Kenapa?

Sejak akhir-akhir ni selalu update blog INI. Itu sebab jarang update blog INI.

Sejak akhir-akhir ini juga rajin pergi blog orang dan komen.

Antaranya di blog INI.

kumb@ng said…

salam kak,

tahniah atas kelahiran blog terbaru. saya harap dengan kelahiran blog ini akak dapat berkomunikasi dua hala. menerima komen dan membalas komen tidak kira ianya pro atau kontra. saya adalah antara penggemar dan mengikuti perkembangan akak di blog. Walau akak berada di pihak sebelah sana saya akan tetap setia mengikuti blog akak. Bukan untuk bergaduh tapi hanya untuk berbeza pandangan.

artikel akak di atas agak menarik untuk dibaca dan mengandugi luahan rasa terhadap permimpin terkini dan sikap kepimpinan setempat yang lebih pentingkan diri sendiri dari memberi perhatian kepada rakyat. syabas kak! saya harap luahan rasa akak ini dapat didengar pihak-pihak yang sepatutnya sepadan dengan kehendak PM baru… TRAN…FOR…MAAA…SIII…

untuk pengetahuan akak, saya juga ahli UMNO. Tapi itu dulu. Ketika bersekolah di Johor, cikgu-cikgu selalu kata kena sokong Kerajaan BN kerana sekolah, buku teks mereka yang sediakan. Retoriknya begitulah. Masa tu budak-budak . Terimalah bulat-bulat.

Tapi bila saya semakin dewasa, saya mula melihat skop kehidupan dengan lebih luas. Terlalu banyak soalan dalam diri saya.

Kenapa itu dan kenapa ini?

Kenapa di sekolah agama saya di ajar HUDUD tapi tidak dipraktikkan di negeri dan negara?

Kenapa saya di ajar Riba’ itu HARAM tapi bank2 masih amalkan?

Kenapa kampung saya ramai mat gian?

Kenapa ada disko?

Ketika itu Dr M adalah PM kita dan juga idola saya. Ingin saja bertanya kepada PM berkenaan soalan2 itu. Tapi, apakan daya masa itu internet baru dipekernalkan dan belum ada blog.

Kemudian, seorang kawan telah memberi saya sebuah buku tulisan Ahmad Lutfi(tak ingat tajuk). Di buku itu telah menceritakan Dr M telah menghina Janggut Nabi, Hudud dan Harun Din. Sejak saat itu saya mula meragui Dr M sehinggalah peristiwa Anwar Ibrahim dipecat.

Sejak itu saya mula mencari kebenaran. Mula pergi ke ceramah2 PAS dan menghadiri USRAH. Rupanya tanggapan saya terhadap PAS sebelum ini silap. PAS sahaja yang boleh menjawab persoalan yang ada di kepala saya. Inilah perjuangan yang sebenarnya. Menegakkan Hudud dan Negara Islam.

Sebelum ini saya ingat UMNO lah pejuang bangsa, agama dan negara. Tapi sebenarnya TIDAK. UMNO hanya gunakan bangsa, agama dan negara untuk kepentingan masing-masing. Sebab itu sistem yang UMNO amalkan lebih 50 tahun GAGAL. GAGAL membentuk jati diri Melayu apatah lagi pegangan ISLAM. Sebab itu masalah sosial semakin kronik. Rompak, Bunuh, Rogol, Seks bebas, Bohsia, Mat Rempit, Samseng, semuanya semakin berleluasa. UMNO juga gagal sampaikan istilah ISLAM kepada BUKAN ISLAM. UMNO cuma kata Hukum ISLAM itu zalim, potong sana, baling sini. Sedangkan Hukum Islam itu adalah pedinding dari membuat KEJAHATAN. Bukan itu saja. Kalau BUKAN ISLAM faham tentang ISLAM tidak akan timbul isu masalah sembelihan, makanan tak halal yang semua itu boleh merosakkan keturunan orang Islam kerana makan makanan Tak Halal. Bila keturunan rosak maka timbullah masalah-masalah termasuklah masalah sosial.

Inilah contoh kegagalan sistem yang UMNO amalkan selama lebih 50 tahun. Sistem yang lebih pentingkan pembangunan Fizikal dari rohani. Sistem yang tidak seimbang antara dunia dan akhirat. Sistem yang akak sendiri lihat hari ini. KAYAkan diri sendiri dulu baru orang lain.

Minta maaf kak…panjang pulak komen… I’m soriii…🙂

1 Comment »

  1. ALANG78 said

    JD BEBAS LG SENANG

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: