Mari boikot Karpal

Wah..wah..wah..sedap je mulut si Karpal ni nak melalut pasal Hudud. Tak boleh ke nak cover line sikit bila bercakap pasal ni terutama di hadapan media.

Bercakap atas kapasiti Pakatan Rakyat statement begini sudah tentu akan menyebabkan perpepsi negatif dikalangan penyokong PR dan orang melayu Islam bila mana ada orang bukan Islam mempertikai perlaksanaan Hudud.

Memang sejak dulu mamat ni sinis dengan hukum Hudud. Dia ingat hudud ni PAS yang punya. Pala hotak kau!! Kalau tak tau lain kali tanya. Jangan main tembak je kata hudup macam ni, hudud macam tu. Bang*ng!

Wei! bro tua! pegi belah la!!!

4 Comments »

  1. Roshatika said

    Salam kumbang,

    Lama akak tak ke sini.

    Nak tahu kenapa Karpal cakap macam tu? Sebab dia tahu bukan Islam telah mula menolak DAP sebab bersekongkol dengan hudud PAS.

    Tapi yang teruknya PAS sebab orang melayu dan Islam mula sangsi dengan arah perjuangannya kerana rela duduk semeja dengan DAP yang terang-terang menentang negara Islam.

    T. kasih

  2. kumb@ng said

    salam kak Roshatika,

    Pada saya kalau bukan Islam tahu apa hikmah disebalik Hudud berduyun-duyun mereka akan sokong Hudud. Masalahnya Hudud ni digambarkan oleh orang-orang yang menentang perlaksanaannya sebagai hukuman baling sana,potong sini. Juga ada yang kata Hudud ni undang-undang PAS.

    Sedangkan Hudud ni sebenarnya undang-undang Islam, ianya dari ALLAH. Hukum Solat kita boleh ikut kenapa Hukum Islam tidak?

    Saya merupakan orang Johor dimana selain bersekolah kebangsaan, sekolah agama adalah wajib bagi rakyat Johor. Antara silibus di sekolah agama tersebut saya di ajar tentang hukum hudud di mana hukuman mencuri ialah potong tangan. Tapi bila di tanya kepada ustaz adakah hukuman ini dilaksanakan? ustaz kata belum masanya? so, bila?

    PAS cuba untuk duduk semeja dengan Parti Melayu yang dikata pejuang bangsa,agama dan negara tapi…sendiri tau kan…so, cara sekarang duduk semeja dengan bukan Islam, dakwah sikit-sikit. Lama-lama insyaALLAH mereka akan faham apa itu Hudud. Mereka menentang sebab mereka tak faham. Kalau mereka tau pasti mereka mau dengan Hudud.

    Untuk pengetahuan, di Johor tahun lalu sebelum PRU ada sekumpulan orang Cina menghantar memorandum kepada Ketua Polis Johor supaya dapat dikurangkan kes-kes jenayah yang semakin meningkat. Mereka risau tentang harta benda dan keselamatan mereka. Pada saya kalau undang-undang sekarang tak mampu nak kekang kes jenayah cara terbaik laksana Hudud. Habis cerita. Polis pun tak perlu banyak buat keje.

  3. hakim said

    Samalahtu macam orang awam nak komen tentang Undang-undang Tentera sedangkan ia tarak kena mengena langsung dengannya.

  4. Dr Azwan said

    Orang Islam pun tak sokong hudud macamana orang bukan Islam nak sokong. Kefahaman wajar diberi kepada orang Islam dahulu. Walaupun lahir Islam tapi tak semestinya Islam pada hati dan amalan. Lepas orang Islam bersatu menyokong hudud maka tidak ada masalah, InsyaAllah orang bukan Islam akan ikut serta. Jadi itulah dakwah yang harus diperjuangkan. Wallahu Alam.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: