Archive for Pesanan

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

Advertisements

Comments (2)

SESAT

PAS kata UMNO SESAT…

UMNO pun kata PAS SESAT…

So,  siapa sebenarnya SESAT?

Hanya ALLAH yang mengetahui siapa SESAT…

Tetapi kita tak tahu apa yang ALLAH tahu…

Yang kita tahu lihat apa yang PAS atau UMNO buat SESAT atau tak…

.

PAS…

PAS suruh tutup aurat…

PAS tutup pusat maksiat…

PAS amal makruf nahi mungkar…

PAS nak Undang-Undang Islam dilaksanakan…

.

UMNO…

UMNO anjur tilawah…

UMNO bina masjid…

UMNO buat bank Islam…

UMNO buat apa-apa lambang tentang Islam…

Tapi cukupkah sekadar suruh, tutup, buat, bina dan dalam masa yang sama moral masyarakat semakin hancur?

ROMPAK, ROGOL, RAGUT, BUNUH, REMPIT, BOHSIA, BOHJAN, SEKS BEBAS, BUANG ANAK semakin berleluasa…

Kenapa?

UMNO atau PAS penyebabnya?

Atau BALA dari ALLAH?

UMNO memerintah dan PAS juga memerintah…

Bezanya UMNO memerintah negara dan PAS memerintah negeri…

Masing-masing ada KUASA…

Masing-masing berKUASA mengawal masalah sosial dari berleluasa…

Tetapi kenapa masalah sosial masih berleluasa?

.

PAS atau UMNO kata mereka memerintah secara Islam…

Pemerintahan Islam?

Apa tu pemerintahan Islam?

Ekonomi Islam?

Pendidikan Islam?

Hukum Islam?

.

Bila bicara tentang pemerintahan…

Yang memerintah negara lebih berKUASA dari negeri…

KUASA negeri hanya untuk negeri…

Negara pula berhak buat apa saja kepada negeri…

Undang-undang negeri, negara yang tentukan…

Walaupun DUN sudah luluskan…

.

Sekarang ini semua maklum SIAPA pemerintah negara?

Sejak bila?

Ada ciri-ciri pemerintahan Islam?

Ada?

.

Persoalan SESAT…

Definasi SESAT ialah bila kita menuju ke satu destinasi tetapi tersalah laluan lalu tak tahu macam mana nak kembali ke laluan yang sebenar…

Situasi sekarang pula kita rasa kita benar tapi benarkah kita di laluan sebenar menuju ke destinasi yang  ALLAH tentukan…

Adakah Kita ikut apa yang ALLAH suruh dan tinggal apa yang ALLAH larang?

Contoh….

Riba’….

Hukum Riba’ adalah HARAM…

Adakah kita HARAMkan?

Undang-Undang Islam….

Adakah kita laksanakan?

Pemerintah sekarang….

UMNO buat apa yang ALLAH suruh dan tinggal yang HARAM?

Ya?

Tak?

So, lu pikirlah sendiri siapa SESAT!

Comments (6)

Kenapa?

Sejak akhir-akhir ni selalu update blog INI. Itu sebab jarang update blog INI.

Sejak akhir-akhir ini juga rajin pergi blog orang dan komen.

Antaranya di blog INI.

kumb@ng said…

salam kak,

tahniah atas kelahiran blog terbaru. saya harap dengan kelahiran blog ini akak dapat berkomunikasi dua hala. menerima komen dan membalas komen tidak kira ianya pro atau kontra. saya adalah antara penggemar dan mengikuti perkembangan akak di blog. Walau akak berada di pihak sebelah sana saya akan tetap setia mengikuti blog akak. Bukan untuk bergaduh tapi hanya untuk berbeza pandangan.

artikel akak di atas agak menarik untuk dibaca dan mengandugi luahan rasa terhadap permimpin terkini dan sikap kepimpinan setempat yang lebih pentingkan diri sendiri dari memberi perhatian kepada rakyat. syabas kak! saya harap luahan rasa akak ini dapat didengar pihak-pihak yang sepatutnya sepadan dengan kehendak PM baru… TRAN…FOR…MAAA…SIII…

untuk pengetahuan akak, saya juga ahli UMNO. Tapi itu dulu. Ketika bersekolah di Johor, cikgu-cikgu selalu kata kena sokong Kerajaan BN kerana sekolah, buku teks mereka yang sediakan. Retoriknya begitulah. Masa tu budak-budak . Terimalah bulat-bulat.

Tapi bila saya semakin dewasa, saya mula melihat skop kehidupan dengan lebih luas. Terlalu banyak soalan dalam diri saya.

Kenapa itu dan kenapa ini?

Kenapa di sekolah agama saya di ajar HUDUD tapi tidak dipraktikkan di negeri dan negara?

Kenapa saya di ajar Riba’ itu HARAM tapi bank2 masih amalkan?

Kenapa kampung saya ramai mat gian?

Kenapa ada disko?

Ketika itu Dr M adalah PM kita dan juga idola saya. Ingin saja bertanya kepada PM berkenaan soalan2 itu. Tapi, apakan daya masa itu internet baru dipekernalkan dan belum ada blog.

Kemudian, seorang kawan telah memberi saya sebuah buku tulisan Ahmad Lutfi(tak ingat tajuk). Di buku itu telah menceritakan Dr M telah menghina Janggut Nabi, Hudud dan Harun Din. Sejak saat itu saya mula meragui Dr M sehinggalah peristiwa Anwar Ibrahim dipecat.

