Keputusan Liga Juara-Juara Pilihan Rakyat

Perlawanan antara PR pool menentang BN United tadi telah berkesudahan 2-1. Gol PR pool telah dijaringkan oleh DS Nizar dan Manikumar. Sementara gol BN United pula disumbangkan oleh Malcolm.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut PR pool keatas BN United. Menunjukkan walaupun BN United mempunyai pengurus yang baru di lantik menggantikan pengurus lama yang dipaksa bersara namun BN United gagal menyaingi kehebatan PR pool yang telah membariskan muka lama dan baru yang juga tidak kurang hebatnya.

Apa yang pasti taktik pengurus baru BN United sudah dapat dibaca oleh PR pool dan setiap serangan dapat dipatahkan dengan mudahnya oleh pertahanan PR pool. Cayalah!

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sebelum perlawanan seolah ada usaha untuk memenangkan BN United. Siapa tak kenal BN United. Pasukan yang ada hubungan baik dengan pengadil. Ini berdasarkan kepada pemilihan tarikh perlawanan iaitu selepas pemilihan pengurus BN United yang baru. Mungkin bagi mereka pengurus lama gagal merencana strategi yang bagus. Dan, dengan adanya pengurus baru mungkin semangat pemain dan cara permainan akan berubah.

Tapi, itulah. Apa yang yang dirancang serba tidak menjadi. Penyokong PR pool pula cuba disogokkan dengan kebendaan dan wang ringgit supaya menyokong BN United semasa perlawanan nanti. Bagi BN United penyokong adalah nadi kekuatan PR pool. Dengan sebab itu dengan apa cara mereka cuba membuat mereka berpaling tadah. Namun atas nama kesetiaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan ditambah semangat pemain PR pool yang maaaannntopp. Akhirnya sekali lagi BN United dapat ditumbangkan. Aggregat keseluruhan ialah 4-1 (Keputusan macam MU kena LAUK ngan Liverpool pulak😀 ).

Kepada BN United cuba lagi di lain perlawanan. Masih ada masa untuk mengubah dan berubah. Tran-for-maaa-si…

4 Comments »

  1. pakdi said

    hahaha.

    lawak lawak ..

  2. nadlique said

    Hehehe.

    BN macam tak berubah-ubah je lagi.

  3. kumb@ng said

    pakdi…lawak raja lawak….😀

    nadlique…slogan dah bagus tuu…kita tengok dulu camne…

  4. Afyan said

    Bagus la entri ni. Boleh dilakukan selalu🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: