalaman. Dan paling tak berkesan ialah Hairuddin masuk gantikan Zakuan. Dia ni control bola hampeh, hantaran merapu dan tak sefahaman dengan Safii Sali.

Separuh pertama Malaysia main kira ok dengan Indra di tengah kiri dan Amirul tengah kanan. Manakala Hardi dan Syukor di tengah. Safi dan Zakuan penyerang. Beberapa kali berjaya lolos dan hampir-hampir jaringkan gol.

Separuh masa kedua Hardi keluar ganti Ashaari(pada aku lebih baik masukkan Khyril) dan Indra tukar ke tengah. Kemudian Hairuddin masuk ganti Zakuan. Lepas tu game agak hampeh sket. Akhir-akhir 90 minit Khyril masuk ganti Amirul baru ada sengat sikit. Game agak rancak dan pertahanan Vietnam kelam kabut tapi tetap gagal jaring gol. Hinggalah ke penentuan penalti dan Vietnam pun Juara.

Vietnam Juara, pekerja Vietnam kat Malaysia gembira. Buat pasukan Malaysia cuba lagi tahun depan ya..

Leave a Comment

Minyak turun lagi 15 sen

Alhamdulillah turun lagi…

Sebelum Raya 10 sen…

Hari ni 15 sen lagi…

Jom tengok kemana aku beraya pada Hari Raya…

Raya Pertama(230km) : JB – Batu Pahat/Taman Bukit Pasir (Rumah Mertua) – Parit Besar(Rumah Pak Ngah) – Sri Sulong(Pak Busu) – Minyak Beku(Pak Kamal) – TBP semula.

Raya Kedua (310km) : TBP – Segamat(Rumah sepupu) – Muar(Rumah Atok Busu, Mak Mon, Pak Lang) – TBP

Raya ketiga (420km) : TBP – Kota Tinggi/Felda Air Tawar 1(Rumah Pak Mud) – Bandar Penawar(Rumah Kawan) – Sungai Tiram(Rumah sepupu) – JB/Taman Selesa Jaya(Pak Midon) – TBP

Raya ke-4 : Aku dok umah je. Tak larat nak drive lagi. Penat. 3 hari non-stop beraya-drive-beraya. Rasa nak demam pun ada. Tetamu datang aku layan tidur je.

Raya ke-5(40km) : Patutnya aku balik JB tengahari tapi Mak Mertua ajak ziarah sepupu dia Mak Pon dan Pak Atan kat Parit Sulong. Aku nak balik awal bukan apa sebab nak elak jem. Lagi satu nak balik cepat sebab malam ada BPL game Liverpool lawan Manchester City. At Last gerak dari BP 6.30 petang. Tiba JB 9.30 malam. Jem punya pasal 3 jam perjalanan. Selalu 1 jam setengah jek. Paling penting sempat tengok game tu. Menang 3-2,Torres score 2! 🙂

Jom buat kira-kira pulak…

Jumlah perjalanan = 1000km.

Kos minyak = RM220 (seliter RM2.45)

Jumlah liter untuk 1000km ialah 89.8 liter.

Kalaulah masa Hari Raya tu minyak RM2.30 seliter = 1000 km = RM207 ->  jimat RM13

Yang bawah ni kalau….

RM2.10 = RM189 -> jimat RM31

RM2.00 = RM180 -> jimat RM40

RM1.92 = RM172 -> jimat RM48

RM1.70 = RM152 -> jimat RM68

RM1.50 = RM135 -> jimat RM85

Ini hanyalah penjimatan minyak untuk Hari Raya. Lain-lain?

Apa-apa pun dengan trend minyak global semakin menurun harap-harap harga minyak kat negara kita ni akan terus turun dan turun dan turun…dapatlah simpan duit banyak sikit… 😉

Comments (13)