Sejak itu saya mula mencari kebenaran. Mula pergi ke ceramah2 PAS dan menghadiri USRAH. Rupanya tanggapan saya terhadap PAS sebelum ini silap. PAS sahaja yang boleh menjawab persoalan yang ada di kepala saya. Inilah perjuangan yang sebenarnya. Menegakkan Hudud dan Negara Islam.

Sebelum ini saya ingat UMNO lah pejuang bangsa, agama dan negara. Tapi sebenarnya TIDAK. UMNO hanya gunakan bangsa, agama dan negara untuk kepentingan masing-masing. Sebab itu sistem yang UMNO amalkan lebih 50 tahun GAGAL. GAGAL membentuk jati diri Melayu apatah lagi pegangan ISLAM. Sebab itu masalah sosial semakin kronik. Rompak, Bunuh, Rogol, Seks bebas, Bohsia, Mat Rempit, Samseng, semuanya semakin berleluasa. UMNO juga gagal sampaikan istilah ISLAM kepada BUKAN ISLAM. UMNO cuma kata Hukum ISLAM itu zalim, potong sana, baling sini. Sedangkan Hukum Islam itu adalah pedinding dari membuat KEJAHATAN. Bukan itu saja. Kalau BUKAN ISLAM faham tentang ISLAM tidak akan timbul isu masalah sembelihan, makanan tak halal yang semua itu boleh merosakkan keturunan orang Islam kerana makan makanan Tak Halal. Bila keturunan rosak maka timbullah masalah-masalah termasuklah masalah sosial.

Inilah contoh kegagalan sistem yang UMNO amalkan selama lebih 50 tahun. Sistem yang lebih pentingkan pembangunan Fizikal dari rohani. Sistem yang tidak seimbang antara dunia dan akhirat. Sistem yang akak sendiri lihat hari ini. KAYAkan diri sendiri dulu baru orang lain.

Minta maaf kak…panjang pulak komen… I’m soriii… 🙂

Comments (1)

Ikhtibar apa yang berlaku di Perak

Cuma fikir hikmah disebalik apa yang berlaku berdasarkan ayat ini……….

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!

Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,

dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ”

Al ‘Imran , ayat 26.

Hari ini mereka boleh suka, ketawa berderai-derai kerana berjaya menipu rakyat Perak….akan datang?

Kalau DUN tak diperkenan untuk bubar…takpe tunggu PRU13…kasi bungkus itu semua penipu-penipu rakyat!

Comments (3)

Gerhana Matahari di Johor, Isnin 26 Jan 2009

gerhana

Comments (4)

Israel makin ganas!

Setiap hari sejak 2 minggu lalu kita disajikan dengan berita Israel menyerang penduduk Palestin di Gaza. Dan, setiap hari juga angka kematian terus meningkat dari puluh ke ratus dan mungkin mencecah ribuan jika keganasan Israel ini tidak di kekang.

Sebagai saudara se Islam yang simpati dengan nasib rakyat Palestin, apa yang boleh kita buat untuk membantu mereka?

Adakah cukup dengan berdemontrasi membantah kekejaman Israel?

Adakah cukup dengan menghantar memorandum kepada duta Amerika di Malaysia?

Adakah cukup dengan memboikot produk Israel dan sekutunya?

Mungkin semua itu cukup  sebagai menyatakan sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel dan juga sebagai isyarat kepada dunia luar yang berkuasa seperti PBB dan Majlis Kesemalatan Dunia supaya hentikan segera keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.  

Kalau tanya aku, aku pun tak tahu apa cara terbaik yang boleh membantu rakyat Palestin. Nak harap Superhero, semua tu hanya dongeng dan gula-gula ciptaan Amerika sahaja. Jika hanya duduk diam tanpa buat apa-apa seolah tidak sensitif dengan apa yang Israel telah lakukan pada rakyat Palestin. 

Atau boleh aja……Mangkuk Hayun! Anak Haram! Haram Jadah!Lahanat! Anjing! Mampus Israel!

Apa pun sumpah seranah, maki hamun, sudah tentu tak dapat membantu rakyat Palestin dari terus ditindas.

Apa kata tenangkan diri sebentar dan pergi ke satu sudut dan berdoalah…

“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah…….. turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis.. amin . …”

Surah al fil:

doa-israel-kejam

Comments (3)

Salam Aidil Fitri

Salam,

Kepada yang nak balik kampung(macam aku) berhati-hati di jalan raya, bukan apa Polis, JPJ, JAS ada merata-rata menunggu mangsa.

Ingat pesan ini, biar lambat asalkan tak kena saman dan paling penting selamat sampai ke kampung halaman.

Kepada yang tak balik kampung sebab memang dah dok kampung, takde kampung atau cuti kena gantung, jimat sikit kos, untung..

Ala, kat mana-mana raya tetap raya cuma suasana mungkin beza…

Bagi kanak-kanak, budak-budak raya ni memang untuk mereka…

Bagi kita yang bukan budak lagi yang best sebab dapat cuti lama…

Akhir kata, buat semua yang sudi menjengok blog ini walau tak pernah bersua, jika terkasar bahasa, tersilap kata ampun maaf ku pinta.

Syawal ini masanya untuk kita membersihkan dosa sesama rakan-rakan, saudara-mara juga ibu bapa..

Semoga ditemukan lagi pada Ramadhan dan Syawal akan datang.

Wassalam.

Comments (11)

Older Posts »