Minyak turun lagi 15 sen

Alhamdulillah turun lagi…

Sebelum Raya 10 sen…

Hari ni 15 sen lagi…

Jom tengok kemana aku beraya pada Hari Raya…

Raya Pertama(230km) : JB – Batu Pahat/Taman Bukit Pasir (Rumah Mertua) – Parit Besar(Rumah Pak Ngah) – Sri Sulong(Pak Busu) – Minyak Beku(Pak Kamal) – TBP semula.

Raya Kedua (310km) : TBP – Segamat(Rumah sepupu) – Muar(Rumah Atok Busu, Mak Mon, Pak Lang) – TBP

Raya ketiga (420km) : TBP – Kota Tinggi/Felda Air Tawar 1(Rumah Pak Mud) – Bandar Penawar(Rumah Kawan) – Sungai Tiram(Rumah sepupu) – JB/Taman Selesa Jaya(Pak Midon) – TBP

Raya ke-4 : Aku dok umah je. Tak larat nak drive lagi. Penat. 3 hari non-stop beraya-drive-beraya. Rasa nak demam pun ada. Tetamu datang aku layan tidur je.

Raya ke-5(40km) : Patutnya aku balik JB tengahari tapi Mak Mertua ajak ziarah sepupu dia Mak Pon dan Pak Atan kat Parit Sulong. Aku nak balik awal bukan apa sebab nak elak jem. Lagi satu nak balik cepat sebab malam ada BPL game Liverpool lawan Manchester City. At Last gerak dari BP 6.30 petang. Tiba JB 9.30 malam. Jem punya pasal 3 jam perjalanan. Selalu 1 jam setengah jek. Paling penting sempat tengok game tu. Menang 3-2,Torres score 2!🙂

Jom buat kira-kira pulak…

Jumlah perjalanan = 1000km.

Kos minyak = RM220 (seliter RM2.45)

Jumlah liter untuk 1000km ialah 89.8 liter.

Kalaulah masa Hari Raya tu minyak RM2.30 seliter = 1000 km = RM207 ->  jimat RM13

Yang bawah ni kalau….

RM2.10 = RM189 -> jimat RM31

RM2.00 = RM180 -> jimat RM40

RM1.92 = RM172 -> jimat RM48

RM1.70 = RM152 -> jimat RM68

RM1.50 = RM135 -> jimat RM85

Ini hanyalah penjimatan minyak untuk Hari Raya. Lain-lain?

Apa-apa pun dengan trend minyak global semakin menurun harap-harap harga minyak kat negara kita ni akan terus turun dan turun dan turun…dapatlah simpan duit banyak sikit…😉

13 Comments »

  1. Kujie said

    harap tarif letrik pun turun
    sebab masa naik dulu guna alasan kenaikan bahan api

  2. kumb@ng said

    Kujie…itulah yang sepatutnya…semua yang kena-mengena dengan minyak mesti turun!

  3. Mal said

    harga teh o ais mal, rm1.30😦 dulu rm1.20..tak aci!!! pasni mintak teh o..ais mintak asing =)) ais tak kena charge kan :))

  4. kumb@ng said

    Mal…ais tak baik untuk kesihatan mal…😉

  5. syukur sgt minat harga minyak turun, harap harga ni tahan lame…klu tak tahan lame, hrp2 disebabkan harga minyak turun lagi..

  6. abahfateh said

    bro, kadang2 kita cakap harga turun kita boleh simpan duit sikit… tapi tul ke kita simpan? atau habis pula di tempat lain?

  7. kumb@ng said

    abahfateh…dulu boleh simpan rm300-400 sebulan, skang rm100 pun susah…sebenarnya bukan apa, kalau dulu kita suka barang tu 2-3 bulan dah dapat…skang 6 bulan blum tentu lagi…sabo je la..😉

  8. minyak turun tp harga brg xkan turun.. ke manakah perginya pakar2 ekonomi yg sepatutnya dpt pk perkara ni sblm naikkan harga minyak dulu??

  9. kumb@ng said

    fabregas.. pakar ekonomi ada cuma nak ke kerajaan dengo pendpt dorang…semua menteri yg kena putuskan…😉

  10. en_me said

    baru nak letak tong gas NGV dalam keter.. minyak dah turun fulakkss.. kannns

  11. kumb@ng said

    en_me..letak NGV still masih jimat..😀

  12. kuina said

    harap2 barangan lain leh turun sama…

  13. zool said

    Walaupun harga minyak turun..
    Kadar jenayah masih meningkat..
    Camne ni??

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: