Blueberry, Burberry, Blackberry

Bila tengok nama-nama kat atas nampak macam sama tetapi sebenarnya tidak. Malah jauh sekali fungsinya.

Blueberry. Sejenis tumbuhan bunga. Nak tahu lebih lanjut baca kat sini.

.

Burberry. Jenama fesyen mewah berasal dari UK.

Aku mula kenal jenama ni beberapa tahun dulu bila seorang rakan yang VSS (berhenti kerja sukarela dan mendapat pampasan) kerana nak bisnes MLM. Satu hari dia bertandang ke kedai gunting rambut rakan aku yang juga berhenti kerana nak buka kedai gunting rambut. Kebetulan aku pun ada kat kedai tu menunggu giliran.

Bila dia masuk je kat kedai, kawan aku iaitu si pengguting rambut pun berteriak. “Perghhhhh…dari atas sampai bawah Burberry bai….”. Menunjukkan si pemakai pakaian jenama Burberry kira loaded lah. Memang dah loaded pun kawan aku tu. Dalam masa setahun je selain Burberry dah mampu pakai Merc C230.

Sejak dari itu aku mula berjinak-jinak dengan jenama Burberry. Kini aku pun ada sehelai T’shirt Burberry yang aku beli masa pegi Bandung beberapa bulan lalu. Murah jek. beli kat Factory Outlet. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebab aku tahu kalau orang macam aku pakai mesti orang akan kata ni mesti beli kat siam.

.

BlackBerry. Atau Berry hitam. Apa ke benda tu? Itu anggapan aku masa mula-mula diperkenalkan sebagai teknologi tanpa wayar jalur lebar terbaru di Celcom. Bunyi macam Strawberry jek(perkataan ‘berry’ tu).

Sebenarnya BlackBerry adalah teknologi tanpa wayar jalur lebar yang membolehkan pelanggan menerima mesej email terus ke telefon. Telefon yang dimaksudkan ialah BlackBerry smartphone. Maknanya bila ada email, email tersebut akan terus di hantar ke telefon dan pengguna tidak perlu berada di depan PC untuk menerima atau menhantar email. Email sisipan juga boleh dibuka seperti Jpeg, BMP, Tiff, Microsof Word, Excel, PowerPoint, Corel, Word Perfect, Adobe PDF, WMA, WAV dll.

BlackBerry juga membolehkan pengguna menerima sehingga 10 email akaun seperti Microsoft Exchange, IBM Lotus Notes, akaun email ISP dan juga public email seperti Yahoo Mail, Gmail dan lain-lain.

Di Celcom BlackBerry smartphone adalah dari Vodafone. Selain email, BlackBerry Vodafone juga support SMS, MMS, Instant Messaging(chat – YM, Gtalk) dan Internet browsing.

Kepada yang nak melanggan ada 2 plan di Celcom:

  1. Basic – RM38( Tambahan 10 sen/10kb untuk kegunaan melebih 1Mb)
  2. Advance – RM98(Unlimited)

Apa lagi? Kalau rasa nak melanggan kunjungi cawangan-cawangan Celcom yang berdekatan. Segalanya di tangan anda!๐Ÿ™‚

7 Comments »

  1. Qaiyum said

    Mm.. Tapi Cam Tak Tersebar Luas Penggunaan Die Kat Orang Biasa. Ahli Korporat Je Yang Gune Servis Nie..

  2. zool said

    Yeah.. yeah..
    Kumbang jadi promoter…
    Nak beli pun tak banyak duit ..
    Belum bersedia untuk beli gajet mahal2 ni

  3. kumb@ng said

    Qai…tak jugak..org biasa dan staff org korporat yg kena cepat jawab email rmai pakai services ni…

    zool..tak mahal bai…lebih murah dari henfon 3G…

  4. kutaksempurna said

    byknya info kat sini๐Ÿ˜€

    dpt komisyen dr celcom ke๐Ÿ˜›

  5. kumb@ng said

    kutaksempurna..biasalah…pekerja mithali…๐Ÿ™‚

  6. wardah07 said

    cantik punya

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: