Archive for June, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia

Patutla kat radio ERA suara Aznil lain semacam…

Rupanya Raja Pop meninggal…

Tak pasti samada dia Islam atau tak…

Ada sumber mengatakan dia dah Islam. Kalau betul… Al-Fatihah…

Dulu, aku antara peminat lagu dan video beliau…

Tapi, itu dulu la…

Sekarang cuma ikuti perkembangan beliau kalau terbaca di akhbar…

Selain menyanyi, Michael Jackson lebih dikenali sebagai insan yang beberapa kali menukar rupa fizikal dan warna kulit…

Leave a Comment

Runtuh!

Sempena cuti sekolah ni macam-macam runtuh!

Kat kampung aku durian dah mula runtuh…

Kat shopping-shopping komplek ada harga runtuh…

Kat Terengganu…. Apa?!? Bumbung stadium runtuh??

stadium

Comments (5)

Manohara Manoharan

Kadang-kadang aku konfius bila baca kisah dua nama ni…

Hampir sama tapi jauh berbeza…

Manohara adalah seorang gadis berasal dari Indonesia yang juga bekas model yang kahwin dengan kerabat Kelantan dan mendakwa di dera…

Manoharan pula adalah seorang lelaki Malaysia keturunan India dan merupakan sorang ketua HINDRAF, seorang peguam, bekas tahanan ISA dan juga ADUN Kota Alam Shah…

Konfius…konfius… 😀

Comments (3)