Archive for November, 2008

MNP, bagaimana caranya?

Ni untuk pelanggan yang hendak bertukar ke Celcom sahaja. Ke lain tatau…

1. Pergi ke Cawangan Celcom, Blue Cube outlet atau kedai dealer terpilih. Terpulang nak pegi naik bas, komuter, Putra, kereta, motor atau basikal. Di sana nanti anda kena isi borang dan kemudian akan diberikan sim kad baru. Sabar ya, simpan sim kad itu. Jangan tukar dulu.

2. Sebelum tu, pastikan line yang di guna sekarang masih aktif, tiada bayaran tertunggak dan juga tidak terikat dengan kontrak(postpaid). Kalau prepaid pastikan nombor tu anda punya. Kalau nombor orang lain tak dapat bai… 

3. Selepas isi borang terpulang pada anda samada nak tunggu kat situ atau sambung kerja kat ofis atau balik rumah atau jalan-jalan kat KLCC. Kalau masa tu anda tengah jalan-jalan kat KLCC(ooo…ngular ya…), satu sms akan dihantar sebagai pemberitahuan status pengaktifan. Tempoh proses penukaran adalah 1-5 hari bekerja. Masa tu anda masih boleh menggunakan sim kad lama.

4. Kemudian, mungkin anda kat ofis atau dalam kereta. Anda akan menerima sms kedua menandakan pengaktifan telah berjaya dan pada masa itulah perlu menukar sim kad baru. Ingat ya, kalau tengah memandu jangan tukar. Bahaya beb.

Mudahkan. kalau berhajat jom lah tukar… 🙂

Comments (11)

Apa itu MNP?

Pernah tengok iklan ni..

012 kini adalah Celcom..
016 kini adalah Celcom..
017 kini adalah Celcom..
018 kini adalah Celcom..

Bila tengok iklan ini, ada pula yang menyangka Celcom sudah mengambil alih 012,016,017,018…

Tadi masa aku minum kat warung terdengar orang sebelah meja berbual Celcom sudah mengambil alih Maxis…haha..rupanya ada yang masih keliru dan mungkin tak tau apa tu MNP…

Okaylah kepada yang tak tahu ni aku nak bagi tau pasal MNP…

MNP dalam bahasa Bugis Anfield disebut Mobile Number Portability atau dalam Bahasa Melayu Bersatu ialah perkhidmatan yang membenarkan nombor telefon mudah alih bertukar kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang lain.

Maknanya jika anda adalah pengguna perkhidmatan mudah alih D anda bebas mendaftar ke perkhidmatan C, M atau U tanpa perlu menukar nombor telefon.

Jika dulu 012/017 ialah Maxis, 016 ialah Digi, 018 ialah U-Mobile dan 019/013 ialah Celcom, tetapi dengan MNP tidak semestinya 012/017 adalah Maxis, 016 adalah Digi, 018 adalah U-Mobile atau 019/013 adalah Celcom.

MNP telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada awal Oktober lalu dan terbuka untuk pengguna Pospaid dan Prepaid.

Dengan adanya MNP sudah tentu syarikat penyedia perkhidmatan akan bersaing dan berlumba-lumba mendapatkan pelanggan yang sedia ada dan baru. Disamping itu pelanggan juga akan menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan mungkin lebih murah dengan ini akan lebih menguntungkan pengguna.

Sekarang ini anda tidak perlu risau jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sedia ada maka bertukarlah kalau merasakan perkhidmatan yang lain lebih baik. Nombor telefon anda akan tetap sama dan tidak perlu memberitahu kawan-kawan, saudara-mara, rakan niaga nombor baru telefon anda. 

Comments (6)

Obama atau McCain?

Siapa agaknya bakal ditabal Presiden Amerika?

Pilihan aku? Obama lah..

Kerana apa? 

Dasar luar negara..

1. Keluar dari Iraq sebelum 2010

2. Ingin berunding dengan Iran, Korea Utara…

Hmmm…itulah yang aku ingat. Lain-lain…

1. Pernah tinggal kat Indon. Mungkin dah faham serba sedikit pasal Islam.

2. Nampak macam baik sikit berbanding McCain sebab dasar McCain lebih kurang Bush mengamcam negara Islam.

.

.

Selepas Lewis Hamilton mencipta sejarah kulit hitam pertama menjuarai F1 2008. Harap-harap Barack Obama juga bakal mecipta sejarah sebagai Presiden Amerika pertama berkulit hitam.

Updated terkini : 1.05 pm

Obama menang dah!!!

Leave a Comment