Archive for Saja je

Gambar Perodua MPV

Harga lingkungan 60k…

1.5 cc, Timing Chain…

Lebar macam MyVi, panjang macam Avanza…

Boleh tempah sekarang…

Layan…

Comments (10)

SESAT

PAS kata UMNO SESAT…

UMNO pun kata PAS SESAT…

So,ย  siapa sebenarnya SESAT?

Hanya ALLAH yang mengetahui siapa SESAT…

Tetapi kita tak tahu apa yang ALLAH tahu…

Yang kita tahu lihat apa yang PAS atau UMNO buat SESAT atau tak…

.

PAS…

PAS suruh tutup aurat…

PAS tutup pusat maksiat…

PAS amal makruf nahi mungkar…

PAS nak Undang-Undang Islam dilaksanakan…

.

UMNO…

UMNO anjur tilawah…

UMNO bina masjid…

UMNO buat bank Islam…

UMNO buat apa-apa lambang tentang Islam…

Tapi cukupkah sekadar suruh, tutup, buat, bina dan dalam masa yang sama moral masyarakat semakin hancur?

ROMPAK, ROGOL, RAGUT, BUNUH, REMPIT, BOHSIA, BOHJAN, SEKS BEBAS, BUANG ANAK semakin berleluasa…

Kenapa?

UMNO atau PAS penyebabnya?

Atau BALA dari ALLAH?

UMNO memerintah dan PAS juga memerintah…

Bezanya UMNO memerintah negara dan PAS memerintah negeri…

Masing-masing ada KUASA…

Masing-masing berKUASA mengawal masalah sosial dari berleluasa…

Tetapi kenapa masalah sosial masih berleluasa?

.

PAS atau UMNO kata mereka memerintah secara Islam…

Pemerintahan Islam?

Apa tu pemerintahan Islam?

Ekonomi Islam?

Pendidikan Islam?

Hukum Islam?

.

Bila bicara tentang pemerintahan…

Yang memerintah negara lebih berKUASA dari negeri…

KUASA negeri hanya untuk negeri…

Negara pula berhak buat apa saja kepada negeri…

Undang-undang negeri, negara yang tentukan…

Walaupun DUN sudah luluskan…

.

Sekarang ini semua maklum SIAPA pemerintah negara?

Sejak bila?

Ada ciri-ciri pemerintahan Islam?

Ada?

.

Persoalan SESAT…

Definasi SESAT ialah bila kita menuju ke satu destinasi tetapi tersalah laluan lalu tak tahu macam mana nak kembali ke laluan yang sebenar…

Situasi sekarang pula kita rasa kita benar tapi benarkah kita di laluan sebenar menuju ke destinasi yangย  ALLAH tentukan…

Adakah Kita ikut apa yang ALLAH suruh dan tinggal apa yang ALLAH larang?

Contoh….

Riba’….

Hukum Riba’ adalah HARAM…

Adakah kita HARAMkan?

Undang-Undang Islam….

Adakah kita laksanakan?

Pemerintah sekarang….

UMNO buat apa yang ALLAH suruh dan tinggal yang HARAM?

Ya?

Tak?

So, lu pikirlah sendiri siapa SESAT!

Comments (6)

Michael Jackson Meninggal Dunia

Patutla kat radio ERA suara Aznil lain semacam…

Rupanya Raja Pop meninggal…

Tak pasti samada dia Islam atau tak…

Ada sumber mengatakan dia dah Islam. Kalau betul… Al-Fatihah…

Dulu, aku antara peminat lagu dan video beliau…

Tapi, itu dulu la…

Sekarang cuma ikuti perkembangan beliau kalau terbaca di akhbar…

Selain menyanyi, Michael Jackson lebih dikenali sebagai insan yang beberapa kali menukar rupa fizikal dan warna kulit…

Leave a Comment

Runtuh!

Sempena cuti sekolah ni macam-macam runtuh!

Kat kampung aku durian dah mula runtuh…

Kat shopping-shopping komplek ada harga runtuh…

Kat Terengganu…. Apa?!? Bumbung stadium runtuh??

stadium

Comments (5)

Manohara Manoharan

Kadang-kadang aku konfius bila baca kisah dua nama ni…

Hampir sama tapi jauh berbeza…

Manohara adalah seorang gadis berasal dari Indonesia yang juga bekas model yang kahwin dengan kerabat Kelantan dan mendakwa di dera…

Manoharan pula adalah seorang lelaki Malaysia keturunan India dan merupakan sorang ketua HINDRAF, seorang peguam, bekas tahanan ISA dan juga ADUN Kota Alam Shah…

Konfius…konfius… ๐Ÿ˜€

Comments (3)

Hari Tiga dalam Satu

Hari ini Sabtu…

Hari Lahir Aku…

Hari Lahir Isteri Aku…

Hari Ulang Tahun Perkahwinan Aku…

Selamat Untuk Aku…

Huhu… ๐Ÿ˜€

Leave a Comment

Kenapa?

Sejak akhir-akhir ni selalu update blog INI. Itu sebab jarang update blog INI.

Sejak akhir-akhir ini juga rajin pergi blog orang dan komen.

Antaranya di blog INI.

kumb@ng said…

salam kak,

tahniah atas kelahiran blog terbaru. saya harap dengan kelahiran blog ini akak dapat berkomunikasi dua hala. menerima komen dan membalas komen tidak kira ianya pro atau kontra. saya adalah antara penggemar dan mengikuti perkembangan akak di blog. Walau akak berada di pihak sebelah sana saya akan tetap setia mengikuti blog akak. Bukan untuk bergaduh tapi hanya untuk berbeza pandangan.

artikel akak di atas agak menarik untuk dibaca dan mengandugi luahan rasa terhadap permimpin terkini dan sikap kepimpinan setempat yang lebih pentingkan diri sendiri dari memberi perhatian kepada rakyat. syabas kak! saya harap luahan rasa akak ini dapat didengar pihak-pihak yang sepatutnya sepadan dengan kehendak PM baru… TRAN…FOR…MAAA…SIII…

untuk pengetahuan akak, saya juga ahli UMNO. Tapi itu dulu. Ketika bersekolah di Johor, cikgu-cikgu selalu kata kena sokong Kerajaan BN kerana sekolah, buku teks mereka yang sediakan. Retoriknya begitulah. Masa tu budak-budak . Terimalah bulat-bulat.

Tapi bila saya semakin dewasa, saya mula melihat skop kehidupan dengan lebih luas. Terlalu banyak soalan dalam diri saya.

Kenapa itu dan kenapa ini?

Kenapa di sekolah agama saya di ajar HUDUD tapi tidak dipraktikkan di negeri dan negara?

Kenapa saya di ajar Riba’ itu HARAM tapi bank2 masih amalkan?

Kenapa kampung saya ramai mat gian?

Kenapa ada disko?

Ketika itu Dr M adalah PM kita dan juga idola saya. Ingin saja bertanya kepada PM berkenaan soalan2 itu. Tapi, apakan daya masa itu internet baru dipekernalkan dan belum ada blog.

Kemudian, seorang kawan telah memberi saya sebuah buku tulisan Ahmad Lutfi(tak ingat tajuk). Di buku itu telah menceritakan Dr M telah menghina Janggut Nabi, Hudud dan Harun Din. Sejak saat itu saya mula meragui Dr M sehinggalah peristiwa Anwar Ibrahim dipecat.

Sejak itu saya mula mencari kebenaran. Mula pergi ke ceramah2 PAS dan menghadiri USRAH. Rupanya tanggapan saya terhadap PAS sebelum ini silap. PAS sahaja yang boleh menjawab persoalan yang ada di kepala saya. Inilah perjuangan yang sebenarnya. Menegakkan Hudud dan Negara Islam.

Sebelum ini saya ingat UMNO lah pejuang bangsa, agama dan negara. Tapi sebenarnya TIDAK. UMNO hanya gunakan bangsa, agama dan negara untuk kepentingan masing-masing. Sebab itu sistem yang UMNO amalkan lebih 50 tahun GAGAL. GAGAL membentuk jati diri Melayu apatah lagi pegangan ISLAM. Sebab itu masalah sosial semakin kronik. Rompak, Bunuh, Rogol, Seks bebas, Bohsia, Mat Rempit, Samseng, semuanya semakin berleluasa. UMNO juga gagal sampaikan istilah ISLAM kepada BUKAN ISLAM. UMNO cuma kata Hukum ISLAM itu zalim, potong sana, baling sini. Sedangkan Hukum Islam itu adalah pedinding dari membuat KEJAHATAN. Bukan itu saja. Kalau BUKAN ISLAM faham tentang ISLAM tidak akan timbul isu masalah sembelihan, makanan tak halal yang semua itu boleh merosakkan keturunan orang Islam kerana makan makanan Tak Halal. Bila keturunan rosak maka timbullah masalah-masalah termasuklah masalah sosial.

Inilah contoh kegagalan sistem yang UMNO amalkan selama lebih 50 tahun. Sistem yang lebih pentingkan pembangunan Fizikal dari rohani. Sistem yang tidak seimbang antara dunia dan akhirat. Sistem yang akak sendiri lihat hari ini. KAYAkan diri sendiri dulu baru orang lain.

Minta maaf kak…panjang pulak komen… I’m soriii… ๐Ÿ™‚

Comments (1)

Older Posts »