Apa itu MNP?

Pernah tengok iklan ni..

012 kini adalah Celcom..
016 kini adalah Celcom..
017 kini adalah Celcom..
018 kini adalah Celcom..

Bila tengok iklan ini, ada pula yang menyangka Celcom sudah mengambil alih 012,016,017,018…

Tadi masa aku minum kat warung terdengar orang sebelah meja berbual Celcom sudah mengambil alih Maxis…haha..rupanya ada yang masih keliru dan mungkin tak tau apa tu MNP…

Okaylah kepada yang tak tahu ni aku nak bagi tau pasal MNP…

MNP dalam bahasa Bugis Anfield disebut Mobile Number Portability atau dalam Bahasa Melayu Bersatu ialah perkhidmatan yang membenarkan nombor telefon mudah alih bertukar kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang lain.

Maknanya jika anda adalah pengguna perkhidmatan mudah alih D anda bebas mendaftar ke perkhidmatan C, M atau U tanpa perlu menukar nombor telefon.

Jika dulu 012/017 ialah Maxis, 016 ialah Digi, 018 ialah U-Mobile dan 019/013 ialah Celcom, tetapi dengan MNP tidak semestinya 012/017 adalah Maxis, 016 adalah Digi, 018 adalah U-Mobile atau 019/013 adalah Celcom.

MNP telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada awal Oktober lalu dan terbuka untuk pengguna Pospaid dan Prepaid.

Dengan adanya MNP sudah tentu syarikat penyedia perkhidmatan akan bersaing dan berlumba-lumba mendapatkan pelanggan yang sedia ada dan baru. Disamping itu pelanggan juga akan menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan mungkin lebih murah dengan ini akan lebih menguntungkan pengguna.

Sekarang ini anda tidak perlu risau jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sedia ada maka bertukarlah kalau merasakan perkhidmatan yang lain lebih baik. Nombor telefon anda akan tetap sama dan tidak perlu memberitahu kawan-kawan, saudara-mara, rakan niaga nombor baru telefon anda. 

6 Comments »

  1. pakdi said

    saya suka petai. haha

    kalau no lain, boleh tak dia join family supplementary package tu?

  2. abahfateh said

    iklan celcom yang pertama di media cetak, memang mengelirukan…

  3. kumb@ng said

    pakdi…boleh!skang ni 1+5 lagi…🙂

    abahfateh…gimik je tu…😀

  4. pakdi said

    kumb, so line yang guna 016,012, 018, 017 boleh lah masukpake 1+5 tu ekkkkk… takde masalah ekkk…

    okay….. tenkiu veri mac.

  5. ZulBM said

    Saya dan family dah tukar ke pakej 1+5………

  6. kumb@ng said

    ZulBM…tindakan yang bijak tuu…🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: