Archive for Catatan

Manohara Manoharan

Kadang-kadang aku konfius bila baca kisah dua nama ni…

Hampir sama tapi jauh berbeza…

Manohara adalah seorang gadis berasal dari Indonesia yang juga bekas model yang kahwin dengan kerabat Kelantan dan mendakwa di dera…

Manoharan pula adalah seorang lelaki Malaysia keturunan India dan merupakan sorang ketua HINDRAF, seorang peguam, bekas tahanan ISA dan juga ADUN Kota Alam Shah…

Konfius…konfius… ๐Ÿ˜€

Advertisements

Comments (3)

Hari Tiga dalam Satu

Hari ini Sabtu…

Hari Lahir Aku…

Hari Lahir Isteri Aku…

Hari Ulang Tahun Perkahwinan Aku…

Selamat Untuk Aku…

Huhu… ๐Ÿ˜€

Leave a Comment

……..

Kepada kawan-kawan yang RINDU post terbaru aku boleh layan kat blog INI.

Blog INI pasal bola. Kalau sudi klik la Blog INI…. hehe ๐Ÿ˜€

Comments (1)

Jalan-Jalan Hari Sabtu

Petang Sabtu lalu aku dan family jalan-jalan kat Jusco Tebrau sementara nak menunggu masuk ke panggungย  menonton filem Geng (Upin dan Ipin).ย  Semasa sedang asyik berjalan-jalan sambil pandang kiri dan kanan lalu terserempak pula dengan kawanย  se-ofis dan family yang juga nak tengok wayang cerita Geng.

Lalu berbuallah kami sambil berdiri seolah lama tak jumpa padahal kawan aku tu baru hari semalam(Jumaat) jumpa kat ofis. Masa kami tengah berbual di tepi kaki lima kedai baju reject shop memang orang tengah ramai lalu-lalang.

Sambil berbual aku tengok muka wife aku pelik semacam. Tiba-tiba dia tegur…

Wife : “B…saya pelik lah, bila orang lalu belakang B semua berhenti…lepas tu macam ada baca something…”

Aku : Sambil sengih….”Oh! tu semua penyokong Em You….hihi…”

Wife : “Penyokong Em You???!#@%&…”

Nak tau apa ada kat belakang baju aku? ๐Ÿ˜€

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

persib-vs-mu

Comments (12)

Highway Pasir Gudang (2)

hpg2

Macam ni lah keadaan Highway Pasir Gudang sejak hari Rabu. Jalan clear giler! Pergi kerja 15 minit je dah sampai untuk jarak 21km dari rumah yang selalunya ambil masa 30-35 minit(itu kalau jem sikit-sikit, kalau accident 1-2 jam!).

Kalau lah hari-hari ada cuti Tahun Baru Cina, best bangat! Tenang gue pergi kerja… ๐Ÿ˜€

Comments (3)

Jalang-jalang di Kemamang

fafau

Eh! Macam kenal aweks kat atas tuu… tapi di mana yeah?!hmmm…. ๐Ÿ˜‰

Comments (3)

Salam Aidil Fitri

Salam,

Kepada yang nak balik kampung(macam aku) berhati-hati di jalan raya, bukan apa Polis, JPJ, JAS ada merata-rata menunggu mangsa.

Ingat pesan ini, biar lambat asalkan tak kena saman dan paling penting selamat sampai ke kampung halaman.

Kepada yang tak balik kampung sebab memang dah dok kampung, takde kampung atau cuti kena gantung, jimat sikit kos, untung..

Ala, kat mana-mana raya tetap raya cuma suasana mungkin beza…

Bagi kanak-kanak, budak-budak raya ni memang untuk mereka…

Bagi kita yang bukan budak lagi yang best sebab dapat cuti lama…

Akhir kata, buat semua yang sudi menjengok blog ini walau tak pernah bersua, jika terkasar bahasa, tersilap kata ampun maaf ku pinta.

Syawal ini masanya untuk kita membersihkan dosa sesama rakan-rakan, saudara-mara juga ibu bapa..

Semoga ditemukan lagi pada Ramadhan dan Syawal akan datang.

Wassalam.

Comments (11)

Older Posts »