Pesta Bola Merdeka edisi 41 – Siapa Juara?

Tahun lepas aku berada di Stadium Shah Alam meraikan Malaysia menjadi Juara.

Tahun ini aku berada di depan TV menyaksikan Vietnam pula Juara.

.

.

Pada pandangan aku, reputasi gah 18 gol tanpa bolos sebelum melangkah ke perlawanan akhir belum cukup menjadikan Malaysia Juara edisi kali ini. Pasukan-pasukan seperti Nepal, Myanmar di mana warganya ramai bekerja di Malaysia berjaya meratah, membelasah. Tetapi dengan Vietnam gagal sama sekali. Rasanya pemain Malaysia perlu banyak belajar lagi. Malaysia juga belum cukup bersedia menghadapi pasukan seperti Thailand, Oman, Qatar dan seterusnya Jepun, Korea dan Australia. FAM kena kerja keras lagi.

Aku rasa pemain-pemain seperti Hairuddin Omar, Irwan fadzli tak payahlah ada dalam pasukan lagi. Lebih baik ketengahkan pemain-pemain muda berbakat seperti Khyril Myuhaimin, Fadzli Baharom, Ashaari, Amirul Hadi lagi baik. Ada ramai lagi cuma ingat nama ni.

Lagi satu masa game tadi, kenapalah Shatia tak masukkan Khyril awal-awal. Ashaari ok cuma kurang lincah, mungkin juga kurang pengalaman. Dan paling tak berkesan ialah Hairuddin masuk gantikan Zakuan. Dia ni control bola hampeh, hantaran merapu dan tak sefahaman dengan Safii Sali.

Separuh pertama Malaysia main kira ok dengan Indra di tengah kiri dan Amirul tengah kanan. Manakala Hardi dan Syukor di tengah. Safi dan Zakuan penyerang. Beberapa kali berjaya lolos dan hampir-hampir jaringkan gol.

Separuh masa kedua Hardi keluar ganti Ashaari(pada aku lebih baik masukkan Khyril) dan Indra tukar ke tengah. Kemudian Hairuddin masuk ganti Zakuan. Lepas tu game agak hampeh sket. Akhir-akhir 90 minit Khyril masuk ganti Amirul baru ada sengat sikit. Game agak rancak dan pertahanan Vietnam kelam kabut tapi tetap gagal jaring gol. Hinggalah ke penentuan penalti dan Vietnam pun Juara.

Vietnam Juara, pekerja Vietnam kat Malaysia gembira. Buat pasukan Malaysia cuba lagi tahun depan ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: