Archive for December, 2008

Jom baling kasut kat Bush

Kepada yang tak suka kat Bush, marah kat Bush, tak payah susah-susah pergi ke Iraq ke atau US.

Kat sini pun boleh baling,  cuma klik link ni http://www.sockandawe.com/ dan balinglah sepuas-puasnya….

Advertisements

Comments (6)

Blueberry, Burberry, Blackberry

Bila tengok nama-nama kat atas nampak macam sama tetapi sebenarnya tidak. Malah jauh sekali fungsinya.

Blueberry. Sejenis tumbuhan bunga. Nak tahu lebih lanjut baca kat sini.

.

Burberry. Jenama fesyen mewah berasal dari UK.

Aku mula kenal jenama ni beberapa tahun dulu bila seorang rakan yang VSS (berhenti kerja sukarela dan mendapat pampasan) kerana nak bisnes MLM. Satu hari dia bertandang ke kedai gunting rambut rakan aku yang juga berhenti kerana nak buka kedai gunting rambut. Kebetulan aku pun ada kat kedai tu menunggu giliran.

Bila dia masuk je kat kedai, kawan aku iaitu si pengguting rambut pun berteriak. “Perghhhhh…dari atas sampai bawah Burberry bai….”. Menunjukkan si pemakai pakaian jenama Burberry kira loaded lah. Memang dah loaded pun kawan aku tu. Dalam masa setahun je selain Burberry dah mampu pakai Merc C230.

Sejak dari itu aku mula berjinak-jinak dengan jenama Burberry. Kini aku pun ada sehelai T’shirt Burberry yang aku beli masa pegi Bandung beberapa bulan lalu. Murah jek. beli kat Factory Outlet. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebab aku tahu kalau orang macam aku pakai mesti orang akan kata ni mesti beli kat siam.

.

BlackBerry. Atau Berry hitam. Apa ke benda tu? Itu anggapan aku masa mula-mula diperkenalkan sebagai teknologi tanpa wayar jalur lebar terbaru di Celcom. Bunyi macam Strawberry jek(perkataan ‘berry’ tu).

Sebenarnya BlackBerry adalah teknologi tanpa wayar jalur lebar yang membolehkan pelanggan menerima mesej email terus ke telefon. Telefon yang dimaksudkan ialah BlackBerry smartphone. Maknanya bila ada email, email tersebut akan terus di hantar ke telefon dan pengguna tidak perlu berada di depan PC untuk menerima atau menhantar email. Email sisipan juga boleh dibuka seperti Jpeg, BMP, Tiff, Microsof Word, Excel, PowerPoint, Corel, Word Perfect, Adobe PDF, WMA, WAV dll.

BlackBerry juga membolehkan pengguna menerima sehingga 10 email akaun seperti Microsoft Exchange, IBM Lotus Notes, akaun email ISP dan juga public email seperti Yahoo Mail, Gmail dan lain-lain.

Di Celcom BlackBerry smartphone adalah dari Vodafone. Selain email, BlackBerry Vodafone juga support SMS, MMS, Instant Messaging(chat – YM, Gtalk) dan Internet browsing.

Kepada yang nak melanggan ada 2 plan di Celcom:

  1. Basic – RM38( Tambahan 10 sen/10kb untuk kegunaan melebih 1Mb)
  2. Advance – RM98(Unlimited)

Apa lagi? Kalau rasa nak melanggan kunjungi cawangan-cawangan Celcom yang berdekatan. Segalanya di tangan anda! 🙂

Comments (7)